Syanis Collection

Syanis Collection

Share

Customer satisfaction is our priority.

11/06/2022

Assalamualaikum & good morning🦋
Harini nak share tips atau idea untuk kekalkan tudung hijabis kekal terbentuk dan on point!✨ Tips ni boleh diguna pakai sama ada anda mengenakan tudung bawal ataupun tudung shawl

🦋Hair Spray

Kenapa hair spray? Manfaat hair spray bukan sahaja pada yang tak bertudung tau. Yang bertudung pun boleh menikmati kewujudan hair spray ni. Korang boleh grab mana-mana jenama hair spray untuk kekalkan awning tudung anda.

Hair spray dapat membantu untuk memberi tekstur pada hijab anda. Tak kisah, hijab bawal mahupun hijab shawl. Tanpa sebarang kekotoran ataupun kesan. Semburan hair spray selalunya digunakan ke atas material hijab yang sangat lembut dan licin seperti satin silk dan satin.

Spray ikut keperluan. Selalunya, hijabis akan spray pada bahagian awning tudung sahaja. Kalau nak spray lebih pun, tiada masalah.


🦋Hijab Spray

Sama seperti hair spray. TETAPI lebih friendly pada hijab. Isian dan kandungan spray pun memang khusus di formula untuk hijab kita. Macam-macam jenama boleh kita dapat. Hanya perlu search ‘Hijab Spray’!

🦋 iron hijab dengan betul

OKAY HIJABIS! Part ni kita kena extra focus. Untuk bawal, selalu tricky semasa menggosok. Awning gelembung la, awning tak tegak la, ataupun awning terlalu lembut. Walaupun sekarang ni banyak gaya hijab yang tak mementingkan awning, tapi SALAH cara iron boleh rosakkan mood Si Hijabis seharian.

Untuk tudung bawal :
1) Gosok semua bahagian
2) Lipat 3 segi
3) Gosok semua bahagian kecuali awning

Untuk shawl takde masalah, gosok sahaja semua bahagian. Tetapi ingat, jaga-jaga dengan suhu iron, Nanti shawl yang cantik tu terbakar p**a.

🦋Pemilihan anak tudung / inner tudung

Paling utama, mestilah selesa dan lembut pada kulit. Keduanya, anak tudung mestilah dipakai rapi, tidak terlalu ketat ataupun tidak terlalu longgar, just nice. Sebab, anak tudung juga punca tudung kita bergerak-gerak kerana terlalu longgar.

Ini kerana, anak tudung kita bersentuhan dengan tudung (bawal/shawl), jadi, bila ia terlalu longgar, hijab kita tidak terletak cantik di kepala kita. Paling teruk, anda mungkin akan Nampak tidak kemas / selekeh. Takkan anda nak pinkan tudung bersama inner sekeliling kepala dengan banyak kan. Mestilah tak nak.

Haaaa, jadi apa perlu anda buat?

Pilih anak tudung / inner tudung yang mengikuti keselesaan anda. Jenis penuh, separuh, tieback dan banyak lagi jenis potongan dan material anak tudung untuk anda pilih. Hijabis perlu bijak membuat pilihan untuk tampil bergaya dan kemas sepanjang hari!

🦋Sanggul rambut / Scrunchy

Yes! Ramai s**a pakai sanggul ataupun scrunchy untuk nampakkan yang hijab kita pada hari tersebut ada ‘volume’. Terbentuk dan terletak cantik. Scrunchy juga adalah salah satu trend yang diminati hijabis masa kini! Kerana, kebiasaannya scrunchy direka dengan warna-warna yang cantik dan corak yang comel dan girlish. Memang menjadi kegemaran seorang yang bergelar perempuan.

Jadi, sanggul rambut atau pemakaian scrunchy perlulah tidak terlalu tebal, berat dan tinggi.

Alert! Jika tidak, anda akan kelihatan pelik ataupun kepala anda mempunyai bonggolan yang katara. Pakai dan adjust dahulu di hadapan cermin. Pastikan ketinggian dan kedudukan sanggul atau scrunchy, adjust sampai puas hati, dan rapi

10/06/2022

Jom baca kelebihan shawl keluaran baru kami😘
Kalau sambil baca tiba-tiba berminat bolehla terus pm untuk join cod😙

Photos from Syanis Collection's post 06/06/2022

Assalamualaikum dan selamat petang guyss! Macam yang kita janjikan harini kita akan launch tudung baru iaitu ✨SHAWL COTTON EYELASH✨ dengan harga RM15/PCS.

🌻Ukuran: 1.8mx0.75m

Untuk pengetahuan semua pelanggan, kami akan membuka order untuk satu code hanya satu pcs jadi kalau lambat order warna yang korang nak memang melepas lerr. Jadi apa tunggu lagi? Jom cepat grab tudung terbaru kami ni and boleh join cod macam biasa! 🥰❤️

http://www.wasap.my/60174593062/shawlcottoneyelash

04/06/2022

Nak dekat dah🤭 tak sabarnya nak tunggu tudung baru launch🤗 dah ada gambaran dah ke untuk tudung Syanis Collection nih😆

04/06/2022

Hi guysss 👋🏻

Harini Syanis Collection ada berita baik untuk semua pelanggan kami. Kami akan mengeluarkan tudung baru pada hari Isnin, 6 Jun 2022. Cuba teka tudung yang kami akan keluarkan ni shawl atau bawal? 😜

31/05/2022

Nak pakai Bawal plain tapi tak nak bawal Cotton ??🤔

Sesekali teringin juga nak pakai bawal yang lain skit. Tengok orang pakai nampak cantik je kan. Tapi sendiri pakai serba tak kena. Material kain nampak best.

Bila dah pakai member ofic tegur cantik tudung hang pakai ni. Terus la rasa berbunga-bunga cinta tau. Kompiden level pun naik mendadak. Siapa tak s**a kan! 😄 Asyik pakai bawal Cotton ja. Sekali sekala kena nampak lain skit kann. Even nak jenis tudung plain ja pun banyak pilihan untuk dipilih.

Jadi kalau nak join cod kami boleh la cepat pm okie!
The best choice mestilahh ...

Grab fastt, hot selling item
First come, first serve!

31/05/2022

SETIAP wanita mesti pernah menghadapi masalah dalam penjagaan tudung. Ada yang rosak bila dicuci, tak kurang juga warna menjadi pudar.

Perkara ini benar-benar membuatkan kaum wanita rasa tertekan hingga membuat perkiraan untuk membeli tudung baharu.

1) Jangan ramas tudung ketika mencuci

Ketika mencuci tudung, jangan diramas. Cara ini boleh merosakkan tudung anda. Tindakan yang tepat adalah cukup dengan mencelup dan mengangkat tudung beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.

2) Rendam tudung kurang 15 minit

Selepas mencelup dan mengangkat beberapa kali, rendamkan tudung di dalam campuran air bersama pelembut selama 10 ke 15 minit. Kemudian, bilas tudung tersebut bersama air bersih. Ingat, jemur tudung anda di kawasan yang redup bukannya di bawah sinaran matahari yang terik. Ia boleh merosakkan dan memudarkan warna tudung.

3) Elakkan membasuh tudung menggunakan mesin basuh

Membasuh tudung dengan mesin basuh boleh merosakkan tudung anda. Tekanan kuat pada mesin basuh tidak sesuai dengan material tudung anda. Sebaiknya cuci dengan tangan.

4) Jangan basuh tudung bersama pakaian lain

Sebaiknya, cuci tudung anda bersama tudung sahaja. Jangan sesekali mencampurkan tudung anda dengan kain atau pakaian lain. Banyak kes di mana warna baju turun dan merosakkan tudung.

28/05/2022

Price list terkini Syanis Collection✨
Kalau berminat boleh direct pm link dibawah ya! ❤️

http://www.wasap.my/60174593062/nakorder

28/05/2022

Sorry guys, mulai 29 Mei, Syanis Collection tidak akan restock untuk Bawal Cotton Premium. Tapi jangan risau, tudung yang lain still available and banyak lagi tudung baru yang kami akan launch. Stay tuned and keep updated with Syanis Collection ya! 😘❤️

Photos from Syanis Collection's post 26/05/2022

Assalamualaikum, alhamdulillah settle cod sempena promosi penghabisan stock untuk ✨BAWAL COTTON PREMIUM✨ Happy ending for this month 🦋Thank youuuu support SYANIS COLLECTION. More to come😘

Dah terlepas promo?? Jealous le tu🤭 it sokay just hit like and follow button to stay update with SyanisCollection.

23/05/2022

Hi guys! Seperti yang dijanjikan, harini Syanis Collection ada berita baik buat pelanggan kami. Berita baiknya ialah kami akan membuat promosi penghabisan stock untuk ✨BAWAL COTTON PREMIUM✨ dengan harga RM7 sahaja guyss dari harga asal RM10😍 Jimat banyak kan? Jadi tunggu apa lagi mariler whatsapp kami laju-laju😜

http://www.wasap.my/60174593062/promotion

Want your business to be the top-listed Clothing Store in Perai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


22 Lorong Sutera Prima 5, Taman Sutera Prima, Seberang Jaya, Pulau Pinang
Perai
13700