SK Belanja RASMI
Sekolah Kebangsaan Belanja mula didirikan pada tahun 1892. Ia merupakan sekolah yang tertua di Daerah Perak Tengah.
29/04/2026
Perkhemahan Lencana Jaya dan Keris Emas pada 24-26 April 2026 di Kem Kota Layang-layang Kiri, Parit, Perak.
10 orang ahli Pengakap Kanak-kanak (Tahun 6) SK Belanja telah menyertai perkhemahan tersebut dan memperoleh Sijil Lencana Keris Emas.
Dalam pada itu, berjaya merangkul tempat ketiga dalam Pertandingan Pintu Gerbang.
Syabas kepada semua peserta, guru-guru, warga sekolah, ibu bapa yang terlibat secara langsung sepanjang persiapan hingga ke akhirnya.
25/04/2026
Program Jom Baca 10 minit.
Kempen baca buku Peringkat Negeri Perak diadakan serentak di semua sekolah pada 23.4.2026, hari Khamis Jam 11.00 pagi.
Bangsa membaca, Bangsa berjaya!
Membaca jambatan ilmu.
10/04/2026
Sambutan Hari Raya Aidilfitri Prasekolah
SK Belanja. Meriahnya lain macam..sudah tentu terpahat memori indah anak-anak bersama guru-guru dan ibu bapa. Tahniah!
10/04/2026
Mesyuarat Agung PIBG SK Belanja Kali ke 47, Tahun 2026
telah diadakan pada 9 April 2026, hari Khamis, jam 2:00 petang.
PIBG merupakan tulang belakang yang menyokong pelbagai program di sekolah ke arah kemenjadian murid.
Sekalung penghargaan kepada semua ahli yang hadir , AJK guru & ibu bapa sesi 2025/2026.
Semoga AJK 2026/2027 yang telah dilantik dapat meneruskan kecemerlangan.
28/03/2026
Fokus Kesejahteraan Murid & Warga Sekolah:
1. Hebahan kpd semua murid membawa air minuman / bekas air minum ke sekolah. Memastikan tiada dehidrasi.
2. Kebenaran memakai pakaian / tshirt sukan setiap hari kpd semua murid, guru & staf sehingga satu tempoh yg akan dimaklumkan.
3. Elak aktiviti di tempat panas.
24/03/2026
18/03/2026
Selamat Bercuti & Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga serta ibu bapa & penjaga murid SK Belanja. Maaf Zahir & Batin.
18/03/2026
Majlis Penutupan Program Ihya Ramadan serta Penyampaian Sumbangan Raya SK Belanja 17 Mac 2026
07/03/2026
Sambutan Nuzul Al-Quran & Majlis Berbuka Puasa SK Belanja 2026.
Jumaat | 6 Mac 2026
Sekalung penghargaan kepada penceramah, Ustaz Aznawi bin Amri, Pen.PPD Unit Pendidikan Islam, PPD Perak Tengah.
Turut bersama
Rakan Muafakat Sekolah (RMS) - Pn.Nurain binti Mion Ahmad.
Pengerusi JPKK - Belanja Kiri, En.Rosmuazin
Kg Sadang , En.Zulkifli
PIBK- En.Ismail Hamzah
Terima kasih semua guru, kakitangan sekolah, ibu bapa dalam menjayakan program tersebut.
#
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Parit
32800