MRSM Pendang Rasmi

MRSM Pendang Rasmi

Share

'Page' Rasmi MRSM Pendang untuk maklumat pelajar dan ibu bapa. MRSM Pendang adalah MRSM yang ke 27 dibina di Negara ini.

Maktab Rendah Sains MARA Pendang (singkatan: MRSM Pendang) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak di daerah Pendang, Kedah. . MRSM Pendang mempunyai 4 blok akademik dan pentadbiran, 4 blok asrama yang memuatkan bilik pelajar puteri dan bilik pelajar putera dengan kapasiti maksimum 750 orang pelajar. MRSM ini juga dilengkapi dengan 25 bilik darjah, 13 makmal sains, 2 makmal komputer

04/05/2026

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEMESTER I 2026

Pihak Pengurusan serta seluruh warga MRSM Pendang mengucapkan selamat maju jaya kepada semua Pelajar MRSM Pendang yang akan menduduki Peperiksaan & Pentaksiran Semester I 2026 bermula 04 hingga 21 Mei 2026.

Semoga Allah mengurniakan kelapangan hati dan kesihatan sepanjang Peperiksaan Semester I 2026 berlangsung.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEMESTER I 2026

04/05/2026

Tahniah!!! kepada penerima ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2025.

Photos from MRSM Pendang Rasmi's post 02/05/2026

SAMBUTAN HARI BUMI DAN HARI KOPERASI SEKOLAH MRSM PENDANG 2026

Alhamdulillah, Sambutan Hari Bumi dan Hari Koperasi Sekolah MRSM Pendang 2026 yang telah berlangsung pada 26 April 2026 (Ahad) berjaya dilaksanakan dengan penuh jayanya dalam suasana yang teratur dan lancar.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti berimpak tinggi telah dianjurkan bagi memupuk kesedaran serta penglibatan aktif warga maktab. Antara pengisian utama termasuklah simbolik penanaman pokok sebagai tanda komitmen terhadap kelestarian alam sekitar, kuiz dan sajak koperasi yang mencungkil kreativiti pelajar, serta aktiviti santai seperti Petanque FAST n Fun. Turut memeriahkan program ialah cabutan bertuah, penyampaian Anugerah Koperator Terbaik, carboot sale, jualan barangan kitar semula dan minyak masak terpakai, taklimat kesedaran kitar semula, serta tayangan montaj program.

Penganjuran program ini jelas mencerminkan iltizam warga MRSM Pendang dalam menyokong agenda kelestarian alam sekitar di samping memperkukuh budaya keusahawanan, kerjasama serta semangat kekitaan dalam kalangan warga pendidikan.

Pihak maktab merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh jawatankuasa pelaksana, barisan guru, staf, para pelajar serta semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan komitmen dalam menjayakan program ini dengan cemerlang.

Photos from MRSM Pendang Rasmi's post 02/05/2026

Tahniah MRSM Pendang! 🎉

Tahniah kepada semua wakil MRSM Pendang atas pencapaian cemerlang dalam Pertandingan Pidato Piala AZH 2026 yang berlangsung di World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur pada 29 April hingga 1 Mei 2026.

Seramai 5 orang pelajar telah mewakili maktab dan berjaya mara hingga ke peringkat akhir.

Peserta jelas membuktikan keunggulan bakat dan usaha yang berterusan apabila Muhammad Arif bin Muhammad Naim (303) berjaya merangkul Naib Johan dengan membawa p**ang hadiah wang tunai RM2000.

Kejayaan ini diikuti oleh Farah Dhuha Amani binti Mohd Rosidi (505) yang memperoleh tempat ketiga dengan membawa p**ang RM1000,

Diikuti oleh Muhammad Irsyad bin Mohd Rosli (101) turut mengharumkan nama maktab dengan meraih tempat keempat serta hadiah RM750.

Tidak ketinggalan, Balqis Ayla Humayra binti Burhanuddin (202) dan Muhammad Izz Ariq bin Mohd Aslan (302) masing-masing turut mencatat pencapaian yang membanggakan dengan kedudukan tempat ketujuh dan ketiga belas.

Kejayaan ini turut disokong oleh komitmen tinggi guru pembimbing, En. Muhammad Syahril bin Suhaimi, yang tidak jemu membimbing, melatih dan memberi dorongan berterusan kepada para peserta sehingga berjaya mencapai tahap yang membanggakan di pentas pertandingan.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta serta guru pembimbing atas usaha dan komitmen yang diberikan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua pelajar untuk terus cemerlang.

Photos from MRSM Pendang Rasmi's post 22/04/2026

Kejohanan Badminton MSSD Pendang 2026
🏸🏸🏸

📆20 - 22 April 2026
di Dewan Rakan Sukan, Pendang

Pencapaian:
🥈Perak - 1
🥉Gangsa - 3

TAHNIAH!TAHNIAH!TAHNIAH!

Photos from MRSM Pendang Rasmi's post 22/04/2026

MRSM Pendang telah mencatat kejayaan cemerlang dalam Kejohanan Bola Tampar MSSD yang berlangsung pada 13-15 April yang lalu di Kilang Kechil, Bukit Jenun Pendang. Pasukan bawah 18 perempuan (U18P) muncul sebagai johan, manakala pasukan bawah 18 lelaki (U18L) berjaya meraih tempat ketiga.

Selain itu, seramai enam orang pelajar telah terpilih untuk mewakili daerah Pendang ke Kejohanan MSSK, iaitu Hasif Nazran, Amirul Zuhaily, Adeeba Dania, Nurin Imanina, Aliah Aisyah dan Nur Rasmiyati.

Coach: En. Zulhairie
Pengurus : Pn. Anis Amalina & En. Zaffi

Well done !!!!

Photos from MRSM Pendang Rasmi's post 22/04/2026

22 April 2026

Friendly match - Touch Rugby antara MRSM Pendang Flying Phoenix VS SM Sains Pokok Sena (SAINA)

U16 MRSM 5 - 0 SAINA
U15 1 MRSM 4 - 0 SAINA
U15 2 MRSM 4 - 0 SAINA

Tahniah dan syabas!

22/04/2026

✨Dengan penuh rasa takzim dan setinggi-tinggi penghargaan, dipersembahkan video montaj sejarah Maktab Rendah Sains MARA Pendang; karya pasukan Redaksi 2026/2027 yang diketuai oleh Muhammad Hanan Shakirin,pelajar tingkatan 3 sesi 2026 bersama ahli pasukannya;serta dibimbing oleh guru penasihat Cikgu Azizul dan Cikgu Nurzahirah. Video istimewa ini dibuat sempena sambutan Jubli Perak MRSM Pendang 2001–2026.✨

✨Cahaya bulan di tasik permai,
Air beralun tenang berseri;
Jubli Perak lambang prestasi dan KPI cemerlang ingin dicapai,
MRSM Pendang unggul terus berbakti.

✨Burung merpati terbang ke awan,
Singgah sebentar di pohon nan tinggi;
Seperempat abad MRSM Pendang sudah menabur jasa serta harapan,
Moga ALLAH rahmati, dipandu kejayaan hakiki.

✨Semoga dipelihara dalam redha Ilahi yang abadi, gemilang dan cemerlang,insya'Allah 🤲💚💛

✨Semoga paparan ini menjadi kenangan berharga dan inspirasi kepada seluruh warga MRSM Pendang,Kedah; sama ada yang masih menabur bakti mahupun yang telah melangkah ke dunia luar.



Photos from MRSM Pendang Rasmi's post 16/04/2026

🌙✨ Jemputan Istimewa Buat Semua ✨🌙

Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Maktab Rendah Sains MARA Pendang,
dengan penuh hormat dan takzim, kami menjemput seluruh warga, alumni dan waris MRSM Pendang untuk bersama-sama menghadiri:

🕌 Majlis Solat Hajat Perdana & Doa Selamat

Satu malam penuh keberkatan…
menghimpunkan doa, harapan dan kesyukuran atas perjalanan 25 tahun yang penuh makna.

📅 17 April 2026 (Jumaat)
🕖 7.00 malam – 10.00 malam
📍 Surau MRSM Pendang

Marilah kita bersama menadah tangan, memohon keberkatan,
agar segala usaha dan legasi yang dibina terus diberkati dan dipermudahkan. 🤲

⏳ Hadirlah… kerana setiap doa yang dipanjatkan,
insyaAllah menjadi penguat perjalanan masa hadapan.

15/04/2026

🔥 Ayuh!!! Kongsikan kenangan paling indah! 🔥

Sempena Jubli Perak 25 Tahun Maktab Rendah Sains MARA Pendang, kami nak dengar kisah legend korang!

Yang mana satu kenangan paling manis?

😄 Gelak tak henti dengan geng dorm
📚 Study last minute tapi tetap score
🎉 Moment kejayaan yang buat bangga satu batch
25 tahun… ribuan cerita hebat!

Kini giliran anda p**a untuk kongsi—biar semua rasa kembali zaman itu ✨

📌 Drop cerita paling sweet di komen
📸 Ada gambar lama? Lagi power, share sekali!
⏳ Jangan simpan sorang-sorang…
biar kenangan kita hidup kembali!

15/04/2026

✨ Hangatkan Sambutan Jubli Perak… kali ini lebih bermakna!

Sempena sambutan 25 tahun Maktab Rendah Sains MARA Pendang, satu forum istimewa bakal membuka lembaran kisah yang penuh inspirasi—

🎤 FORUM: 25 Tahun Melakar Kecemerlangan
📖 Kisah, Kenangan, Kejayaan
Menampilkan barisan tokoh hebat yang pernah mencorakkan kecemerlangan MRSM:

✨ Tuan Haji Ahmad Nazir bin Lateh
✨ Encik Ibrahim bin Abdullah
✨ Dr. Nik Muhammad Azhar bin Nik Daud

Dipandu oleh moderator berwibawa:

🎙 Encik Muhammad Syahril bin Suhaimi

📅 16 April 2026
🕛 12.00 Tengah Hari
📍 Dewan Al-Jazari, MRSM Pendang

Inilah peluang untuk menyelami kisah sebenar di sebalik kejayaan—
bukan sekadar cerita, tetapi pengalaman yang membina legasi.
⏳ Jangan lepaskan detik penuh makna ini…
kerana setiap perkongsian adalah inspirasi untuk masa depan!

Want your school to be the top-listed School/college in Pendang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Jenun, Ayer Puteh
Pendang
06700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 03:30
Sunday 08:00 - 17:00