BALAI POLIS PARIT
LAMAN RASMI FACEBOOK BALAI POLIS PARIT, IBU PEJABAT DAERAH PERAK TENGAH.
31/07/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN 2026
YDH Supt Hafezul Helmi bin Hamzah, Ketua Polis Daerah Perak Tengah mewakili seluruh warga PDRM Perak Tengah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2026 kepada semua pejuang negara.
Terima kasih Pahlawanku!!
28/07/2026
PROGRAM PERASMIAN MINGGU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA MAJLIS MENANDATANGANI MOU ANTARA BALAI POLIS PARIT DAN SK TELOK PERANG
PARIT, 27 JULAI 2025 – Ketua Polis Balai Parit, SM Noreffendy bin Mohd Noor, bersama dua anggota Balai Polis Parit telah menghadiri Program Perasmian Minggu Bimbingan dan Kaunseling anjuran Sekolah Kebangsaan Telok Perang, Parit yang bertempat di SK Telok Perang, Parit.
Program yang berlangsung pada jam 7.45 pagi ini turut dihadiri oleh En. Dzulkifli bin Abd Jalil, Guru Besar SK Telok Perang, barisan pentadbir, guru-guru serta murid-murid sekolah berkenaan.
Program ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama antara pihak sekolah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam usaha bersama membanteras gejala buli serta mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan bebas daripada permasalahan buli.
Antara pengisian program adalah nyanyian lagu Negaraku, Negeri Perak dan lagu sekolah, bacaan doa, ikrar Rukun Negara, tayangan video korporat Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), ucapan Guru Besar, ucapan perasmian oleh Ketua Polis Balai Parit, penyampaian watikah, ikrar Pembimbing Rakan Sebaya serta Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Balai Polis Parit dan SK Telok Perang.
Kerjasama erat antara PDRM dan pihak sekolah amat penting dalam membentuk generasi muda yang berdisiplin, berakhlak serta mempunyai kesedaran terhadap kepentingan mewujudkan budaya sekolah yang selamat dan bebas daripada gejala buli.
Program telah berlangsung dengan lancar dan teratur.
"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"
27/07/2026
27/07/2026
19/07/2026
BERDAKWAH DI MEDIA SOSIAL, SEBAR KEBAIKAN
Kita berkongsi status yang baik bukanlah untuk menunjuk alim atau merasakan diri lebih baik daripada orang lain.
Sebaliknya, kita berharap setiap perkongsian menjadi asbab hidayah buat insan lain. Mungkin satu ayat al-Quran, satu hadis, atau satu nasihat yang kita kongsikan mampu menyentuh hati seseorang untuk kembali kepada Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat." (Riwayat al-Bukhari)
Jangan pernah jemu menyebarkan kebaikan. Kita tidak tahu perkongsian yang mana akan menjadi saham pahala yang berterusan hingga ke akhir hayat.
Semoga Allah SWT menerima setiap usaha dakwah kita, mengikhlaskan niat kita, dan menjadikan media sosial sebagai medan menambah pahala, bukan dosa.
🤲 Jom sebarkan manfaat, bukan mudarat. ❤️ Jom jadi asbab hidayah, bukan asbab fitnah.
19/07/2026
🕌 Jangan Kata Pada Solat, "Aku Ada Kerja"... Tetapi Katakan Pada Kerja, "Sekarang Waktu Solat."
Rezeki bukan datang kerana kita bekerja tanpa henti, tetapi kerana keberkatan daripada Allah SWT. Apabila azan berkumandang, tinggalkan seketika urusan dunia dan sambutlah panggilan Tuhan yang telah mengurniakan segala nikmat kepada kita.
Jangan biarkan kesibukan menjadi alasan untuk melengah-lengahkan solat. Sesungguhnya, solat bukan penghalang kejayaan, bahkan menjadi kunci kepada keberkatan hidup, ketenangan jiwa dan kejayaan dunia serta akhirat.
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Perkara pertama yang akan dihisab ke atas seorang hamba pada hari kiamat ialah solatnya. Jika baik solatnya, maka baiklah seluruh amalannya. Jika rosak solatnya, maka rosaklah seluruh amalannya."
(Hadis Riwayat al-Tabrani)
Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa menjaga solat pada awal waktu dan mengakhiri kehidupan dengan husnul khatimah.
حَٰفِظُواْ عَلَى ٱلصَّلَوَٰتِ وَٱلصَّلَوٰةِ ٱلۡوُسۡطَىٰ وَقُومُواْ لِلَّهِ قَٰنِتِينَ
Maksudnya:
Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.
(Surah al-Baqarah: 238)
19/07/2026
JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN YAASIN & DOA SELAMAT KELUARGA HAJI ABU HANIPAH & HAJAH HAMSIAH MAT JIDIN
18 Julai 2026 | Masjid As-Salam, Kampung Bukit Chupak
Parit, 18 Julai 2026 – Ketua Polis Balai Parit, SM Noreffendy bin Mohd Noor bersama anggota Balai Polis Parit telah menghadiri Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat Keluarga Haji Abu Hanipah & Hajah Hamsiah Mat Jidin yang berlangsung di Masjid As-Salam, Kampung Bukit Chupak.
Majlis turut dihadiri oleh YB Khairudin bin Haji Abu Hanipah (AMP, PPT), Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, Supt Hafezul Helmi bin Hamzah, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, DSP Aizuddin bin Jamaludin, Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, YBhg. Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria, Ketua Bahagian UMNO Parit, ASP Ahmad Nasrul bin Abd Rashid, KCKD IPD Perak Tengah, ketua-ketua kampung sekitar Parit serta para jemputan.
Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti bacaan Yaasin dan doa selamat, seterusnya solat Isyak berjemaah sebelum diteruskan dengan jamuan makan.
Kehadiran warga Balai Polis Parit dalam program seumpama ini mencerminkan komitmen berterusan PDRM dalam mengeratkan hubungan silaturahim bersama pemimpin dan masyarakat setempat di samping menyokong program-program kemasyarakatan yang membawa manfaat kepada komuniti.
Program telah berlangsung dengan lancar, teratur dan selesai tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Parit