Jpkk Kaw. Semarang - Semerik

Jpkk Kaw. Semarang - Semerik

Share

HJ GHARIF JAMAL BIN SPAHAT
KETUA KAMPUNG
JPKK KAWASAN SEMARANG (SEMERIK)

Photos from Jpkk Kaw. Semarang - Semerik's post 06/04/2026

06/04/2026 (ISNIN)

Assalamualaikum..
Saya, selaku Ketua Kampung, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh penduduk kampung serta Ahli Jawatankuasa (AJK) yang telah meluangkan masa hadir ke Majlis Jamuan Hari Raya JPKK Kawasan Semarang pada pagi tadi.

Kehadiran dan sokongan tuan-tuan dan puan-puan amat bermakna dalam memeriahkan majlis serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita. Segala kerjasama, komitmen dan semangat gotong-royong yang ditunjukkan mencerminkan perpaduan dan keharmonian yang kita kecapi bersama.

Semoga ukhuwah yang terjalin ini akan terus berkekalan dan diperkukuhkan dari semasa ke semasa. Jika terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis berlangsung, saya bagi pihak penganjur memohon maaf.

Sekian, terima kasih.
Tn Hj Gharif Jamal bin Spahat
Ketua Kampung Kawasan Semarang

19/01/2026

PROGRAM SEMARAH SUBUH DUN SEMARANG DI SURAU KG PARIT KUARI DARAT

YB Datuk Hj Samsolbari b Jamali - ADUN Semarang bersama2 kariah dalam
Program Semarak Subuh DUN Semarang menyantuni pesakit kancer dan pesakit terlantar di kampung parit kuari .

Photos from Jpkk Kaw. Semarang - Semerik's post 19/01/2026

PROGRAM SEMARAK SUBUH DUN SEMARANG DI SURAU KG PARIT KUARI DARAT

Assalamualaikum semua rakan2...
*YB Datuk Hj Samsolbari b Jamali - ADUN Semarang* akan bersama2 kariah dalam
*Program Semarak Subuh DUN Semarang* yang akan d adakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 19.01.2026 - Isnin
Masa : 5.30 pagi
Tempat : *Surau As-Syakirin Kampung Parit Kuari Darat Mukim 8*

*Semua rakan2 d jemput hadir. Tksh*

Photos from Jpkk Kaw. Semarang - Semerik's post 19/01/2026

Assalamualaikum semua rakan2...
*YB Datuk Hj Samsolbari b Jamali - ADUN Semarang* akan bersama2 kariah dalam
*Program Semarak Subuh DUN Semarang* yang akan d adakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 19.01.2026 - Isnin
Masa : 5.30 pagi
Tempat : *Surau As-Syakirin Kampung Parit Kuari Darat Mukim 8*

*Semua rakan2 d jemput hadir. Tksh*

Atucara:
5.30 pagi - kehadiran
jemaah
- solat2 sunat
sblum solat
subuh
5.45 pagi - Tarhim
6.07 pagi - Solat Subuh
- Wirid dan
doa
- Tazkirah
ringkas
(sehingga
waktu
Isyrak) oleh
Ustaz Hj
Mohd Shahli
b Hj Mohd
Said
- Jamuan
sarapan pagi
- Ziarah Dhuha
2 rmh

Terima kasih pada semua yang hadir dan melibatkan diri dalam program ini.

Photos from Jpkk Kaw. Semarang - Semerik's post 07/12/2025

Kerja2 pembersihan parit di kawasan semarang sedang di jalankan .
Kebersihan sungai dan parit diutamakan.

Photos from Jpkk Kaw. Semarang - Semerik's post 07/12/2025

Mohon kerjasama semua penduduk kampung dan rumah-rumah sewa sekitar Parit Hj Abd Hamid, Parit Semarang, Parit Lapis Semarang dan Parit Kuari untuk TIDAK membuang sampah di Jalan Rizab 1, Kampung PARIT SEMARANG. Kawasan ini telah ditimbus dan dibersihkan bagi menjaga kebersihan persekitaran serta mengelakkan pencemaran yang lebih serius. Kerjasama anda amat dihargai.

MOGA SEMUA PIHAK MENJAGA KEBERSIHAN KAWASAN SEMARANG

~JPKKKAWASANSEMARANG~

Photos from Jpkk Kaw. Semarang - Semerik's post 07/12/2025

3 Disember 2025
Program penyerahan Kurniaan DYAM Tengku Mahkota Johor, Pemangku Sultan Johor kepada warga kawasan semarang di iringi penghulu dan ketua kampung.

Photos from Jpkk Kaw. Semarang - Semerik's post 07/12/2025

6/12/2025
Hari diabetis Sedunia 2025 di adakan di klinik desa kg parit Semarang dan di hadiri dengan panel dan egensi . Program Ziarah Kasih ke rumah Encik Johar di kg Pt semarang. Majlis di rasmikan oleh YB DATO' HJ SAMSOLBARI BIN JAMALI ketua UMNO bahagian Ayer hitam dan dun semarang.

07/12/2025

6/12/2025
Sambutan hari diabetes Sedunia 2025
Majlis di rasmikan oleh YB DATO' SAMSOLBARI

Photos from Jpkk Kaw. Semarang - Semerik's post 21/09/2025

YB Datuk Hj Samsolbari b Jamali - ADUN SEMARANG bersama2 kariah dan ketua kampung kawasan rangkaian serta Tuan Hj Gharif Jamal ketua kampung kawasan semarang dalam Program Semarak Subuh DUN Semarang yang akan d adakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 21.09.2025
Hari - Ahad
Masa : 5.30 pagi
Tempat : Surau As Siddiq, Pt Sri Paya Darat,Mukim 8, Parit Raja

Photos from Jpkk Kaw. Semarang - Semerik's post 21/09/2025

Kawasan semarang masih di ketuai oleh ketua kampung terdahulu tuan Hj Gharif Jamal Spahat . Tahniah atas tugasan yg di beri dan AJK yg di lantik ada yang masih kekal dan ada yang di lantik baru. Semoga tugasan dan tanggungjawab yang di beri memberi impak yang terbaik untuk kawasan semarang.

21/09/2025

Perjumpaan kali kedua jpkk kawasan semarang Jpkk Parit Semarang bersama pengerusi kampung kawasan rangkaian dan ketua kampung kawasan semarang Hj Gharif Jamal Spahat . Menceritakan tentang isu semasa kawasan semarang dan aktiviti yang akan di laksana kan dari masa ke semasa

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Parit Raja?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Jalan KAMPUNG PARIT KUARI
Parit Raja
BATUPAHAT