MRSM Tun Abdul Razak - Laman Rasmi

MRSM Tun Abdul Razak - Laman Rasmi

Share

MRSM Tun Abdul Razak , Pekan Pahang Ia memulakan operasinya pada 1 Mei 2010.

Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sejenis sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. Mara merupakan badan berkanun mempunyai sistem kewang

Photos from MRSM Tun Abdul Razak - Laman Rasmi's post 22/08/2026

Tajuk: Kuliah Maghrib Bulanan (Iktibar dan Hikmah di Sebalik Ujian Penyakit)
Tarikh: 21 Ogos 2026 (Jumaat)
Tempat: Surau Al-Mustaqim, MRSM Tun Abdul Razak
Penceramah: Ustaz Nik Yazid
Anjuran: Unit Adab & Nilai, MRSM Tun Abdul Razak
Tema: Redha Menghadapi Ujian, Menyucikan Diri dan Jiwa
Pada 21 Ogos 2026, Unit Adab & Nilai MRSM Tun Abdul Razak telah berjaya menganjurkan program Kuliah Maghrib Bulanan bertempat di Surau Al-Mustaqim. Majlis ilmu ini telah dihadiri oleh para pelajar, guru-guru, serta warga maktab bagi mengimarahkan suasana surau selepas waktu Maghrib.
Sesi perkongsian ilmu kali ini telah disampaikan oleh Ustaz Nik Yazid. Pengisian utama kuliah memfokuskan kepada iktibar dan hikmah di sebalik penyakit yang melanda manusia serta cara seorang Muslim berdepan dengan ujian kesihatan.
Antara intipati penting yang dikongsikan oleh Ustaz Nik Yazid termasuklah:
* Penyakit Sebagai Penghapus Dosa: Mendidik jiwa agar redha kerana setiap kesakitan dan kesusahan yang dihadapi dengan sabar merupakan kafarah (penghapus) dosa-dosa kecil.
* Meningkatkan Sifat Sabar dan Syukur: Mengajar manusia untuk sentiasa bersabar semasa diuji dengan kesakitan dan menghargai nikmat kesihatan yang sering dilupakan sewaktu sihat.
* Mendekatkan Diri kepada Allah SWT: Ujian penyakit menjadi peringatan akan kelemahan diri sebagai hamba, sekali gus mendorong manusia untuk sentiasa berdoa, bertawakal, dan memohon kesembuhan daripada-Nya.
Program ini diakhiri dengan harapan agar para pelajar MRSM Tun Abdul Razak dapat mengambil iktibar daripada setiap ujian kesihatan yang dihidapi, seterusnya membentuk sahsiah yang terpuji selari dengan matlamat Unit Adab & Nilai untuk membangunkan ummah yang berilmu dan berakhlak mulia.
Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan penuh khusyuk dan lancar. Ayuh sama-sama kita menyemarakkan lagi majlis ilmu pada masa akan datang

Photos from MRSM Tun Abdul Razak - Laman Rasmi's post 07/08/2026

Majlis: Prestige Hi-Tea Raikan Kecemerlangan
Tarikh: 7 Ogos 2026
Tempat: Halaman Eventspace Pekan.

Mencapai kedudukan akademik teratas dengan PNG 3.80 hingga 4.00 bukanlah satu perjalanan yang mudah, ia menuntut ketekunan yang konsisten, disiplin yang tinggi, dan semangat pantang menyerah. Majlis ini dianjurkan khas untuk meraikan insan-insan istimewa ini yang bukan sahaja mengharumkan nama diri dan keluarga, malah bakal menjadi penanda aras keunggulan akademik bagi warga maktab. Tahniah.

Photos from MRSM Tun Abdul Razak - Laman Rasmi's post 07/08/2026

Photos from MRSM Tun Abdul Razak - Laman Rasmi's post 07/08/2026

Pada 6hb Ogos 2026, telah berlangsung Majlis Anugerah Penghormatan Pengetua untuk Semester 1, 2026. Majlis diadakan untuk meraikan kejayaan pelajar-pelajar dan guru-guru MRSM TAR yang telah berjaya menempatkan maktab dipersada yang membanggakan. Dengan adanya majlis ini, diharapkan akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan anak-anak pelajar sekalian.
Tahniah diucapkan kepada semua dan penghargaan yang tidak terhingga kepada MUAFAKAT MRSM TAR.

Kredit gambar: MATRA MRSM TAR

Photos from MRSM Tun Abdul Razak - Laman Rasmi's post 03/08/2026

Kejohanan Milo All Girls Touch Rugby (AGTR) KPTM Kuantan- Sekolah Sukan Malaysia Pahang.

1 OGOS 2026

Guru Pengiring: Cikgu Rudiyana binti Abdul Rahim

Pasukan Ragbi Sentuh Vipers MRSM Tun Abdul Razak telah menyertai Kejohanan Milo All Girls Touch Rugby (AGTR) Anjuran KPTM Kuantan dan Sekolah Sukan Malaysia Pahang telah berlangsung dengan jayanya pada 1 Ogos 2026 (Sabtu) bertempat di Padang SSMP, Gambang.

Alhamdulillah, Vipers berjaya memperolehi tempat ketiga kategori Plate. Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan juga guru penasihat. Ucapan sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak Pengurusan Maktab, pemandu, ibubapa, guru pengiring dan semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak.

​"3rd on the podium, but 1st in heart—the Vipers will be back stronger, wiser, and ready for more."

Photos from MRSM Tun Abdul Razak - Laman Rasmi's post 30/07/2026

Alhamdulillah berakhir sudah Perkhemahan Pandu Puteri MRSM Se-Malaysia 2026 yang telah disertai oleh 7 org ahli PP Remaja dari MRSM Tun Abdul Razak di Kem Casuarina MRSM Kuala Terengganu bermula 24 Julai sehingga 27 Julai 2026 dengan diiringi oleh Cikgu Noorakma. 3 Pertandingan Online telah dianjurkan iaitu GG MRSM War Cry, Tangan Emas & Masakan Rantau Asia Pasifik. Manakala pertandingan yang diadakan di tapak perkhemahan merangkumi Tempat Berteduh, Kuiz Pandu, Masakan Rimba, Tanda Mengesan, Taraf Perkhemahan & Projek Perintis.

MRSM Tun Abdul Razak telah berjaya merangkul kemenangan bagi pertandingan berikut ;

🔹Pertandingan GG MRSM War Cry (secara atas talian) - Naib Johan
🔹Pertandingan Tempat Berteduh - Tempat Keempat

Terima kasih yg tidak terhingga diucapkan kepada pihak pengurusan yang telah memberi sokongan, Guru2 Pemimpin PPPM MRSM TAR & wakil LEC Kebangsaan Cikgu Azimah yg bertungkus lumus membantu anak2. Tidak lupa juga terima kasih pada pilot kita , En. Ibrahim & En Jurohani yg membawa kami pergi dan balik. Tidak lupa juga berbanyak terima kasih pada para guru yg memberi ruang & waktu pada anak-anak pelajar ini membuat latihan dan semua warga kerja MRSMTAR khususnya 🌹











#𝗔𝗹𝘄𝗮𝘆𝘀𝗖𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗼𝗻

30/07/2026

Peluang pekerjaan - guru sambilan subjek Matematik.

Photos from MRSM Tun Abdul Razak - Laman Rasmi's post 28/07/2026

*Tajuk*: Kisah Keteladan Abu Hurairah RA
*Tarikh*: 27 Julai 2026 (Isnin)
*Tempat*: Surau Al-Mustaqim, MRSM Tun Abdul Razak
Penceramah: Ustaz Nik Yazid
*Anjuran*: Unit Amal & Islami MRSM Tun Abdul Razak

Pada 27 Julai 2026, Unit Adab & Nilai MRSM Tun Abdul Razak telah mengendalikan Kuliah Maghrib Bulanan bertempat di Surau Al-Mustaqim. Program ini telah dihadiri oleh para pelajar dan warden asrama.

Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh Ustaz Nik Yazid dengan merujuk Kitab Rahiqul Maktum. Pengisian ceramah memfokuskan kepada riwayat hidup dan keteladanan sahabat Nabi, Abu Hurairah RA. Ustaz Nik Yazid menekankan kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu, sifat dahagakan ilmu, serta ketaatan beliau yang patut dijadikan iktibar dan panduan oleh seluruh pelajar.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Diharapkan agar perkongsian ini dapat memberikan kesedaran rohani serta menyuntik semangat para pelajar untuk sentiasa mendalami ilmu dan membina sahsiah diri yang terpuji.

Photos from MRSM Tun Abdul Razak - Laman Rasmi's post 27/07/2026

Program Perkhemahan Ujian Kenaikan Pangkat Koperal Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA) Peringkat Daerah Pekan Tahun 2026.
Tarikh: 30 Jun sehingga 1 Julai 2026
Masa: 8.00am-5.00pm
Tempat: Dewan Seminar Minar Sinan SMK Peramu Jaya
Nama guru pengiring tambahan: Puteri Nur Syahirah binti Dzulkifli

Pencapai program ini adalah:
1) Peserta Perempuan Terbaik, Annur Firdina Fathia binti Ahmad Fauzi, MRSM TAR
2) Peserta Lelaki Terbaik, Muhammed Ammar Syakil bin Mohd Nizam, MRSM TAR
3) Kumpulan Terbaik melawan kebakaran: Ketuanya Abdul Jabar Fahmi bin Sirajjl Fahmi,MRSM TAR

Want your school to be the top-listed School/college in Pekan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


MRSM Tun Abdul Razak, , KM9, Jalan Kuantan-Pekan, , Mukim Pulau Serai
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00