DTM TVET MARA Sri Gading

DTM TVET MARA Sri Gading

Share

DTM - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBINAAN BANGUNAN ( PERKHIDMATAN BANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN

19/02/2026

๐ŸŒŸ Ramadan tiba! Mari sama-sama perbanyak amal, jaga kesihatan, dan nikmati keberkatan bulan yang mulia ini. Selamat berpuasa semua!

16/02/2026

๐ŸŽ“ Dah Habis Exam SPMโ€ฆ
Lepas Ni Nak Buat Apa?
Rehat boleh.
Tolonglah ibu-bapa anda di rumah.

Tapi masa depan kena fikir sekarang. ๐Ÿ˜‰
Kalau nak sambung belajar yang ada arah jelas, bukan sekadar pegang diploma kosong โ€” ini peluang terbaik.

๐Ÿš€ Ambil langkah berani bersama TVET MARA Sri Gading bagi Sesi Julai 2026.
Di sini, anda bukan sekadar belajar.
Anda dibentuk terus untuk masuk industri.

๐Ÿ“… Permohonan dibuka:
1 April 2026 โ€“ 8 Mei 2026

๐ŸŽ“ PILIHAN DIPLOMA
๐Ÿ’ฅ Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan
โœ… Perkhidmatan Bangunan dan Penyelenggaraan (DTM) Kod: C46

๐ŸŽ PAKEJ ISTIMEWA
โœ”๏ธ Yuran pengajian ditaja
โœ”๏ธ Elaun sara hidup
โœ”๏ธ Asrama disediakan
โœ”๏ธ Jaminan pekerjaan
โœ”๏ธ Jaminan sambung belajar
โœ”๏ธ Peluang jadi usahawan

Belajar sambil dapat elaun.
Tamat belajar terus ada hala tuju kerja. ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“Œ SYARAT KEMASUKAN (SPM)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan
โœ”๏ธ Kepujian Matematik
โœ”๏ธ Kepujian Subjek Sains
โœ”๏ธ Kepujian 1 subjek lain
๐Ÿ“ Matematik gred D masih layak (kelas remedial)

๐Ÿ“ž Hotline Perunding Pendidikan
Encik Mohd Farid : 0196570704
Encik Mohd Khairuddin : 0172526087
Pn. Siti Jaleha : 0136018428
En. Norsyahidan : 0179564966

SPM bukan penamat.
Ini titik mula untuk bina kerjaya besar. ๐Ÿ’ผโœจ
Jangan tunggu keputusan keluar baru nak fikir.
Buat keputusan hari ini.
SPM keluar terus mohon TVETMARA SRI GADING..

11/02/2026

Ramadhan bakal tiba. Apakah persediaan kita untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan ini? Mari tingkatkan amalan, perbaiki ibadah, dan semarakkan hati dengan kesabaran serta keikhlasan.

11/02/2026

POV: Bila lampu projek group dah nyala!

Photos from DTM TVET MARA Sri Gading's post 11/02/2026

Industrial Classroom bersama KAL Engineering & Enterprise.

10 Februari 2026.
9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Bengkel Mekanikal TVETMARA Sri Gading.

Pelajar DTM3A mengikuti sesi bersama pensyarah jemputan daripada industri. Fokus pembelajaran ialah pemasangan penghawa dingin jenis ceiling cassette.

Sesi berlangsung dalam suasana bengkel sebenar. Pelajar didedahkan kepada kaedah pemasangan, susun atur unit, sambungan paip serta langkah keselamatan kerja.

Ini adalah peluang pembelajaran terus daripada pengamal industri.

Photos from DTM KKTMSG's post 03/10/2025

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR SEM 5 DTM KE BANGUNAN PEJABAT PUTRAJAYA

Program lawatan sambil belajar ini telah dianjurkan oleh Program DTM, KKTM Sri Gading melibatkan semua pelajar semester 5 yang mengambil subjek DCM50143 Facility Management System. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar tentang sistem pengurusan fasiliti serta aplikasi teknologi moden yang digunakan di bangunan kerajaan.

Butiran Program :
Tarikh : 1 Oktober 2025 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi โ€“ 5.00 petang
Tempat : Bangunan Pejabat Putrajaya
Peserta : Pelajar Semester 5 dan 5 orang Pensyarah Pengiring.

Alumni KKTM Sri Gading Encik Mohamad Anas bin Jaafar (Pengurus Tenaga) dan kakitangan Pihak Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) memberikan taklimat mengiringi semasa sesi lawatan berlansung

Hasil dan Manfaat Program

1. Pelajar dapat melihat secara hands-on aplikasi sistem pengurusan fasiliti sebenar.

2. Kefahaman pelajar terhadap topik seperti Building Automation System (BAS), keselamatan, kawalan pencahayaan, sistem penghawa dingin dan ventilasi menjadi lebih jelas.

3. Pelajar berpeluang berinteraksi dengan pegawai fasiliti serta mengaitkan ilmu teori dengan amalan kerja.

4. Program ini meningkatkan minat pelajar terhadap bidang pengurusan fasiliti dan kerjaya berkaitan.

Secara keseluruhan, program lawatan sambil belajar ke Bangunan Pejabat Putrajaya telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Penganjuran program sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memperkukuh pengalaman pembelajaran pelajar melalui pendekatan teori dan praktikal secara seimbang.

25/08/2025

"Pusaka Bangsa Melayu" bermaksud warisan yang dimiliki, dipelihara, dan diwarisi oleh masyarakat Melayu dari generasi ke generasi.

"Pusaka Bangsa Melayu" adalah segala bentuk identiti, jati diri, dan khazanah tradisi yang membentuk keperibadian orang Melayu dan menjadi tanda pengenalan bangsa itu sendiri.

Oleh itu, marilah kita menjaga sesama Bangsa Melayu agar segala bentuk pusaka berpandukan Bangsa Melayu terjaga dan terpelihara.

โ€œWarisan Melayu, Tiang Kemerdekaanโ€

Photos from DTM KKTMSG's post 29/07/2025

๐ƒ๐“๐Œ ๐”๐๐ˆ๐“๐˜
๐๐„๐‘๐‰๐”๐Œ๐๐€๐€๐ ๐’๐“๐€๐… ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐ƒ๐“๐Œ
๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐Œ๐€๐‘๐€ (๐Š๐Š๐“๐Œ) ๐’๐‘๐ˆ ๐†๐€๐ƒ๐ˆ๐๐†

Tarikh : 25 Julai 2025 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang โ€“ 5.00 petang
Tempat : Dewan Teater A, KKTM Sri Gading
Anjuran: Jabatan Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Perkhidmatan Bangunan dan Penyelenggaraan, DTM), KKTM Sri Gading

๐Ž๐›๐ฃ๐ž๐ค๐ญ๐ข๐Ÿ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ:
1. Mengeratkan hubungan antara staf akademik dan pelajar DTM.
2. Memperkenalkan barisan kepimpinan baharu EXCO pelajar DTM.
3. Menyampaikan taklimat penting berkaitan pendidikan berasaskan hasil (OBE) dan disiplin pelajar.
4. Memberi penghargaan kepada barisan EXCO DTM sesi JJ2024โ€“JJ2025.

๐“๐ž๐ง๐ญ๐š๐ญ๐ข๐Ÿ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ:
โ€ข Nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Amanah Rakyat
โ€ข Bacaan doa
โ€ข Ucapan alu-aluan Presiden DTM
โ€ข Ucapan Ketua Program DTM
โ€ข Taklimat Outcome Based Education (OBE)
โ€ข Pengenalan Jawatankuasa EXCO DTM yang baharu
โ€ข Penyerahan sijil penghargaan kepada EXCO DTM sesi JJ2024โ€“JJ2025
โ€ข Taklimat disiplin

๐‘๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ฌ๐š๐ง ๐€๐ค๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข:
Program DTM UNITY telah berlangsung dengan lancar. Program dimulakan dengan nyanyian lagu rasmi dan bacaan doa, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Presiden DTM dan seterusnya ucapan Ketua Program DTM.

Program diteruskan dengan taklimat Outcome Base Education (OBE) yang disampaikan oleh Ketua Program DTM Ts. Muhammad Fakru Razi bin Abdul Aziz. Taklimat ini telah memberi kefahaman dan juga gambaran yang lebih jelas kepada pelajar mengenai peranan mereka dalam mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.

Sesi pengenalan EXCO baharu juga memperlihatkan barisan pelapis yang komited untuk melaksankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai wakil kepada semua pelajar DTM.

Program diteruskan dengan penyerahan sijil kepada EXCO lama sebagai penghargaan atas sumbangan mereka sepanjang berkhidmat. Akhir sekali, taklimat disiplin di akhir program memberi peringatan penting mengenai etika dan peraturan sebagai pelajar di KKTM Sri Gading.

๐๐ž๐ง๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ:
Program ini berjaya mencapai objektif dalam membina kesepaduan antara staf dan pelajar, serta memperkukuhkan nilai kepimpinan dan tanggungjawab dalam kalangan pelajar. Diharapkan juga program seperti ini dapat mengeratkan hubungan antara pensyarah dan pelajar serta mengukuhkan budaya komunikasi yang berkesan dan beretika di kalangan pelajar DTM.

Photos from DTM KKTMSG's post 29/07/2025

๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ด๐‘ท๐‘ผ๐‘น๐‘ต๐‘จ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฏ๐‘ผ๐‘ฑ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฒ๐‘ผ

๐ˆ๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐ฃ๐ž๐ง๐š๐ณ๐š๐ก merupakan satu amanah fardhu kifayah yang perlu dikuasai oleh setiap Muslim, khususnya generasi muda. Ia bukan sekadar teori, tetapi satu tanggungjawab besar yang harus dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.

Menyedari kepentingan ini, seramai 30 orang pelajar dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Sri Gading telah menyertai program โ€œ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ๐ง๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐ก๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐ค๐ฎโ€ yang dianjurkan oleh KafeTEEN Johor di bawah ๐‹๐ž๐ฆ๐›๐š๐ ๐š ๐๐ž๐ง๐๐ฎ๐๐ฎ๐ค ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š (๐‹๐๐๐Š๐) dengan penuh semangat dan dedikasi. Program telah dijalankan seperti berikut:-

Tarikh : 24 Julai 2025 ( Khamis)
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Tempat : Surau An-Nur KKTM Sri Gading
Peserta : 30 Orang Pelajar

Program ini bertujuan memberikan pendedahan secara teori dan praktikal mengenai pengurusan jenazah, agar para peserta mampu melaksanakan amanah ini dengan baik kelak.

Terima kasih kepada pihak KafeTEEN Johor kerana menganjurkan program yang bermanfaat ini.

https://www.facebook.com/share/p/14KatHzpCDy/?mibextid=wwXIfr

05/06/2025

We would like to extend our sincere gratitude for the warm welcome and valuable experience during our recent site visit to Chint Malaysia. The visit provided us with meaningful insights into modern electrical industry, which greatly enriched our understanding and learning. Thank you Chint Malaysia.

CHINT Malaysia had the pleasure of welcoming lecturers from KKTM Sri Gading for a knowledge-sharing visit focused on the future of the electrical industry. Introducing CHINTโ€™s latest technologies, smart energy innovations, and a special talk on new energy solutions, by Pn. Ain Nadiah, CHINT Malaysia Support Engineer, New Energy Department.
It was an engaging sharing session, and it equipped the institutions with advanced knowledge.
We hope the visit sparked new ideas and aspirations for the education industry.

Photos from DTM KKTMSG's post 14/05/2025

Tahniah buat semua Graduan DTM KKTM SRI GADING

Di Majlis Konvokesyen Perdana iPMA 2025 KPM. KKTM. MJII. IKM

Jom masuk KKTM SRI GADING

Want your school to be the top-listed School/college in Parit Raja?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


KKTM Sri Gading, Batu 11 Jalan Kluang
Parit Raja
86400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00