General Insurance

General Insurance

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from General Insurance, 100A, Kampung Gajah Mati, Pendang.

Photos 25/07/2017

Nak perbaharui Insurans & Roadtax kenderaan anda? Tak perlu beratur lama di Pejabat Pos. Kami menawarkan harga yang terbaik untuk anda. Pm@Whatsapp untuk mendapatkan sebut harga secara percuma.

16/07/2017

Apa itu liberalisasi tarif insurans kenderaan yang dilaksanakan pada 1 Julai 2017 yang lepas? Tonton video ini...

16/07/2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebagai seorang ejen takaful kenderaan motor, saya ingin kongsikan serba sedikit ilmu mengenai liberalisasi tarif insurans kenderaan yang telah dilaksanakan di Malaysia bermula pada 1 Julai 2017 yang lepas.

Liberalisasi tarif insurans kenderaan ini bermaksud harga insurans kenderaan akan ditentukan oleh syarikat insurans/takaful masing-masing. Selama lebih 30 tahun, harga insurans kenderaan dikawal oleh Bank Negara Malaysia. Liberalisasi tarif insurans kenderaan memberi kebebasan kepada syarikat insurans/takaful untuk menawarkan harga insurans dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Sebelum 1 Julai 2017, harga insurans/takaful kenderaan anda ditentukan melalui nilai diinsuranskan/ jumlah perlindungan dan model kenderaan. Mulai 1 Julai 2017, harga insurans/ takaful kenderaan dibezakan mengikut risiko kenderaan dan pemandu. Risiko-risiko yang diambil kira adalah seperti lokasi tempat tinggal, usia kenderaan, buatan dan model kenderaan, sejarah tuntutan, umur pemandu, dan sebagainya.

Jadi apa yang perlu anda lakukan?

1. Fahami jenis-jenis polisi dan perlindungan yang ditawarkan. Ini akan membantu anda untuk membuat pilihan perlindungan yang terbaik dan yang anda perlukan.

2. Buat perbandingan harga insurans/takaful antara syarikat-syarikat insurans untuk mendapatkan harga yang terbaik dan mengikut kehendak anda.

3. Pastikan kenderaan anda selamat. Ini akan mengurangkan risiko kenderaan anda dan dapat mengurangkan harga insurans/takaful kenderaan anda.

4.Pandu dengan cermat dan selamat. Tingkah laku pemanduan dan pengalaman memandu dikira dalam pemprofilan risiko bagi menentukan harga insurans/takaful.

Want your business to be the top-listed Finance Company in Pendang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


100A, Kampung Gajah Mati
Pendang
06700