Projek SULAM FPTV UTHM

Projek SULAM FPTV UTHM

Share

PERKHIDMATAN BANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN DI PUSAT KOMUNITI, JPT (FPTV) - SULAM

Photos from Projek SULAM FPTV UTHM's post 02/07/2025

✨ SULAM HARI KE-2 | KERJA KOMUNITI DI SK SUNGAI KAJANG ✨

Pada hari kedua program SULAM (Service Learning Malaysia – University for Society), saya bersama rakan-rakan sekelas telah berpeluang menyertai satu aktiviti kerja komuniti yang sangat bermakna di Sekolah Kebangsaan Sungai Kajang.

Antara tugasan utama kami pada hari tersebut ialah mengecat semula rail tangga bagi menceriakan persekitaran sekolah, serta menjalankan kerja-kerja pemasangan laluan paip air bagi penapis air Coway — satu usaha kecil yang diharap dapat memberi keselesaan kepada murid-murid dan warga sekolah.

Aktiviti ini bukan sahaja menguji kemahiran teknikal dan kerja tangan kami, malah memupuk semangat kerjasama, komunikasi berpasukan dan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat. Ia juga membuka mata kami tentang pentingnya sumbangan walaupun dalam bentuk paling asas – kerana setiap usaha membawa perubahan.

Terima kasih kepada pihak sekolah atas sambutan mesra, pensyarah yang membimbing, serta rakan-rakan seperjuangan yang komited dari awal hingga akhir. Semoga nilai yang dipelajari ini terus dibawa ke hadapan dalam kehidupan sebagai pelajar dan sebagai anggota masyarakat.

Photos from Projek SULAM FPTV UTHM's post 27/06/2025

Building Services 1 Program SULAM : Khidmat Komuniti di SK Seri Beroleh | 17 Jun (Selasa) - Section 2

Selepas sesi ucapan dari GPK HEM, kami memulakan kerja-kerja mengecat. Bahan dan peralatan mengecat telah disediakan oleh pihak sekolah. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan di mana kumpulan pertama mengecat bilik VIP manakala kumpulan kedua mengecat tandas murid lelaki. Setelah membahagikan kumpulan, kami memulakan kerja.

Walaupun ia hanya lah kerja mengecat, hasil yang diberikan dapat memberi kesan yang positif kepada pihak sekolah. Dengan semangat kerjasama yang kami berikan dapat menyiapkan kerja dengan jayanya. Terima kasih SK Seri Beroleh kerana memberi peluang kepada kami untuk membantu mencantikkan dan menceriakan bilik VIP dan tandas murid lelaki.

Photos from Projek SULAM FPTV UTHM's post 26/06/2025

Building Services 1 Program SULAM : Aktiviti Khidmat Komuniti di SK Seri Beroleh | 17 Jun (Selasa) - Section 2

Hari kedua Program SULAM diteruskan dengan aktiviti khidmat komuniti yang penuh makna di SK Seri Beroleh. Pada hari ini, para peserta telah menjalankan kerja-kerja mengecat di dua lokasi utama iaitu tandas murid lelaki dan bilik VIP sekolah.

Sebelum memulakan aktiviti, kami menerima sepatah dua kata yang penuh semangat dan penghargaan daripada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM), yang turut meluangkan masa untuk menyampaikan kata-kata motivasi kepada semua peserta. Ucapan beliau bukan sahaja memberi dorongan, tetapi juga menzahirkan penghargaan pihak sekolah terhadap komitmen dan semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan.

Sebagai tanda penghargaan, pihak sekolah turut menyampaikan cenderahati kepada kami, yang pastinya menjadi simbol kenangan manis dan penghormatan atas jalinan kerjasama yang terjalin. Terima kasih atas layanan mesra dan kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk turut sama menceriakan persekitaran sekolah.

Photos from Projek SULAM FPTV UTHM's post 26/06/2025

Alhamdulillah, selesai dengan jayanya Program SULAM 2025 - Section 1 bersama adik-adik ceria dan penuh semangat di SK Sungai Kajang, Batu Pahat! 🌞📖✨

Sebagai pelajar Building Services 1, ini bukan sekadar sesi penyampaian ilmu — tetapi satu pengalaman yang sangat berharga. Kami berpeluang menyampaikan pelbagai topik seperti:

💧 Sistem Perpaipan
🌬 Sistem Pengudaraan
💡 Penjimatan Tenaga
🚿 Kebersihan & Penjimatan Air

Yang paling menyentuh hati ialah keterujaan mereka untuk belajar sesuatu yang baru. Senyuman mereka, tangan yang pantas diangkat bila ditanya soalan, dan gelak tawa sepanjang sesi – semuanya akan kami kenang! 🥹❤

🌱 Kami percaya, pendedahan awal kepada ilmu binaan dan kesedaran alam sekitar ini mampu mencetus inspirasi masa depan.
Mungkin suatu hari nanti, ada dalam kalangan mereka bakal menjadi jurutera, arkitek atau pakar bangunan yang lahir dari SK Sungai Kajang. Siapa tahu? 💼👷‍♀👨‍🔧

Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru dan pihak pengurusan sekolah atas kerjasama dan sambutan yang sangat baik. Moga ukhuwah ini terus terjalin dan semoga ada rezeki kita berjumpa lagi.

Dengan penuh rasa syukur dan bangga, kami tutup hari ini dengan hati yang penuh inspirasi.

Photos from Projek SULAM FPTV UTHM's post 22/06/2025

✨ Building Services 1 Program SULAM : Sharing Knowledge di SK Seri Beroleh | 13 Jun (Jumaat) - section 2✨

Alhamdulillah, kami berpeluang menyampaikan sesi perkongsian ilmu di SK Sri Beroleh bersama adik-adik sekolah rendah yang sangat aktif dan bersemangat! 💡📚

Setiap kumpulan membawa topik yang berbeza seperti sistem perpaipan, penjimatan tenaga, kebersihan dan penjimatan air. Walaupun topik-topik ini agak teknikal, kami berusaha menyampaikan dalam cara yang interaktif dan mudah difahami.

Apa yang paling menyeronokkan ialah sambutan luar biasa daripada para pelajar! 🌟 Mereka bukan sahaja mendengar dengan penuh minat, tetapi juga sangat aktif menjawab soalan-soalan yang kami ajukan. Dan semestinya, sesi kuiz jadi lebih meriah apabila ada hadiah untuk mereka yang menjawab dengan tepat! 🎁🎉

Kami sangat gembira melihat keterujaan mereka belajar perkara baharu. Semoga sesi ini dapat menyemai kesedaran awal tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan menggunakan sumber dengan bijak. 🌱💧⚡

Terima kasih SK Seri Beroleh atas jemputan dan layanan mesra. Jumpa lagi di program akan datang! 🙌

12/06/2025

🔧👷 "Ilmu dikongsi, kemahiran dimanfaat bersama komuniti!"
Program Sulam BBY 2025 kini diteruskan di SK Kebangsaan Seri Beroleh, Batu Pahat!
Kami di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM, akan bersama-sama menyumbang dalam:

✅ Building services
✅ Perkongsian ilmu
✅ Kerja penyelenggaraan & baik pulih

📍 Lokasi: SK Seri Beroleh, Jln Parit Haji Sidek, Batu Pahat
📅 Tarikh: 13 & 17 Jun 2025

Anjuran: Sarjana Muda Teknologi Pembinaan Bangunan (BBY)

12/06/2025

✨ BBY 2025 – Satu usaha murni memupuk ilmu dan nilai kemasyarakatan!

Program SULAM bersama SK Sungai Kajang, Batu Pahat akan mengetengahkan:
🔨 Kerja pembinaan & baik pulih
📚 Perkongsian ilmu
🤝 Khidmat komuniti

Tarikh: 13 Jun 2025
Anjuran: Pelajar BBY, Fakulti Pendidikan dan Vokasional, UTHM

Jom kita bantu, belajar & berbakti! 🙌

Want your university to be the top-listed University in Parit Raja?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Universiti Tun Hussein Onn
Parit Raja
86400