Architecture UTHM
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Architecture UTHM, Education Website, architecture uthm, Parit Raja.
05/06/2026
STUDIO 6: 2025/2026
HIGH SPEED RAIL TRAIN STATION, BATU PAHAT
π Interim 3 Crit: Wrapped! ποΈ
βA massive thank you to all the incredible external panels who joined us for our Architecture Design Studio 6 Interim 3 Critique! Your invaluable feedback is pushing our designs for the Batu Pahat High-Speed Rail (HSR) Train Station to new heights.
βA special shoutout and utmost gratitude to Ts. Dr. Azlis from the Industry Centre of Excellent for Railway (ICOE-REL) , UTHM! Thank you for sharing your deep industry expertise and invaluable insights on rail integration. Bridging the gap between creative architectural vision and complex, real-world rail engineering is exactly what our projects needed to truly come alive.
βWe are officially fueled up, inspired, and ready to sprint toward the final submission! Onwards and upwards!
03/06/2026
SULAM Archi Outreach: Paddy Art & Design Installation : Pelajar Senibina UTHM menyumbangkan fasiliti agro pelancongan di Muar, Johor...........................................................................................................
19-21 Disember 2025 β Seramai 34 orang Pelajar Senibina Tahun 1 telah berjaya membangunkan dua produk fasiliti agro pelancongan di dua lokasi iaitu tapak sawah Sungai Balang dan Parit Bugis, Muar, Johor.
Produk fasiliti ini telah disumbangkan kepada komuniti pesawah Sungai Balang dan komuniti Parit Bugis sebagai salah satu sumbangan melalui program SULAM Archi Outreach: Paddy Art & Design Installation.
Produk yang dinamakan Senandung Padi β sebuah pondok dengan tempat duduk pelbagai variasi ketinggian mengikut ergonomik orang dewasa, remaja dan kanak-kanak dibangunkan untuk berfungsi sebagai tempat rehat bagi pengunjung tapak Sawah Sungai Balang.
Manakala, buaian estetik yang dinamakan Pangkuan Alam, dibangun secara strategik di antara dua pokok rimbun bagi menambah fasiliti rekreasi berdekatan dewan Parit Bugis.
Pelajar senibina Studio 1 sesi 2025/2026 ini telah membangunkan idea rekabentuk dalam masa 3 minggu sahaja, dengan bantuan komuniti setempat dan bimbingan pensyarah. Kedua-dua fasiliti agro pelancongan ini menekankan reka bentuk mesra alam dengan penggunaan jerami padi sebagai bahan utama, bahan terpakai serta bahan mudah diperbaharui seperti buluh.
Program SULAM Archi Outreach kali ini berjaya mencapai objektif yang digariskan iaitu membawa pelajar untuk mereka bentuk bagi menyelesaikan isu sebenar di tapak sebenar, dengan klien yang sebenar.
En.Norindah, sebagai ketua komuniti pesawah Sungai Balang amat berharap agar pihak universiti, seperti UTHM dapat terus menyokong komuniti tempatan untuk terus menaik taraf komuniti dari pelbagai aspek termasuk pembangunan agro pelancongan.
Semoga bakal graduan Senibina UTHM terus dapat terus berbakti dengan berhikmah untuk mesyarakat dan negara pada masa akan datang.
Oleh: Dr Jamilia Mohd Marsin
27/05/2026
Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pelajar, staf, saudara-mara dan taken taulan muslimin Muslimat
Dari,
Jabatan Senibina .uthm.johor
12/05/2026
Thank you .malaysia reps, Ms Mae n Ms Soo, for the exciting briefing on AYDA Competition.
Hope all archi UTHM students could submit their entry this time around.
All the best!
05/05/2026
Menjejak Warisan Adat Melayu di Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia.
========================================
oleh: Nur Nasuha Abd Salam
Batam, 4 April 2026 β Seramai 40 orang pelajar Studio Senibina 4 (BFR21306), Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina bersama empat orang pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina, telah menyertai Program Mobiliti Berkredit Antarabangsa Outbound di Batam, Indonesia.
Program yang berlangsung selama empat hari tiga malam iaitu pada 4 sehingga 7 April 2026 ini menggabungkan kerjasama antara UTHM dan Universitas Internasional Batam (UIB) . Delegasi UTHM diketuai oleh beberapa pensyarah iaitu Ar. Hazri bin Abdul Aziz, Dr. Azmal Bin Sabil, Puan Nur Nasuha Binti Abd. Salam dan Cik Nur Amalina Binti Hanapi.
Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai seni bina tradisional serta adat Melayu yang terdapat di Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia.
Melalui program ini, pelajar berpeluang memahami dengan lebih mendalam aspek persamaan dan perbezaan merentas rantau daripada aspek budaya, sejarah dan identiti seni bina masyarakat Melayu di luar negara.
Program ini juga bertujuan untuk memenuhi keperluan projek akhir bagi kursus Studio Senibina 4, di mana buat julung kalinya Program Sarjana Muda Senibina UTHM mengadakan kolaborasi antarabangsa bagi menjayakan projek Studio Senibina. Ini selari dengan hasrat Majlis Akreditasi Program Senibina Malaysia di mana pihak Lembaga Arkitek Malaysia menggalakkan pelajar Senibina untuk menjalankan projek Studio di luar negara.
Sepanjang program, para peserta melakukan lawatan ke beberapa lokasi penting seperti Lembaga Adat Melayu, Cipta Karya Tata Ruang, Muzium Batam Raja Ali Haji, Masjid Agung Raja Hamidah, Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah serta perkampungan tua nelayan bagi masyarakat Melayu.
Lawatan ini bukan sahaja bertujuan untuk pengumpulan data di Lubuk Baja bagi projek akhir kursus Studio Senibina 4, malah memberi pengalaman langsung kepada pelajar terhadap persekitaran seni bina sebenar.
Kunjungan ke Gedung Lembaga Adat Melayu Kota Batam, Kepulauan Riau telah disambut mesra oleh YM Raja Haji Muhammad Amin Ibni Raja Haji Muhammad. Pendekatan ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai amalan adat yang masih diteruskan seperti bersyair dan berpantun sebagai pembuka majlis, termasuk penghayatan terhadap Gurindam 12, serta usaha melestarikan warisan budaya.
Lokasi ini juga menjadi tempat berlangsungnya majlis halal bi halal yang melibatkan para pensyarah UTHM bersama Datuk. Drs. H. Nyat Kadir, Raja Melayu serta rakan-rakan daripada Ikatan Arsitek Indonesia.
Lawatan turut diteruskan ke Cipta Karya Tata Ruang, di mana para pelajar diberi pendedahan berkaitan garis panduan perancangan bandar dan bangunan. Sesi taklimat tersebut diketuai oleh Kepala Dinas Bapak Azril Apriyansyah, yang berkongsi penerangan tentang aspek perancangan tapak serta geografi dan demografi di Kota Batam.
Selain itu, program ini turut diserikan dengan aktiviti kebudayaan Malaysia seperti persembahan tarian tradisional dan dikir barat yang dipersembahkan oleh pelajar UTHM kepada pensyarah serta pelajar UIB. Aktiviti ini menjadi salah satu medium pertukaran budaya antara kedua-dua institusi dalam memperkenalkan keunikan budaya Malaysia di peringkat antarabangsa.
Melalui program ini juga, pelajar berpeluang mengumpul data lapangan secara menyeluruh untuk menghasilkan reka bentuk rumah besar adat melayu dalam tugasan semester ini.
Secara keseluruhannya, program mobiliti ini bukan sahaja memperkukuhkan pengetahuan akademik pelajar dalam bidang seni bina, tetapi juga memperluaskan pengalaman budaya dan jaringan antarabangsa antara Malaysia dan Indonesia.
Snippets from interim crit session of Studio 4 Thia semester? .
15/04/2026
Alhamdulillah π€²
Weβve officially secured our LAM Part I Conditional Accreditation. This journey wouldnβt have been possible without the dedication of our faculty and the support of the University
A special thank you to the MAPS LAM panels and secretariat for their invaluable insights. To everyone who kept us in their prayers and cheered us on, this achievement is for all of us ππ₯°
Onward and upwardπͺβ€οΈβπ₯π
Dengan Hikmah Kita Meneroka
π€
FKAAB UTHM JOHOR MALAYSIA OFFICIAL
15/04/2026
π’ *Call for Papers β ISCEE 2026*
Researchers, academics, postgraduate students and industry professionals are warmly invited to participate in the *6th International Symposium on Civil and Environmental Engineering (ISCEE 2026).*
Join us in discussing innovative research and solutions towards sustainable infrastructure, environment and the built environment.
π *Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Malaysia*
π
*14β15 September 2026*
π *Conference Theme*
Empowering Sustainable Living and Climate Resilience through Responsible Engineering and Innovative Solutions
π *Conference Tracks*
Paper submissions are welcome under the following conferences:
πΉ *ICSIE* β Sustainable Infrastructure Engineering
πΉ *ICSEWR* β Sustainable Environment and Water Research
πΉ *ISuCOS* β Sustainable Construction and Structures
πΉ *ICoSHBE* β Sustainable Heritage and Built Environment
β¨ *Why Participate?*
β Opportunity for Scopus indexed publication
β Present research at an international symposium
β Network with global academics and industry experts
β Earn CPD hours recognised by BEM & MBOT
π
*Important Date*
π Full Paper Submission Deadline: *30 April 2026*
π Notification of Acceptance: *1 July 2026*
π Conference Dates: *14-15 September 2026*
π *Submit Your Paper*
https://intl-conference.com/iscee2026
π’ Feel free to share this opportunity with colleagues, researchers and postgraduate students.
Futher Enquiries:
Ir. Dr. Tong Yeang Ghing β [email protected]
Assoc. Prof. Ts. Dr. Rafidah Hamdan β [email protected]
We look forward to welcoming you to ISCEE 2026 in UTHM, Johor, Malaysia.
07/04/2026
Last Thursday, Studio 6 had the pleasure to gain knowledge on transit gateway design share by PM. Dr. Ing Joewono Prasetijo of Industry Centre of Excellence for Railway (ICOE-Rel), UTHM.
The sharing enrich the students and lecturers on the technical aspect of railway design, that would later be implement in the upcoming design solution for Studio 6 project.
We would like to thank PM. Dr. ing Joewono for your time and the valuable sharing.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Address
Architecture Uthm
Parit Raja