Maktab Rendah Sains MARA Parit
One of MRSM located in Parit Offering Double certification Programme SPM-IGCSE
20/08/2026
SPMRSM 2026 β KIMIA
π
20 Ogos 2026 | Khamis
π§ͺ Kertas 1: 8.00 β 9.15 pagi
π§ͺ Kertas 2: 10.30 pagi β 1.00 petang
Mohon titipan doa & restu semua agar anak-anak batch Victorious dikurniakan ketenangan, dipermudahkan menjawab setiap soalan dan diberikan kejayaan yang cemerlang.
Semoga segala ilmu, usaha, masa dan doa yang telah dicurahkan sepanjang perjalanan ini membuahkan hasil yang terbaik. π€²π»β¨
Chemistry A+!* π§ͺπ
All the best, Batch Victorious!
Akidah yang benar β’ Akhlak yang terpuji β’ Akademik yang cemerlang
DEBAT MRSM 2026 β PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI
Satu pentas perdebatan yang bakal menghimpunkan para pendebat MRSM seluruh negara!
π
18 β 21 September 2026
π€ Debat MRSM 2026
π Piala Timbalan Perdana Menteri
Nantikan kehangatan hujah, ketajaman idea dan semangat para pendebat MRSM!
19/08/2026
HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026 π²πΎ
Semangat patriotisme terus disemarakkan dalam kalangan warga MRSM Parit menerusi pelbagai aktiviti sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2026.
Program ini bertujuan untuk:
π²πΎ Meningkatkan semangat cintakan tanah air dalam kalangan warga MRSM Parit.
π Memupuk kesedaran tentang sejarah kemerdekaan dan perjuangan tokoh negara.
π¨ Memberi peluang kepada pelajar mengekspresikan rasa patriotisme secara kreatif.
π€ Mengukuhkan identiti kebangsaan dan perpaduan kaum.
π
14 Ogos 2026
πΆ Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu-lagu Patriotik
Seluruh warga MRSM Parit bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu-lagu patriotik bagi menyemarakkan semangat cinta akan negara.
π
17 Ogos 2026
π Larian Patriotik β melibatkan seluruh warga MRSM Parit di sekitar maktab.
π²πΎ Pengibaran Jalur Gemilang β sebagai simbol kecintaan dan kebanggaan terhadap negara.
πΈ Pertandingan Gambar Kreatif Bersama Homeroom β mencungkil kreativiti pelajar dalam menzahirkan semangat patriotisme.
Semoga program ini dapat menyemarakkan semangat Malaysia MADANI, memperkukuh perpaduan serta membentuk generasi yang menghargai sejarah dan mencintai tanah air.
18/08/2026
Semoga Berjaya, Victorius 2026! π
Selamat maju jaya buat Batch Victorius 2026 dalam menghadapi Kertas Peperiksaan Fizik SPMRSM daripada seluruh warga MRSM Parit.
Hadapilah peperiksaan ini dengan tenang, yakin dan penuh kesungguhan Percayalah pada segala ilmu, latihan dan usaha yang telah dicurahkan sepanjang perjalanan pembelajaran.
Setiap soalan ialah peluang untuk membuktikan kemampuan dan usaha yang telah dibina selama ini.
Doa, usaha dan tawakal.
Semoga dipermudahkan segala urusan, dikurniakan ketenangan fikiran serta diberikan kejayaan yang terbaik.
All the best, Victorius 2026! πͺπ»β‘
Do your best. Make it count.
17/08/2026
π§ͺ ChemistryAssemble | Chemistry Full Blast βοΈ
Collaborate. Master. Excel.
Program "ChemistryAssemble", salah satu pengisian utama di bawah "Chemistry Full Blast", telah dilaksanakan bagi memperkukuh penguasaan Kimia dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 bagi mendepani peperiksaan IGCSE.
Program ini memberi penekanan kepada pembelajaran secara kolaboratif, dengan pelajar bekerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan tugasan dan membincangkan konsep, manakala guru bertindak sebagai fasilitator yang membimbing proses pembelajaran.
π― Fokus utama ChemistryAssemble:
πΉ Memperkasa "Content Mastery" dan penguasaan konsep Kimia
πΉ Memperkemas teknik menjawab soalan dengan lebih sistematik
πΉ Menggalakkan perkongsian idea dan pembelajaran rakan sebaya
πΉ Membina keyakinan pelajar dalam mengaplikasikan pengetahuan Kimia
π
Tarikh: 15 Ogos 2026
β° Masa:8 .30 pagi β 1.00 petang
π Tempat: Bilik Seminar 1, ISRC, MRSM Parit
ChemistryAssemble bukan sekadar sesi ulang kaji β ia merupakan ruang untuk pelajar belajar bersama, menguasai kandungan dan memperkemas strategi menjawab.
πͺ Learn Together. Master Chemistry. Excel Together!
17/08/2026
π§ͺβ¨ CHEM2VICTORY SPM 2026 | CHEMISTRY A+
Pada 15 Ogos 2026, MRSM Parit telah mengadakan program CHEM2VICTORY SPM 2026 sebagai salah satu usaha memperkasa persediaan pelajar menghadapi SPMRSM dan SPM dalam subjek Kimia.
π
15 Ogos 2026 (Sabtu)
β° 8.30 pagi β 4.30 petang
π MRSM Parit
ποΈ Penceramah: Pn. Noor Emy Liana Daud, MRSM Gemencheh
Semoga perkongsian ilmu, teknik dan strategi yang diberikan dapat meningkatkan kefahaman dan keyakinan para pelajar dalam usaha mencapai Chemistry A+. π
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Pengurusan MRSM Parit serta MUAFAKAT MRSM Parit atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. π€π
Master the concepts. Ace the exam. Be the victor. ππ§ͺ
17/08/2026
π§ͺ SEMINAR ChemAce CHEMISTRY FORM 3 2026
β¨ Towards A* IGCSE
Alhamdulillah, Seminar ChemAce Chemistry Form 3 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 15 Ogos 2026, bertempat di ISRC, MRSM Parit.
Program anjuran Unit Kimia MRSM Parit ini dilaksanakan melalui kolaborasi akademik antara MRSM Parit dengan tenaga pengajar Kimia dari MRSM Tun Abdul Razak (MRSM TAR). Kolaborasi ini membuka ruang kepada perkongsian kepakaran, pengalaman serta teknik menjawab soalan IGCSE Chemistry yang berkesan bersama para pelajar.
Program ini bertujuan memperkukuh penguasaan konsep serta meningkatkan kemahiran menjawab soalan IGCSE bagi topik-topik utama Kimia Tingkatan 3. Para pelajar telah dibimbing mengikut tahap penguasaan masing-masing agar proses pembelajaran menjadi lebih berfokus dan berkesan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan tenaga pengajar:
πΉ Cikgu Wan Nur Farahin binti Wan Sahimi (MRSM TAR)
πΉ Cikgu Muhammad Nasri bin Muhammad Rosdi (MRSM TAR)
πΉ Cikgu Marwan bin Yaacob @ Salleh (MRSM Parit)
πΉ Cikgu Nur Hazwani binti Mohamad Azman (MRSM Parit)
Terima kasih kepada pihak pengurusan maktab, para guru, ibu bapa dan penjaga atas segala sokongan yang diberikan. Tahniah juga kepada semua pelajar Tingkatan 3 atas komitmen, disiplin dan penyertaan aktif sepanjang seminar berlangsung.
Semoga segala ilmu, teknik dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam pembelajaran serta menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih cemerlang dalam IGCSE Chemistry.
A β’ C β’ E
ASPIRE β’ COLLABORATE β’ EXCEL
Empowering Chemistry Excellence through Academic Collaboration.
10/08/2026
SELAMAT MENDUDUKI KERTAS BAHASA MELAYU SPMRSM 2026
Seluruh warga MRSM Parit mengucapkan selamat maju jaya kepada calon SPMRSM 2026, Batch Victorious sempena peperiksaan SPMRSM yang berlangsung. Yakinlah bahawa usaha yang disertai doa dan tawakal akan menjadi bekalan dalam mencapai kejayaan.
Semoga segala usaha, doa dan persediaan yang telah dilakukan selama ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan diterjemahkan dengan pencapaian yang membanggakan.
Good luck, Batch Victorious.
MRSM Parit sentiasa mendoakan kejayaan dan kecemerlangan kalian.
βUsaha, doa dan tawakal. Insya-Allah, kejayaan milik kalian.β
09/08/2026
BENGKEL SIAP SIAGA A+ BAHASA MELAYU SPM 2026
βGenggam Tidak Tirisβ β Kuasai 235 Markah!
Unit Bahasa Melayu, Jabatan Bahasa MRSM Parit telah menganjurkan Bengkel Siap Siaga A+ Bahasa Melayu SPM 2026 sebagai persediaan mantap buat calon SPM 2026.
Bengkel ini menampilkan perkongsian bersama Cikgu Hasfiza, Mantan Guru Cemerlang Bahasa Melayu dan GKMP Bahasa, SMKDH, yang membimbing para pelajar melalui:
π Kajian format & analisis soalan SPM
π Strategi menjawab setiap tugasan
π Teknik menulis dengan cepat & tepat
π Penguasaan kemahiran bahasa tinggi
π Praktis berfokus & maklum balas bermakna
ποΈ 8 Ogos 2026
β° 8.00 pagi
π BS 1, ISRC, MRSM Parit
Semoga perkongsian ilmu dan strategi yang diperoleh sepanjang bengkel ini dapat membantu para pelajar meningkatkan keyakinan, memperkemas teknik menjawab dan seterusnya melakar kecemerlangan dalam SPM 2026.
09/08/2026
EMPAT ATLET MEMANAH MRSM PARIT CIPTA KEJAYAAN GEMILANG
Tahniah kepada empat atlet memanah lelaki MRSM Parit yang telah berjaya mendominasi saingan dalam Kejohanan Memanah SUPER X Perak B 2026.
π₯ Johan β IZZ MUHAMMAD MIKAIL BIN MOHD REDZUAN (202)
π₯ Naib Johan β MUHAMMAD ESHAN BIN MOHD SANI (206)
π₯ Tempat Ketiga β NOR EMIR ELYAZ BIN NORAZMAN (302)
4οΈβ£ Tempat Keempat β AZRI FARIS BIN MOHD NAZRI (202)
Lebih membanggakan, keempat-empat atlet lelaki MRSM Parit berjaya menguasai empat kedudukan teratas dalam kategori lelaki.
KESELURUHAN
π MRSM PARIT β JUARA KESELURUHAN
Kejayaan ini juga melayakkan kesemua atlet tersebut untuk mewakili Kontinjen Perak B ke peringkat kebangsaan nanti.
Dengan kejayaan meraih emas ini, kedudukan ranking keseluruhan MRSM Parit turut meningkat daripada tempat ke-4 kepada tempat ke-3.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga maktab, jurulatih serta ibu bapa dan semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan, doa dan kerjasama sepanjang persiapan dan kejohanan ini.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama MRSM Parit di pentas yang lebih tinggi.
Tahniah dan syabas, wira-wira memanah MRSM Parit!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Jalan Parit-Tanjung Belanja
Parit
32800
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |