MFF Empires
Perunding Hartanah Berdaftar
15/10/2025
Dapat Kunci Rumah Baru? Jangan Terus Seronok Dulu, Ini Langkah WAJIB Sebelum Masuk.
Ramai pemilik rumah baru terlalu teruja bila dapat kunci, sampai terlupa satu langkah penting, bawa dokumen Perjanjian Jual Beli (S&P) semasa buat pemeriksaan rumah. Kenapa penting? Kerana dokumen ini adalah rujukan utama untuk semak spesifikasi, kemasan, dan kondisi rumah sama seperti yang dijanjikan dalam perjanjian.
✅ Semak dinding retak, pintu tak selaras, paip bocor, atau jubin rosak.
✅ Tandakan kerosakan untuk pemaju baiki.
✅ Elakkan kos baiki dari poket sendiri bila dah duduk nanti!
Dokumen S&P bukan sekadar kertas , ia pelindung hak anda sebagai pembeli.
26/09/2025
CONTOH SURAT PERJANJIAN SEWA RUMAH
Haa, bagi anda yang baru sahaja ingin
mengorak langkah ke pelaburan hartanah, setiap sewaan WAJIB ada surat perjanjian sewa rumah.
“Oh apa gunanya surat perjanjian tu?”
Surat perjanjian sewa rumah adalah digunakan untuk memberi perlindungan kepada tuan rumah seperti anda dan juga penyewa rumah sewa tersebut.
Kandungan surat perjanjian adalah berbeza mengikut rumah sewa tersebut, namun begitu, secara umumnya ianya boleh dikatakan sama dari segi syarat-syarat utama dalam perjanjian sewa rumah itu.
Anda kena tahu:
Sekiranya anda tidak mempunyai surat perjanjian secara bertulis yang dipersetujui oleh penyewa, anda sebagai tuan rumah akan menghadapi risiko yang lebih besar terhadap rumah sewa tersebut.
Antara Kandungan Surat Perjanjian Rumah Sewa
Antara kandungan penting dalam surat perjanjian rumah sewa adalah:
1)Muka Hadapan
2)Maklumat Penyewa
3)Jadual Pembayaran
4)Senarai Inventori
5)Syarat-syarat Perjanjian
6)Tandatangan Persetujuan
Kredit: sewanify
16/08/2025
Apabila dapat kunci rumah, lazimnya ramai pemilik kediaman yang mula berangan-angan untuk merealisasikan konsep dekorasi rumah yang menjadi impian.
Sebenarnya SEBELUM berhasrat untuk dekor rumah, kena selesaikan perkara asas renovasi rumah ini dahulu.
Jangan buat silap! supaya tak menyesal nanti.
Artikel Penuh: https://www.impiana.my/silap-besar-jangan-sibuk-dekor-rumah-jika-tak-settle-7-perkara-asas-ini/
25/07/2025
Ramai adik beradik yang berkonflik sebab tanah yang tak luas mana.
Cara Selesaikan Masalah Tanah Pusaka Ada Banyak Nama Dengan Bahagian Makin Mengecil - Vanilla Kismis Tanah pusaka sering jadi isu terutama kalangan adik beradik, pada masa yang sama sering juga dilengah-lengahkan urusannya. Tambah lagi kalau tanah pusaka
21/07/2025
Tip penting kalau nak beli rumah kedua.
Ada Rezeki Lebih, Nak Beli Rumah Kedua. Baca Dulu Nasihat Mentor Kewangan Ini - Vanilla Kismis Dah ada rumah sendiri dan ada rezeki lebih. Teringin nak beli rumah kedua, kalau boleh lagi besar dan selesa. Tapi adakah keputusan ini tepat, maklumlah
Rumah apartment di Bukit Permata Sri Manjung untuk dijual..
23/04/2025
Dah berbelas tahun bayar bila check baki loan rumah, macam tak berganjak. Mesti ramai yang alami keadaan ni, sila check jenis loan korang.
Klik utk baca : https://www.vanillakismis.my/bayar-loan-rumah-dah-16-tahun-tapi-hutang-baru-susut-rm16-ribu-ini-sebabnya/
09/03/2025
Tips beli rumah kedua.
Ada Rezeki Lebih, Nak Beli Rumah Kedua. Baca Dulu Nasihat Mentor Kewangan Ini - Vanilla Kismis Dah ada rumah sendiri dan ada rezeki lebih. Teringin nak beli rumah kedua, kalau boleh lagi besar dan selesa. Tapi adakah keputusan ini tepat, maklumlah
17/02/2025
PENTING! LANGKAH KESELAMATAN KELUARGA DI RUMAH
Buat pengetahuan semua, untuk mengelakkan kejadian litar pintas, ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker) yang berada dikotak suis utama (yang bila kilat kuat dia jatuh,pastu kita tolak naik semula keatas tu),benda itu adalah sangat penting untuk kita yang berada dirumah untuk periksa sebulan sekali.
Caranya ialah dengan menekan butang 'push to trip' disebelah punat automatik tersebut. Jika setelah ditekan butang 'push to trip' automatiknya jatuh bermakna ELCB anda dlm keadaan baik tetapi jika anda tekan 'push to trip' dan ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker) anda tidak jatuh, maka cepatlah menghubungi wireman untuk menukar yang baru.
Rumah anda dalam keadaan bahaya dan risiko kebakaran boleh berlaku. Peringatan bila tekan butang 'push to trip' rumah anda akan black out kerana bekalan elektrik telah diputuskan, jangan bimbang just tolak semula ke keatas dan bekalan elektrik anda akan kembali kepada sediakala.
ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker) = Pemutus litar bocor ke bumi
"KESELAMATAN KELUARGA,KESEJAHTERAAN NEGARA"
Sumber/Kredit:
FAFIQ Electrical Service
Balai Bomba dan Penyelamat
11/11/2024
Tangguh Dulu Hasrat Nak Beli Rumah Dua Bulan Ini. Beli Tahun 2025 Lebih Untung, Pakar Ini Jelaskan Sebabnya - Vanilla Kismis Bagi yang sedang berkira-kira untuk beli kediaman pada tahun ini juga, dicadangkan untuk menangguhkan Hasrat hingga masuk tahun depan. Ini kerana pembelian rumah pada tahun 2025 akan lebih menguntungkan pembeli.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Jalan Pancor
Pendang
06700