Al Afdhal Travel & Tours
Menawarkan pakej haji dan umrah pada harga mampu milik dan bimbingan pengisian ilmu yang bermanfaat
04/06/2022
Moga bermanfaat untuk kita semua.. bakal tetamu Allah, insyaAllah
https://fb.watch/dn6SzT--r4/
14/12/2021
Moga Allah rezekikan kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur atas apa pun yang berlaku di dalam kehidupan.. aaminn🌹
19/11/2021
CARA NAK ALLAH JEMPUT.
Tips ini bukan untuk riak, bukan tunjuk lagak tapi untuk Ajak..
Ramai yang cakap, sesiapa yang Allah jemput itu mesti ada duit simpanan yang banyak atau mencukupi untuk bayar pakej. SALAH!
Allah tak jemput siapa yang mampu..
TAPI..
Allah jemput siapa yang ingin kesana
Allah jemput siapa yang rindu
Allah jemput siapa yang berusaha kesana
Tanamkan dalam hati, pasangkan niat dalam setiap solat, setiap doa. Ada yang ajar, doa lah setiap kali kita berbuat baik sebagai contoh, 'jika ada pahala dalam sedekah aku, Kau jemputlah aku untuk mengerjakan umrah'.. Bukan bermaksud kita berkira dengan Allah sampai meminta balasan. Tapi itu yang sebenarnya lebih disukai Allah bila hambaNya meminta kepadaNya.
Tambahkan lagi keinginan dengan melakukan langkah pertama iaitu melihat dan mengkaji selidik pakej umrah yang bersesuaian dengan bajet. Untuk yang ingin pertama kali ke tanah suci, tak perlu pakej yang mahal atau hotel dekat atau umrah premium jika mampu untuk berjalan jauh sebab di sana kita akan banyak menghabiskan masa beritikaf di Masjid. Kecuali jika membawa ahli keluarga yang kurang kekuatan dan upaya untuk berjalan jauh, elok la mengambil pakej hotel dekat untuk memudahkan urusan.
Bila dah jumpa yang bersesuaian dan yakin, boleh terus mendaftar dengan membayar deposit. Seeloknya ambil tarikh yang panjang 6-9 bulan sebelum berangkat jika kuatir tidak mampu untuk mengumpul duit yang banyak sekaligus. Ada yang cakap, duit tak ada nak pergi umrah, belum cukup duit, tak mampu sebab pakej mahal.. Cakap kan doa.. Kenapa kita perlu doa yang tak molek? Bila kita dah daftar, secara automatik kita akan ada rasa tanggungjawab untuk menabung, berjimat cermat.. Di situ lah Allah akan bantu bila Dia nampak kesungguhan kita..
Bila dah dijemput, Allah jentik hati untuk rasa rindu ke sana lagi dan lagi dan lagi
KERANA APA?
Bila disana kita lupa segala masalah
Bila disana kita jumpa ketenangan jiwa
Bila disana kita berebut tingkatkan ibadah
Bila disana kita pakat kejar pahala
Bila disana kita berusaha berubah
Bila disana kita belajar agama
Bila disana rasa dekat dengan Si Pencipta
Bila disana terubat rindu pada RasulNya
Buat kita tak mahu pulang menambah dosa bukan sebab kita lupa keluarga
Tapi buat kita mahu bawa seluruh keluarga bersama, menikmati apa yang kita rasa
Kredit: FB Sabariah Abd Majid
Salam Jumaat semua
Alhamdulillah, bulan 12 ni insyaAllah ibadah umrah akan bermula semula. PM kami untuk daftar slot terawal ke sana. Hanya daftar sahaja, tiada sebarang deposit kami ambil. InsyaAllah moga kita semua Allah rezekikan ke tanah suci.. aaminn
Kerajaan Arab Saudi telah membuka pintu untuk jemaah luar mengerjakan umrah & ziarah. Alhamdulillah, Malaysia salah satu negara yang tersenarai. Follow kami rapat2 untuk update terkini ye🌷
13/06/2021
SubhanAllah betapa luasnya cakerawala Allah.
Kita hanya manusia kerdil yang duduk dibumi ibarat setitis air di lautan yang luas.
Masihkah kita sombong?
Bumi mengambil masa sekitar 365 hari untuk mengelilingi Matahari yang berjarak 147 juta kilometer. Bumi bergerak dengan kelajuan sekitar 107,000 km/j dan telah beredar sejauh sekitar 940 juta kilometer untuk cukup satu putaran orbit.
Planet-planet dalam sistem suria beserta tempoh peredaran lengkap;
Utarid — 88 hari
Zuhrah — 225 hari
Bumi — 365 hari
Marikh — 687 hari
Musytari — 12 tahun
Zuhal — 29 tahun
Uranus — 84 tahun
Neptune — 165 tahun
Moga ayah2 semua , ibu2 diberi ganjaran syurga Allah swt🤲
06/03/2021
Assalamualaikum, moga kerinduan kita akan terubat pada tahun ini, insyaAllah..🌹
Terima jemputan Raja Salman, Muhyiddin bakal adakan lawatan ke Arab Saudi Perdana Menteri akan diiringi Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan delegasi dari PMO dan Wisma Putra
12/02/2021
Selamat Datang Rejab 1442H
“Ya Allah, berkahilah kami di bulan Rejab & Syaaban, dan sampaikanlah kami di bulan Ramadhan”
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Parit Raja
86400
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:30 |
| Tuesday | 08:30 - 17:30 |
| Wednesday | 08:30 - 17:30 |
| Thursday | 08:30 - 17:30 |
| Friday | 08:30 - 13:00 |
| Sunday | 08:30 - 17:30 |