MGP PAPAR

MGP PAPAR

Share

MGP KAWASAN PAPAR

Photos from MGP PAPAR 's post 24/07/2023

TENTATIF KURSUS FIRST TOUCH MGP PAPAR 2023.

TARIKH : 22 JULAI 2023 ( SABTU )
TEMPAT : PASTI AR-RAYYAN, PENGALAT BESAR.

Alhamdulillah, selesai kursus first touch guru pasti kawasan papar .
Kursus ini di buat untuk memantapkan lagi kemahiran guru dari segi pengajaran dan pembelajaran.

Antara isi kursus yg dibuat ialah :
βœ… Etika seorang guru
βœ… Perhimpunan dan pengurusan kelas
βœ… Penulisan RPH
βœ… Kemahiran pembinaan bahan mengajar

Seterusnya pemeriksaan buku-buku rph guru-guru yg di periksa oleh Cikgu Bazilah ( merangkap ketua guru kawasan papar).

Semoga guru2 semua dapat menerapkan lagi ilmu dn kemahiran yang di berikan.

Tahniah untuk semua guru yang hadirπŸ’

Photos from MGP PAPAR 's post 16/05/2023

JAMUAN HARI RAYA MGP PAPAR & SAMBUTAN HARI GURU

13 MEI 2023

16/05/2023

16 MEI 2023✨

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan,
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik.

Teruslah menyebarkan manfaat & ilmu kepada manusia. Terima kasih cikgu atas didikan yang diberikan. Semoga Allah memberi syurga sebagai ganjaran in syaa Allah aamiin 🀲🏻

Photos from MGP PAPAR 's post 08/05/2023

MAJLIS RUMAH TERBUKA PAS KAWASAN PAPAR

7 MEI 2023

Photos from Pusat Asuhan Tunas Islam - PASTI Kawasan Papar Sabah's post 04/05/2023

selamat brbengkel guru-guru ! πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼

21/04/2023

Tiba masanya Ramadan meninggalkan kita, semoga setiap amal dan ibadah yang kita kerjakan diterima Allah SWT dan kita diberikan rezeki untuk berjumpa lagi di tahun akan datang. Aamiin ... ❀️🀲

Aidilfitri adalah perayaan yang besar dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Selepas kita melalui proses panjang dalam bulan Ramadan al-Mubarak, Allah SWT menjadikan beberapa proses untuk memperbaiki perjalanan hidup kita.

Perjalanan hidup kita memang bersimpang-siur. Sehinggakan ada dalam kalangan kita sering berasa keliru.

Kami dari MGP PAPAR ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa,
Mohon Ampun Dan Maaf di atas segalanya ...


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Moga silaturrahim diberkati Allah.

16/04/2023

PAPAR : Khatam al-Quran merupakan suatu ibadah yang menjadi tuntutan agama Islam yang digalakkan mengkhatamnya sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup muslim.

Ketua Majlis Guru PASTI Papar, Nor Bazilah Maspan berkata, kepentingan al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi perlulah difahami, dihayati dan diamalkan isi kandungannya dalam kehidupan seharian.

Naqibat, saudari Nadhira Andi Buanah p**a menerangkan tentang amalan Puasa enam yang boleh dilaksanakan bermula 2 syawal, dan beberapa kelebihan berpusa enam, antaranya pelengkap amalan fardhu,ibarat berpuasa selama setahun dan lain-lain.

Majlis diteruskan dengan perkongsian isu semasa yang telah disampaikan oleh Ketus MGP Papar, Nor Bazilah berkenaan dengan disiplin guru, dan cara menghadapi pelajar dan ibu-bapa.

Majlis yang telah berlangsung di Pasti Gloxinia ini telah dihadiri oleh 23 orang guru PASTI Kawasan Papar.

"Majlis Khatam Al-Quran ini adalah aktiviti tahunan bagi Majlis Guru Papar, majlis ini bukan sahaja mampu mengeratkan silaturrahim,malahan ia juga mampu mendidik hati kita untuk menerima pendapat dan teguran daripada orang lain. Semoga Allah berkati majlis kita dan semoga Allah memuliakan kita semua dengan Al-Quran."

Want your school to be the top-listed School/college in Papar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Papar