Sustainable Campus Office-SCO

Sustainable Campus Office-SCO

Share

The motto of SCO is 'Reengineering Sustainability'

Sustainable Campus Office (SCO),UTHM is an office responsible for planning, developing and implementing innovative sustainable solutions in the pursuit of an environmentally sustainable campus.

17/06/2026

*Salam Maal Hijrah 1448H*

"MADANI Dihayati, Ummah Diberkati"

Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita terus berhijrah ke arah kehidupan yang lebih baik, meningkatkan keimanan serta menyemai semangat perpaduan dan kasih sayang sesama insan.

16/06/2026

JEMPUTAN KE PROGRAM PAGOH ENVIRONMENTAL SUSTAINABILITY: KOMUNITI PRIHATIN ALAM (PESKA) 2026

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Merujuk kepada perkara di atas, kami amat berbesar hati untuk menjemput seluruh warga UTHM dan komuniti sekitar untuk menyertai program bertemakan kelestarian alam ini.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan memupuk kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar melalui pelbagai aktiviti interaktif dan pameran pendidikan.

Butiran program adalah seperti yang berikut:

๐Ÿ“†*Tarikh*: 22 Jun 2026
โฐ *Masa*: 8.00 Pagi - 2.00 Petang
๐Ÿ“ *Tempat* : Kemudahan Gunasama, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, Johor

Antara aktiviti yang dijalankan:

โ™ป๏ธ Kelestarian dan Keselamatan Jalan Raya
โ™ป๏ธ Kelestarian dalam Alam Sekitar
โ™ป๏ธ Kelestarian dalam Inovasi dan Penjanaan Ekonomi
โ™ป๏ธ Aktiviti Pengurusan Sisa bersama SWM

Sekian, terima kasih.

*Jawatankuasa Pelaksana*
_Program Environmental Sustainability: Komuniti Prihatin Alam (PESKA) 2026_
_Fakulti Teknologi Kejuruteraan_
_UTHM Cawangan Pagoh_

14/06/2026

"Abadikan Momen Terbaik Anda di Lokasi Menarik UTHM"

Jom sertai pertandingan fotografi anjuran Pejabat Kampus Lestari dan tunjukkan kreativiti anda merakam keindahan serta lokasi menarik di sekitar UTHM!

๐Ÿ‘ฅ Terbuka kepada:
โœ… Semua Pelajar UTHM
โœ… Semua Staf UTHM

๐Ÿ“… Tarikh Penyertaan:
10 โ€“ 20 Jun 2026

๐Ÿ† Pengumuman Pemenang:
22 Jun 2026

๐Ÿ“Œ Cara Penyertaan:
1๏ธโƒฃ Ambil gambar di mana-mana lokasi menarik sekitar UTHM
2๏ธโƒฃ Muat naik ke Facebook atau Instagram
3๏ธโƒฃ Letakkan hashtag:

4๏ธโƒฃ Pastikan akaun media sosial anda dalam mod Awam (Public)

๐ŸŽ Hadiah Wang Tunai Menanti Anda!
๐Ÿฅ‡ Top 5 Individu โ€“ RM50 setiap pemenang
๐Ÿ‘ฅ Top 5 Kump**an (minimum 2 orang) โ€“ RM150 setiap kump**an

๐Ÿ… Kriteria Pemilihan Pemenang:
โœ”๏ธ Bilangan Like & Komen Terbanyak
โœ”๏ธ Kreativiti dan Keunikan Foto
โœ”๏ธ Keputusan Juri adalah Muktamad

๐Ÿ“ท Rakam. Kongsi. Menang.
Jangan lepaskan peluang untuk menonjolkan sudut terbaik kampus UTHM sambil membawa p**ang hadiah menarik!

Photos from Sustainable Campus Office-SCO's post 09/06/2026

19 - 20 Mei 2026 l Lawatan Penanda Aras Edutourism ke Universiti Pendidikan Sultan Idris, Putrajaya Wetland dan APU

Lawatan penanda aras ke Universiti Pendidikan Sultan Idris, Putrajaya Wetlands Park dan Asia Pacific University of Technology & Innovation telah sedikit sebanyak memberikan gambaran tentang pelaksanaan edutourism yang berjaya melalui pendekatan berbeza tetapi saling melengkapi. Setiap institusi memanfaatkan kekuatan tersendiri sebagai nilai tambah yang mampu menarik pelawat, pelajar, komuniti dan peserta antarabangsa.

UPSI p**a memperlihatkan pengintegrasikan warisan sejarah, pendidikan, sukan rekreasi dan alam semula jadi ke dalam pakej edutourism yang tersusun. Penawaran seperti Muzium Pendidikan Nasional dan Adventure Park, Summer Camp membuktikan bahawa pengalaman pembelajaran yang interaktif mampu meningkatkan daya tarikan pelawat serta mewujudkan identiti pelancongan pendidikan yang unik. Model UPSI turut menonjolkan kepentingan pembangunan pakej berasaskan tema dan pengalaman (experience-based learning) bagi menarik pasaran tempatan serta antarabangsa.

Putrajaya Wetland p**a membuktikan bahawa elemen penginapan dan pengalaman alam semula jadi mampu menjadi daya penarik pelawat. Konsep 'glamping' yang menggabungkan rekreasi, pendidikan alam sekitar dan aktiviti luar menyediakan pengalaman pembelajaran tidak formal yang lebih santai tetapi berimpak tinggi. Pendekatan ini menunjukkan bahawa edutourism bukan sekadar lawatan akademik, malah boleh diperluaskan kepada experiential tourism yang menghubungkan peserta dengan alam, kelestarian dan kesejahteraan.

APU p**a menonjolkan dimensi global dalam edutourism melalui program mobiliti antarabangsa, pertukaran pelajar, summer camp, program bahasa dan pembangunan kompetensi rentas budaya. Edutourism yang ditawarkan oleh APU boleh menjadi platform strategik untuk memperkukuh jaringan antarabangsa, meningkatkan kebolehpasaran graduan dan memperluaskan pengaruh universiti di peringkat global.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pihak yang terlibat menerima delegasi UTHM dalam lawatan penanda aras kali ini, terutama kepada:
1. Ketua Pustakawan, UPSI
2. Naib Presiden Perancangan Bandar, Perbadanan Putrajaya
3. Senior Head for the School of Business and School for Global Hospitality and Tourism, Asia Pacific University of Technology & Innovation

09/06/2026

๐Ÿ“ข๐ŸŽฌ *PERTANDINGAN CIPTA VIDEO KESEDARAN KITAR SEMULA MINYAK MASAK TERPAKAI 2026*

Ada bakat menghasilkan video kreatif? Inilah peluang anda untuk menjadi suara perubahan demi alam sekitar!

Pejabat Kampus Lestari (SCO), UTHM dengan kerjasama Petronas Dagangan Berhad menjemput seluruh warga UTHM untuk menyertai pertandingan video kreatif bertemakan kesedaran alam sekitar dan kitar semula minyak masak terpakai.

๐ŸŽฅ *TEMA PERTANDINGAN:*
โœ… Kesedaran Kitar Semula Minyak Masak Terpakai
โœ… Kesan Pembuangan Minyak Masak Tidak Terkawal
โœ… Kepentingan Menjaga Kelestarian Alam Sekitar

๐Ÿ“Œ *SYARAT VIDEO:*
โฑ Durasi video: 2 hingga 5 minit
๐Ÿ“ฒ Muat naik di:
โ€ข Facebook
โ€ข Instagram
โ€ข TikTok

๐Ÿ”“ *Pastikan akaun media sosial dalam mod PUBLIC dan WAJIB tag media sosial SCO.*

๐Ÿ“… *Tarikh Penting:*
๐Ÿ—“ Tutup penyertaan: 30 Jun 2026
๐Ÿ—“ Tempoh penilaian: 1 โ€“ 10 Julai 2026
๐Ÿ—“ Pengumuman keputusan: 13 Julai 2026
๐Ÿ—“ Majlis penyampaian hadiah: 17 Julai 2026

๐ŸŒฟ Gunakan kreativiti anda untuk menyampaikan mesej kelestarian dan inspirasi kepada masyarakat demi masa depan yang lebih hijau.

๐Ÿ“ *Sertakan hashtag berikut pada kapsyen:*




๐Ÿ”— *Terma & syarat penuh pertandingan:*
[https://drive.google.com/file/d/139ZP2c0L__F7sEhn0W67QVS8OFdTH44G/view?usp=sharing]

08/06/2026

๐ŸŒŠ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐”๐“๐€๐ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐ŸŒŠ

Lautan bukan sekadar hamparan biru yang memisahkan benua, tetapi nadi kehidupan yang membekalkan oksigen, sumber makanan, mengawal iklim serta menyokong biodiversiti yang tidak ternilai.

Sempena Hari Lautan Sedunia 2026, marilah kita bersama-sama memperkukuh usaha pemuliharaan dan pengurusan sumber marin secara mampan demi memastikan khazanah laut negara terus terpelihara untuk generasi akan datang. Kawasan Perlindungan Marin yang kukuh memainkan peranan penting dalam memulihkan ekosistem, melindungi habitat hidupan marin dan meningkatkan daya tahan alam sekitar terhadap perubahan iklim.

Kelestarian lautan adalah tanggungjawab bersama. Setiap tindakan, sekecil mana sekalipun, mampu memberi impak besar dalam memelihara keseimbangan alam dan memastikan masa depan yang lebih lestari untuk planet biru kita.

"๐—ž๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ž๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ต ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฃ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฒ๐˜ ๐—•๐—ถ๐—ฟ๐˜‚ ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ."

๐—œ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐—ก๐—ฅ๐—˜๐—ฆ, ๐—œ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐—Ÿ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ โ˜˜๏ธ

08/06/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pejabat Kampus Lestari(SCO), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menganjurkan program LVE WEBINAR bertajuk GoGreen : Sustainable Future@UTHM yang membawakan perkongsian menarik daripada pakar industri berkaitan kelestarian dan inovasi hijau.

๐Ÿ“… Tarikh: 09 Jun 2026
โฐ Masa: 10.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Platform: Zoom
https://bit.ly/3Rtj9hk

Meeting ID: 711 298 5215
Passcode: UTHM25

๐Ÿšช Open Gate: 9.45 pagi

๐ŸŽ™๏ธ Panel Webinar:
โœ… Ts. Ardi Bakhtiar - Alam Sekitar Malaysia Sdn. Bhd
โ€œHow CEMS Support Cleaner Air, Better Health & Regulatory Complianceโ€

โœ… Cik. Nur Ridzwin Najiha - PETRONAS Dagangan Berhad
โ€œManfaatkan Minyak Masak Terpakai untuk Kesihatan dan Kelestarian Alamโ€

๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿ’ผ Moderator: Dr. Muhammad Safwan

4. Semoga dengan penyertaan Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan, program ini dapat berlangsung dengan lebih meriah dan bermanfaat. Kehadiran peserta akan direkodkan sebagai jam kursus.

Sekian, terima kasih.

Photos from Sustainable Campus Office-SCO's post 08/06/2026

โ™ป๏ธ JOM SERTAI PROGRAM OIL2RECYCLE 2026!

Tahukah anda minyak masak terpakai boleh mencemarkan alam sekitar jika dibuang secara tidak terkawal? Kini anda boleh menukarkannya kepada amalan lestari yang memberi manfaat kepada bumi dan komuniti!

Pejabat Kampus Lestari (SCO), UTHM dengan kerjasama Petronas Dagangan Berhad menjemput seluruh warga UTHM dan komuniti sekitar Batu Pahat untuk menyertai:

โœจ PROGRAM OIL2RECYCLE โœจ

๐Ÿ† Pertandingan Kutipan Minyak Masak Terpakai Tertinggi
๐ŸŽ Peluang memenangi baucar Setel keseluruhan bernilai *RM800!*

๐Ÿ“… 17 Julai 2026
โฐ 9.00 pagi โ€“ 11.30 pagi
๐Ÿ“ Pusat Kitar Semula, Blok A20, UTHM
๐Ÿ’ฐ Harga pembelian minyak masak terpakai: *RM3.00/kg*
๐Ÿ“Œ Syarat mudah:
โœ… Pastikan minyak ditapis
โœ… Simpan dalam bekas yang bersesuaian sebelum dihantar

๐ŸŒฟ Setiap titisan minyak yang dikitar semula mampu membantu mengurangkan pencemaran dan menjadikan kampus kita lebih lestari.

27/05/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA PUSAT KITAR SEMULA UTHM.

Dimaklumkan bahawa Pusat Kitar Semula UTHM akan ditutup sementara sempena Cuti Hari Raya Aidiladha, Cuti Hari Wesak dan Cuti Yang di-Pertuan Agong 2026.

๐Ÿ—“ Tempoh Penutupan:
27 Mei 2026 โ€“ 02 Jun 2026

โœ… Operasi akan dibuka semula:
03 Jun 2026

Segala urusan penghantaran bahan kitar semula adalah ditangguhkan sepanjang tempoh tersebut. Warga kampus dan orang ramai disarankan untuk merancang penghantaran selepas tarikh penutupan bagi memastikan kelancaran urusan.

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan menghargai kerjasama anda. Terima kasih.

23/05/2026

๐Ÿ† *THINK YOUR TEAM HAS WHAT IT TAKES?* ๐Ÿ†

Challenge yourself in the:
๐Ÿฆ… *MINI BIRD RACE @ BANDAR UNIVERSITI PAGOH* ๐Ÿฆ…

Compete with participants from schools, universities, agencies, NGOs, and the public to spot and identify as many bird species as possible ๐Ÿฆ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“ธ PLUS โ€” join the Photography Contest and showcase your best wildlife shots!

๐Ÿค This event is jointly organized by Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Sime Darby Property & Nature Sustainable Ecosystem Society (NEST).

๐Ÿ“… *6 June 2026 (Saturday)*
โฐ *7.00 AM โ€“ 1.00 PM*
๐Ÿ“ *UTHM Pagoh & Bandar Universiti Pagoh, Johor*

๐Ÿ’ฐ *Exciting prizes up to RM800 await the champions!*

๐Ÿ‘ฅ Open to:
*Schools | Universities | Agencies | NGOs | Public*

๐Ÿ“ *Competition Guidelines:* https://drive.google.com/drive/folders/1DQUvHt4MXKtA-dmJXbTr0iAaIeKvJWFE?usp=sharing

๐Ÿ“ *Register here:* https://forms.gle/GtULbCwm3ghua2Bd7

๐Ÿ“Œ *Registration deadline: 22 May 2026 (Friday)*

๐Ÿ“ž *Contact details:*
018-762 2431 โ€” Fatin
011-12492820 โ€” Soffia

โœจ *Limited slots available โ€” secure your participation now!* ๐ŸŒฟ

Want your university to be the top-listed University in Parit Raja?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Parit Raja
86400