PDRM PASIR MAS
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PDRM PASIR MAS, Law enforcement agency, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, Pasir Mas.
POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA
Media rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas
Menyalurkan informasi terkini berkaitan aktiviti, isu semasa dan berita mengenai PDRM.
13/06/2026
⚠️ BOLA SEPAK ITU MENYATUKAN, BUKAN MEROSAKKAN.
Ingat semua, jangan terlibat dalam perjudian samaada secara dalam talian atau secara pertaruhan. judi itu HARAM.
13/06/2026
⚠️ HINDARI KETUM, SAYANGI KELUARGA.
Berapa banyak keluarga yang musnah akibat ketum. Ketagihan ketum hanya merosakkan diri anda dan keluarga. Hindari Ketum.
12/06/2026
🔵 KETUA POLIS DAERAH HADIR ZIARAH KEMATIAN ANAK KEPADA WARGA IPD PASIR MAS YANG MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEMALANGAN JALANRAYA.
11 Jun 2026 ( Khamis) - YDH Ketua Polis Daerah Pasir Mas , ACP Mazlan bin Hassan telah meluangkan masa menziarah kematian anak kepads warga IPD Pasir Mas iaitu anak kepada Sarjan Tuan Rozila binti Tuan Teh yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Pasir Mas pada 10 Jun 2026. Kehadiran ACP Mazlan bin Hassan adalah bagi menyampaikan ucapan takziah dan memberikan sokongan moral kepada ahli keluarga yang telah ditinggalkan.
Allahyarham, Muhammad Rozaimee bin Mohd Zain, 25 tahun telah menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia. Jenazah kemudiannya dibawa pulang dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gual Petai Lima, Gual Ipoh, Tanah Merah selepas solat Isyak pada malam tadi.
Didoakan Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Seluruh warga IPD Pasir Mas mengucapkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga dan semoga diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Al-Fatihah.
11/06/2026
⚠️ LETAK KENDERAAN ANDA DITEMPAT YANG BETUL.
Parking kenderaan ditempat yang dibenarkan, terutamanya pada HARI PASAR MALAM dalam bandar Pasir Mas. Elakkan dari disaman oleh encik baju putih.
11/06/2026
🔵 PERJUMPAAN KJPJKK KONTINJEN KELANTAN BERSAMA ELEMEN BPJKK IPD PASIR MAS.
11 Jun 2026 (Khamis) - Bertempat di Dewan Ketua Polis Negara, IPD Pasir Mas telah berlangsungnya satu majlis Perjumpaan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Kelantan (KJPJKK) bersama warga Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Pasir Mas.
Sebelum menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Warga Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah (BPJKKD) Pasir Mas, rombongan yang diketuai oleh YDH ACP Zaizul Rizal bin Zakaria, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KJPJKK) Kontinjen Kelantan terlebih dahulu telah mengadakan sesi kunjung hormat ke atas YDH ACP Mazlan bin Hassan, Ketua Polis Daerah Pasir Mas sebagai tanda penghargaan dan mengeratkan hubungan kerjasama demi Pasukan Polis Diraja Malaysia.
Majlis perjumpaan bersama KJPJKK telah dihadiri oleh lebih kurang 31 orang warga BPJKK Daerah Pasir Mas yang hadir bagi mendengar taklimat serta pengisian dan intipati amanat yang disampaikan oleh YDH ACP Zaizul Rizal bin Zakaria, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KJPJKK) Kontinjen Kelantan.
Selain itu, sesi perjumpaan tersebut turut menjadi platform pengenalan KJPJKK Kontinjen Kelantan kepada warga BPJKK Daerah Pasir Mas susulan pelantikan beliau sebagai KJPJKK Kontinjen Kelantan pada Mei yang lalu.
10/06/2026
🔵 JOM JADI AHLI VSP.
Semua dihujung jari anda. Bersama kita mencegah jenayah.
10/06/2026
POSTING PILIHAN - LAWATAN KEBAJIKAN PENGERUSI PERKEP KEPADA WARGA IPD PASIR MAS.
09/06/2026
🔵 KETUA POLIS DAERAH BERSAMA PENGERUSI PERKEP IPD PASIR MAS SEMPURNAKAN PROGRAM KEMBARA DAN ZIARAH MYPESARA KELANTAN 2026 ANJURAN KWAP DI DAERAH PASIR MAS.
9 Jun 2026 (Selasa) - Program Kembara dan Ziarah MyPesara Kelantan 2026 anjuran KWAP telah berlangsung di daerah Pasir Mas dimana dalam program tersebut seramai tiga orang pesara polis dari daerah Pasir Mas telah dipilih sebagai penerima bantuan sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan terhadap jasa serta pengorbanan mereka sepanjang berkhidmat dalam pasukan.
Turut hadir dalam program ini ialah YDH ACP Mazlan bin Hassan, Ketua Polis Daerah Pasir Mas bersama YBhg Puan Siti Noor Asyiah binti Abu Khanipah, Pengerusi PERKEP Daerah Pasir Mas yang turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan keperluan asas kepada pesara.
Kehadiran KWAP dan PDRM mencerminkan sokongan padu terhadap usaha memperkukuh hubungan silaturahim antara agensi serta menyantuni para pesara yang telah banyak menabur bakti kepada masyarakat dan negara. Program ini bukan sahaja menjadi wadah penyampaian maklumat dan bantuan kepada golongan pesara, malah turut menyemarakkan semangat kebersamaan, keprihatinan dan penghargaan terhadap jasa mereka.
08/06/2026
POSTING PILIHAN - LAWATAN KEBAJIKAN ZIARAH WARGA IPD PASIR MAS OLEH YDH KETUA POLIS DAERAH BERSAMA YBHG. PENGERUSI PERKEP IPD PASIR MAS.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Address
Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang
Pasir Mas
17000