HyT Solar

HyT Solar

Share

-tenaga pintar untuk masa depan-
Berminat untuk pemasangan solar? Hubungi kami.

Photos from HyT Solar's post 13/05/2026

🔥 Nak bil elektrik lebih jimat?
Kini hadir panel solar premium daripada AE Solar — teknologi Jerman dengan prestasi tinggi dan ketahanan luar biasa!

"READY STOCK"

⚡ AE Solar Meteor 730W
✅ N-type TOPCon Technology
✅ Bifacial Double-Glass Design
✅ Output tinggi sehingga 730W
✅ Lebih tahan panas & cuaca ekstrem
✅ Sesuai untuk rumah, kedai & projek komersial
Dengan teknologi terkini, panel ni mampu hasilkan tenaga lebih maksimum dan tahan lebih lama. Jimat bil elektrik untuk jangka panjang 💰☀️
📌 Tier-1 Brand
📌 Prestasi tinggi
📌 Design premium & tahan lasak

Nak pasang solar? Ini antara pilihan terbaik untuk pelaburan masa depan..

Berminat boleh pm !!!!!

16/04/2026

Penat nak pantau progress projek solar secara manual? 😫

Dapatkan visibiliti penuh projek anda dengan SolarTrack. Dari pemantauan tenaga kerja sehinggalah ke laporan dokumen, semuanya dalam satu aplikasi sahaja!

✨ Kelebihan Utama:

- Pantau progress pemasangan secara langsung.

- Pastikan kepatuhan keselamatan di tapak projek.

- Laporan PDF automatik (Jimat masa!).

Jom mulakan projek pertama anda dengan FREE TRIAL kami! Scan QR code di poster atau hubungi Yassir/Danish untuk maklumat lanjut. 📞

Photos from HyT Solar's post 16/04/2026

Salah satu persoalan yang sering ditanya oleh pemilik rumah sebelum memasang sistem solar ialah tempoh jangka hayat panel solar.

Secara umum, kebanyakan pengeluar panel solar menawarkan jaminan prestasi sehingga 15 tahun. Ini bermaksud selepas tempoh tersebut, panel masih boleh beroperasi tetapi tahap penghasilan tenaga mungkin sedikit berkurangan.

Sebagai contoh, banyak panel solar moden dijamin mampu mengekalkan sekitar 70% – 80% keupayaan penghasilan tenaga selepas 15 tahun penggunaan.

Ini menunjukkan bahawa sistem solar bukan sekadar penyelesaian jangka pendek, tetapi merupakan pelaburan tenaga jangka panjang untuk kediaman.
Dengan jangka hayat yang panjang, pemilik rumah berpotensi menikmati penjimatan bil elektrik selama bertahun-tahun selepas kos pemasangan awal berjaya ditampung.

Photos from HyT Solar's post 15/04/2026

Solar panel masih boleh jana elektrik walaupun cuaca mendung?

Ramai yang anggap solar hanya berfungsi apabila matahari terik. Tapi hakikatnya, panel solar masih mampu menjana elektrik walaupun dalam keadaan cuaca mendung.

Kebanyakkan panel solar menggunakan cahaya (irradiance) dan bukan semata-mata haba daripada matahari. Walaupun awan mengurangkan intensiti cahaya, tenaga masih boleh dihasilkan.

Secara purata, sistem solar masih mampu menghasilkan sekitar 10% – 25% tenaga walaupun ketika cuaca mendung.

Photos from HyT Solar's post 14/04/2026

Ramai orang tanya, macam mana sebenarnya sistem solar berfungsi?

1.Secara ringkas, panel solar yang dipasang di atas bumbung rumah akan menangkap cahaya matahari, kemudian ia akan menukarkannya kepada tenaga elektrik dalam bentuk arus terus (DC).

2.Tenaga ini kemudian akan melalui inverter, bahagian yang menukar arus DC kepada arus ulang-alik (AC) supaya elektrik tersebut boleh digunakan oleh peralatan elektrik di dalam rumah seperti lampu, peti sejuk, dan penyaman udara.

3.Apabila panel solar menghasilkan elektrik pada waktu siang, rumah akan menggunakan tenaga solar terlebih dahulu sebelum mengambil elektrik daripada grid TNB.

Ringkasnya, sistem solar membolehkan rumah anda menghasilkan sebahagian elektrik sendiri daripada cahaya matahari.

Want your business to be the top-listed Contractor in Pekan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


No 191, Jalan Nilai 7/11, Kaw. Perindustrian Nilai 7
Pekan
71800