Kor SISPA UTHM

Kor SISPA UTHM

Share

Page Facebook Rasmi Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

01/01/2024

SELAMAT TAHUN BARU 2024

Bersedia

06/07/2023

PROGRAM DERMA DARAH (ONEBLOOD)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, untuk makluman semua pihak Kor Sispa UTHM dengan kerjasama Unit Tabung Darah, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) akan menganjurkan program derma darah seperti ketetapan berikut:

Masa: 9.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari
Tarikh: 7 Julai 2023 (Jumaat)
Tempat: Dewan Al-Farabi, Masjid Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Anda dijemput hadir memeriahkan program yang akan dijalankan. Program derma darah ini adalah percuma dan 'Donate Your Blood, Save Life'.

Pejabat Unit Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Photos from Kor SISPA UTHM's post 19/06/2023

SUSTAINABLE ENGAGEMENT PROJECT: KELESTARIAN HIDUPAN SEMULA JADI

Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia melalui Kursus Kokurikulum Berkredit SISPA II Seksyen 1 telah menganjurkan Sustainable Engagement Project iaitu Program Kelestarian Hidupan Semula Jadi seperti berikut:

Tarikh: 17 Jun 2023 (Sabtu)
Lokasi: Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Padang Kemunting Masjid Tanah, Melaka.

Fokus utama penganjuran program ini adalah untuk menyebarkan pendedahan terhadap kepentingan menjaga hidupan semula jadi, khususnya hidupan bawah air yang kini kian pupus seperti penyu. Melalui projek yang dilaksanakan, peserta program memperoleh serba sedikit ilmu pengetahuan tentang kehidupan penyu dan menggalakkan aktiviti penjagaan kawasan pantai. Bukan itu sahaja, pelaksanaan program ini telah mewujudkan sinergi kerjasama antara Kor Sispa UTHM bersama pihak luar seperti Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu serta Kor Sispa Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Program ini juga memberi kesedaran berkaitan penjagaan hidupan maritim yang selari dengan matlamat Sustainable Development Goals iaitu #14 Life Below Water.

Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah penerangan dan lawatan ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu yang telah dikendalikan oleh Encik Muhamad Hanis bin Rosli selaku staf Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu. Selain itu, turut diadakan juga aktiviti gotong-royong, aktiviti Nature Explorace dengan menerapkan elemen alam sekitar, dan juga diberi kesempatan merasai sendiri aktiviti pelepasan anak penyu di pantai.

Majlis Perasmian Penutupan Program Kelestarian Hidupan Semula Jadi telah disempurnakan oleh Pegawai Latihan dan Operasi Kor Sispa UTHM selaku wakil rasmi Komandan Kor Sispa UTHM. Majlis tersebut turut dihadiri oleh wakil Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu,Pegawai Bersekutu Kor Sispa UTeM, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jasin dan Pegawai Penyelaras Kor Sispa UTHM.

Sekian untuk makluman.

Pejabat Unit Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Photos from Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, UTHM's post 18/06/2023
04/06/2023

DIRGAHAYU TUANKU, DAULAT TUANKU

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda bagi tahun 2023.

Pejabat Unit Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Photos from Kor SISPA UTHM's post 31/05/2023

SELAMAT HARI KAAMATAN & HARI GAWAI DAYAK

Pejabat Unit Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

20/05/2023

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن

Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga Lt. Kol. (PA) Ag Askandar bin Ampuan Yaacub,
Pengarah APM Negeri Kedah yang telah kembali kerahmatullah pada 19 Mei 2023M bersamaan 28 Ramadan 1444H.

Semoga Allah SWT merahmati Allahyarham atas segala jasa yang dicurahkan dan ditempatkan bersama para syuhada, muttaqin dan orang-orang soleh.

Al-Fatihah

Pejabat Unit Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

apm #

Photos from Kor SISPA UTHM's post 07/05/2023

KURSUS PENGURUSAN PUSAT PEMINDAHAN

Penilaian Kursus Pengurusan Pusat Permindahan telah berlangsung seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 4 Mei 2023 hingga 6 Mei 2023 (Khamis hingga Sabtu)
Tempat: Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS), Kluang
Penglibatan: 35 x Pegawai Kadet Sispa, 02 x Pegawai Pengiring, 06 x Jurulatih

Kursus ini telah dilaksanakan secara anjal yang mana peserta kursus telah mengikuti kelas teori pada 12 Mac 2023-16 Mac 2023 bertempat di Pejabat Unit Kor Sispa UTHM.

Pejabat Unit Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

05/05/2023

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA TAHUN 2023

"PEKERJA PEMANGKIN WADAH MALAYSIA MADANI"

Bila Diri Berasa Letih,
Jangan Lupa Untuk Rehat,
Bila Hati Sudah Bersih,
Senang Kerja dengan Semangat.

Pejabat Unit Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

05/05/2023

TAHNIAH & SELAMAT BERTUGAS

Yang Amat Setia Penolong Pesuruhjaya (PA) Abdul Wahab Bin Haji Rahim atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Selamat Menjalankan Tugas, Tuan!

Pejabat Unit Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

05/05/2023

SELAMAT HARI WESAK

Selamat menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha.

Pejabat Unit Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

05/05/2023

SELAMAT BERKULIAH

Selamat Menjalani Kuliah Semester Kedua bagi Sesi 2022/2023.

Pejabat Unit Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Want your school to be the top-listed School/college in Parit Raja?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Pejabat Unit Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam, Kabin A13, Jalan Bravo 5, Padang Kawad, Universiti Tun Hussein Onn
Parit Raja
86400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00