ACM

ACM

Share

𝗬𝗢𝗨𝗥 𝗣𝗥𝗘𝗙𝗘𝗥𝗥𝗘𝗗 𝗔𝗚𝗥𝗜𝗦𝗢𝗟𝗨𝗧𝗜𝗢𝗡
Agricultural Chemicals (M) Sdn. Bhd. 196901000577 (8938-M)

ACM was established in 1969

01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU !!

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Semoga Tuanku dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan serta terus memayungi negara dengan penuh kebijaksanaan dan keadilan.

Daulat Tuanku!
Ikhlas daripada Warga ACM❤️



🙏

31/05/2026

✨ Selamat Menyambut Hari Wesak ✨

Kepada semua rakan, pelanggan dan masyarakat yang meraikan, kami mengucapkan Selamat Hari Wesak 🪷

Semoga hari yang penuh bermakna ini membawa ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan dalam kehidupan anda. Marilah kita bersama-sama menghayati nilai kasih sayang, kebaikan dan kesederhanaan dalam setiap langkah yang kita ambil.

Semoga segala amal baik kita diberkati dan membawa kebaikan kepada semua 🙏

30/05/2026

✨ Selamat Menyambut Hari Gawai & Kaamatan ✨

Kepada rakan-rakan, pelanggan dan komuniti ACM di Sabah dan Sarawak, ACM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai dan Pesta Kaamatan 🌾

Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, kemakmuran dan keberkatan kepada anda dan keluarga tersayang. Inilah masa untuk mensyukuri hasil tuaian serta meraikan kebersamaan dan warisan budaya yang begitu indah 🤝

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan berterusan anda. Semoga hubungan yang terjalin terus kukuh dan bermakna.

Gayu Guru Gerai Nyamai & Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan! 🌿✨

26/05/2026

✨ Selamat Menyambut Hari Gawai & Kaamatan ✨

Kepada rakan-rakan, pelanggan dan komuniti ACM di Sabah dan Sarawak,ACM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai dan Pesta Kaamatan 🌾

Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, kemakmuran dan keberkatan kepada anda dan keluarga tersayang. Inilah masa untuk mensyukuri hasil tuaian serta meraikan kebersamaan dan warisan budaya yang begitu indah 🤝

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan berterusan anda. Semoga hubungan yang terjalin terus kukuh dan bermakna.

Gayu Guru Gerai Nyamai & Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan! 🌿✨

26/05/2026

✨ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha ✨

Pihak ACM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pelanggan, rakan niaga dan warga kerja yang diraikan.

Semoga perayaan yang penuh keberkatan ini mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan semangat kebersamaan dalam mengharungi setiap cabaran.

Kami mendoakan agar anda dan keluarga sentiasa dilimpahi kesihatan, kebahagiaan serta kesejahteraan. Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap ACM 🤝

Photos from ACM's post 21/05/2026

🌴 Aktiviti Bersama di Ladang Kelapa Sawit Seluruh Malaysia 🌴

ACM berbesar hati dapat terus bersama para pekebun dan rakan industri di seluruh Malaysia dalam pelbagai program yang dijalankan bagi memperkenalkan serta mengemaskini semula teknologi dan pengetahuan produk racun serangga kami.

Sepanjang aktiviti ini, kami berkongsi amalan terbaik serta penyelesaian efektif bagi membantu meningkatkan produktiviti dan perlindungan tanaman kelapa sawit.

Kami amat menghargai sokongan dan penglibatan semua rakan niaga strategik ACM serta para peserta yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan program ini. Kehadiran anda semua amat bermakna buat ACM

📩 Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pengurusan ladang kelapa sawit, jangan ragu untuk menghubungi kami. Pakar kami sedia membantu anda dengan maklumat yang terperinci dan penyelesaian yang sesuai.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda. Ayoh !! Kita maju bersama!!

Photos from ACM's post 19/05/2026

🌱 Pelancaran Kempen Kitar Semula Bekas Racun Perosak Bersama MADA 🌱

Kami berbesar hati untuk mengumumkan kejayaan pelancaran Kempen Kitar Semula Bekas Racun Perosak hasil inisiatif bersama antara ACM, BASF dan SYNGENTA, dengan kerjasama strategik MADA.

Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan para petani mengenai kepentingan amalan kitar semula, khususnya dalam mengurus bahan pertanian secara lebih lestari dan bertanggungjawab. Inisiatif ini juga merupakan langkah penting dalam menyokong usaha memelihara alam sekitar demi generasi akan datang.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, kami akan memperkenalkan kiosk kitar semula di kawasan MADA, bagi memudahkan petani untuk mengakses kemudahan kitar semula dengan lebih mudah dan sistematik.

🔔 Nantikan maklumat lanjut mengenai lokasi dan pelaksanaan kiosk ini!
"Kita Bersama, Kitar Semula" 💚♻️

16/05/2026

Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di setiap industri dan lapangan kehidupan. 🌸

Terima kasih atas segala pengorbanan, masa, tenaga dan ilmu yang dicurahkan tanpa mengenal penat demi mendidik, membimbing dan membentuk generasi masa depan yang lebih baik.

Seorang guru bukan sahaja mengajar di dalam kelas, malah turut menjadi pembimbing, inspirasi dan pencetus harapan dalam kehidupan ramai insan.

Semoga segala jasa dan dedikasi anda terus dihargai dan menjadi inspirasi buat generasi akan datang.

“Guru Pemacu Masa Depan, Pembina Generasi Gemilang.”

Photos from ACM's post 15/05/2026

Terima kasih kepada semua petani dan pengunjung yang telah singgah ke Booth ACM semasa Pameran Agtech PERDA! 🙌

Banyak perkongsian serta pandangan menarik telah dikongsi bersama, dan kami amat menghargai masa serta sokongan anda semua. 🌾

Pasukan pakar ACM sentiasa bersedia untuk membantu anda dengan pelbagai penyelesaian ACM. Jangan lupa kunjungi kami di Booth P21 untuk beramah mesra bersama pakar kami — dan nikmati hadiah percuma yang disediakan! 🎁

Jumpa anda di Hari ke-3, Agtech PERDA! 💚

Want your business to be the top-listed Engineering Company in Perai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


No. 962, Lorong Perusahaan 8, Taman Perindustrian Perai
Perai
13600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00