Sekolah Kebangsaan Parit Raja
Sekolah Kebangsaan Parit Raja merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Pekan Parit Raja
Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam.Syukur dan terima kasih atas segala nikmat dan hikmah yang dikurniakan kepada hambaNya untuk bersama-sama melaksanakan segala tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan demi kemajuan pendidikan. Sesungguhnya kejayaan dan keberkesanan sistem pendidikan bermula daripada perancangan yang tersusun rapi dan menepati prinsip-prinsip serta etika pendidikan.Ia be
Montaj Hari Guru.."Selamat Hari Guru! Terima kasih Cikgu atas segala ilmu, kesabaran, dan pengorbanan yang dicurahkan demi kejayaan anak murid. Jasamu tetap dikenang sampai bila-bila!"
10/05/2026
Tahniah diucapkan kepada Muhammad Ariq Qaleef bin Anuar dari kelas 5 Ilmu dalam Kejohanan Ragbi MSSJ U12 pada 5-8 Mei 2026 bertempat di SK Batu Tiga, Kluang Johor. Beliau yang mewakili pasukan daerah Batu Pahat telah mendapat tempat ke-4.
Teruskan lagi kecemerlangan sukan untuk SKPRj!
09/05/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua guru pelatih IPG Tun Hussein Onn, Batu Pahat yang telah menamatkan latihan praktikum dan internship di SK Parit Raja.
Terima kasih atas segala komitmen, kesungguhan dan jasa yang dicurahkan sepanjang bersama warga sekolah. Kehadiran anda bukan sahaja membantu dalam pengajaran dan aktiviti sekolah, malah turut meninggalkan pelbagai kenangan indah yang akan sentiasa dikenang.
Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan untuk terus melangkah sebagai pendidik yang cemerlang, berilmu dan berakhlak mulia.
“Datang membawa harapan,
Pulang meninggalkan kenangan.
Biar waktu terus berjalan,
Namun memori tidak akan hilang ditelan zaman.”
Jasamu dikenang, kenanganmu abadi. 🌹
05/05/2026
KARNIVAL MAHABBAH P.KHAS
Tarikh: 5 Mei 2026 (Selasa)
Tempat: SK Pintas Raya.
PENYERTAAN & PENCAPAIAN
1. Nasyid (tempat k5)
2. Hafazan (trmpat k5)
3. Tulisan Khat (tempat k5)
4. Azan - tiada
5. Bercerita - tiada.
TAHNIAH anak-anak didik PPKI yang telah berusaha sehabis baik.
05/05/2026
Perjalanan sepanjang Program Minggu Bahasa yang dikendalikan oleh guru-guru pelatih IPG Tun Hussein Onn, Batu Pahat. Tahniah kepada semua murid-murid yang telah menjayakan program ini!
30/04/2026
Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke 21. (2)
30/04/2026
Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-21
28/04/2026
Jom Datang Memeriahkan Sukan Tahunan Skprj 2026
Ibubapa dan Alumni2 Skprj dijemput hadir bagi memberi sokongan padu kepada Atlet Sekolah kita
30hb April 2026(Khamis)
8 am-1 pm
Ada pelbagai gerai disediakan..
Jom..Semua!!!!
Mari semua ibu bapa hadirkan diri memeriahkan Kejohanan Olahraga Tahunan SK Parit Raja. Jumpa di sana!
28/04/2026
Alhamdulillah .. Pasukan Ragbi SKPRJ-King dan Queen Hornet
L12 - KEEMPAT CUP 🏈
P12 - KEDUA PLATE 🏈
Terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa pemain yang memberi sokongan padu kepada pasukan U12 kategori lelaki L12
dan Perempuan P12. Tidak lupa kepada bekas pemain SKPRj, Johnny, Black dan Ammar yang turut serta dalam latihan bersama pemain. Kehadiran pasukan Ragbi dari SK Pintas Puding, Pintas Raya, Rejosari, Parit Kemang, Binjai dan Seri Ladang turut membantu membuka mata kepada pemain tentang strategi dan cara pemainan Ragbi. Peluang yang diberi oleh pentadbir dan sumbangan rakan guru lain untuk penyertaan kali ini juga amat dihargai.
Terima kasih semua👍👍👍🎊🎊🎊🎉🎉🎉
Ketua Jurulatih
Cg najib
Jurulatih luar
Coach amir
Pengurus
Cg Anizza
Cg Mirza
Fisio
Cg Farid
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Address
Sekolah Kebangsaan Parit Raja
Parit Raja
86400