Pusat Islam UTHM

Pusat Islam UTHM

Share

Pusat Islam UTHM bertanggungjawab di dalam menguruskan hal ehwal agama Islam di UTHM

Pusat Islam UTHM merupakan satu Pusat yang bertanggungjawab di dalam menguruskan hal ehwal agama Islam. Berdiri selaras dengan konsep misi universiti iaitu "Bertunjangkan konsep tauhid". Pusat Islam UTHM membantu pihak pengurusan universiti di dalam melahirkan teknokrat yang mempunyai asas dan pegangan agama yang kukuh.

Photos from Pusat Islam UTHM's post 15/05/2026

15 Mei 2026 | Program Bicara Helwa: Peranan Wanita Bekerjaya dalam Perspektif Islam

Program Bicara Helwa telah dianjurkan dengan tajuk “Peranan Wanita Bekerjaya dalam Perspektif Islam” yang berlangsung pada 15 Mei 2026 (Jumaat) dari jam 10.30 pagi hingga 11.50 tengah hari melalui platform Zoom Meeting & YouTube Live Pusat Islam. Program ini dijalankan di bawah Unit Helwa Pusat Islam UTHM.

Program ini telah disampaikan oleh Dr. Nabilah Yusof, Pensyarah Kanan Fakulti Syariah Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), turut bersama Ustazah Zurina binti Muhammad, Ketua Bahagian Zakat, Dakwah dan Unit Helwa, Pusat Islam. Program ini telah melibatkan penyertaan seramai 200 orang staf wanita UTHM serta komuniti, dan dikendalikan oleh tiga orang pelajar praktikal wanita yang bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran perjalanan program.

Antara pengisian utama yang diketengahkan ialah kepentingan memahami peranan wanita sebagai pekerja dan hamba Allah, menjaga adab serta etika penampilan menurut Islam, dan menyeimbangkan tuntutan kerjaya dengan tanggungjawab sebagai Muslimah. Turut ditekankan ialah kepentingan memelihara maruah diri, identiti Islam serta menjadi contoh yang baik dalam masyarakat.

Semoga penganjuran program seperti ini dapat memberi kesedaran, kefahaman serta menjadi medium dakwah dalam memperkasa peranan wanita Islam dalam dunia pekerjaan masa kini.

BICARA HELWA WANITA BEKERJAYA: PENAMPILAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM 15/05/2026

https://www.youtube.com/live/LfezexyTRSE?si=EWqUbrPgl0i0PZRG

BICARA HELWA WANITA BEKERJAYA: PENAMPILAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

Photos from Pusat Islam UTHM's post 14/05/2026

14 Mei 2026 | Halaqah Ilmu: Tafsir Juz 'Amma Siri 2/2026

Pusat Islam UTHM telah menganjurkan Program Halaqah Ilmu: Tafsir Juz Amma Siri 2/2026 pada 14 Mei 2026 (Khamis), jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Seminar Al-Farabi, Pusat Islam UTHM. Program ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Rozali bin Jamil Al-Hafiz, Penceramah Bertauliah JAINJ.

Program ini diadakan sebagai medium pengukuhan kefahaman warga universiti terhadap isi kandungan Al-Quran khususnya melalui penghayatan tafsir Juz Amma. Perkongsian yang disampaikan memberi penekanan kepada kefahaman ayat-ayat Al-Quran secara lebih mendalam serta pengaplikasiannya dalam kehidupan seharian agar dapat melahirkan individu yang lebih berilmu, beramal dan bertaqwa.

Semoga program seperti ini terus menjadi wadah penyebaran ilmu serta memperkukuhkan hubungan warga kampus dengan Al-Quran dalam usaha membentuk masyarakat kampus yang sejahtera dan berteraskan nilai-nilai Islam.

14/05/2026

Cabutan Undi Bagi Kejohanan Ping Pong Beregu Pusat Islam 2026

13/05/2026

SEKALUNG TAHNIAH ✨

Warga Pusat Islam UTHM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada
Hj Shafry Salim Pengarah Pusat Islam UTHM atas pelantikan sebagai:

Setiausaha Majlis Hal Ehwal Islam Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (MAHEIS) bagi sesi 2026–2027.

Semoga pelantikan ini menjadi satu amanah yang dipikul dengan penuh dedikasi serta terus cemerlang dalam memperkasa agenda pembangunan hal ehwal Islam di institusi Pengajian Tinggi.

Semoga terus dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan yang berterusan.

Photos from ZAKAT UTHM's post 12/05/2026
TikTok · Pusat Islam UTHM 12/05/2026

https://vt.tiktok.com/ZS9wgoG6b/

Pesan-Pesan 2 Minit

Siri 5/2026
“Doa Yang Ringkas Tapi Padat”

TikTok · Pusat Islam UTHM

TAZKIRAH JUMAAT 08/05/2026

https://youtube.com/live/VSd3cb6sDpQ?feature=share

TAZKIRAH JUMAAT AL FADHIL USTAZ HAFIZ NORAMLI BIN HALIMI

08/05/2026

IBRAH KHUTBAH

20 Zulkaedah 1447H I 8 Mei 2026

SELAGI HAYAT DI KANDUNG BADAN

🔹 Tema Utama
* Kepentingan berbakti kepada ibu bapa sepanjang hayat.
* Pengorbanan ibu bapa sering tidak ternilai dan wajar dihargai.

🔹 Dalil Al-Quran
Surah Luqman ayat 14:
* Allah memerintahkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya.
* Ibu mengandung dan menyusukan anak dengan penuh kesusahan dan pengorbanan.
* Manusia diperintahkan bersyukur kepada Allah dan kedua ibu bapa.

🔹 Pengajaran Utama
* Kasih sayang ibu bapa membentuk siapa diri kita hari ini.
* Pengorbanan mereka sering dilakukan tanpa mengharap pujian atau balasan.

🔹 Tanggungjawab Anak Apabila Ibu Bapa Menjadi Tua
1. Menjadi pelindung dan penjaga kepada ibu bapa.
2. Meluangkan masa mendengar luahan dan pandangan mereka dengan sabar.
3. Menghargai serta memuliakan mereka agar mereka merasa disayangi.
4. Berbakti kepada ibu bapa menjadi sebab datangnya keberkatan, rezeki dan ketenangan hidup daripada Allah SWT.

🔹 Nilai Yang Ditekankan
* Kasih sayang
* Kesabaran
* Penghormatan kepada ibu bapa
* Syukur dan tanggungjawab anak terhadap keluarga

SUMBER :-
Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Jabatan Agama Islam Negeri Johor

PUSAT ISLAM UTHM
sejahtera

Want your organization to be the top-listed Government Service in Parit Raja?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Masjid UTHM
Parit Raja
86400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00