LocalGarage
Bengkel kampung²..1 kereta 1 masa.. Cat,baikpulih,convert,overhaul kita buat.. Mana² mampu,kita usaha
Aku tak nak datang bengkel tu lagi. Harga spare part murah ja tapi dia cas upah buat tu lebih dari 2x ganda harga barang.
Nak pergi haji balik hari kot. Nak cepat kaya pun janganlah sampai macamtu sekali.
Ni lah yang kekadang kami rasakan bila ada customer mulut naga. Dia tak tahu apa rosak, dia tak tahu cara baiki, dia tak tahu risiko yang kami hadapi, dia tak tahu masa dan tenaga yang kami habis. Apa yang dia tahu mahal, mahal, dan mahal.
Orang beli kereta, kau nak juga. Tapi tak mampu nak jaga. Bila dah rosak baru susah hati. Bila kena cas mahal membebel tak ke sudah.
Belajar la asas penjagaan kereta. Tak payah yang susah- susah. Asas sahaja, yang penting tahu. Nak tahu macamna? Google kan ada, tiktok kan ada, youtube kan ada, facebook kan ada. Buang sikit masa tu untuk ambil tahu ilmu- ilmu yang perlu untuk guna hari- hari.
Bila orang buat video macamni, laju scroll, tak support apa pun. Like ke, share ka, save ka, follow ka.
Hahaha,.
Itu contoh bila mekanik marah dan menyampah.. Begitu lah ayat yang keluar..
Dongeng atau realiti!!
Bandingkan kereta atau kenderaan dulu dan sekarang
Dulu..
- Badan lebih keras, tebal dan berat
- Sistem suspensi yang lebih mudah dan tidak terlalu kompleks
- Sistem pendawaian (wiring) yang tidak serabut
- Reka bentuk di sesuaikan mengikut tujuan (perlumbaan, penggunaan harian)
- Lebih tahan hentaman
- Alat ganti lebih awet/ tahan lama
Sekarang
- Badan lebih lembut, pelbagai bahan binaan (zink plat, carbon fibre, plastik)
- Sistem suspensi banyak penambahan
- Sistem pendawaian (wiring) yang serabut
- Terlalu banyak penambahan (safety features)
- Alat ganti yang tidak tahan lama (kualiti)
- Banyak aksesori tambahan
Daripada beberapa kriteria yang disenaraikan di atas, dapat saya petik beberapa kesimpulan bahawa:
1. Kereta di zaman moden ini lebih mengutamakan rupa dan penampilan berbanding fungsi utama kenderaan itu sendiri
2. RND yang dilakukan memang meningkat dari masa ke semasa sehingga terhasil inovasi- inovasi baru dalam penghasilan kenderaan pada masa sekarang. Ini terbukti dengan kajian dan penambahbaikan yang dijalankan, kini telah menambah pilihan jenis kenderaan yang dulu hanya dari jenis diesel dan petrol. Kini telah bertambah kepada jenis bateri (motor) dan gas (NGV)
3. Dari sudut ketahanan perkakasan dan alat ganti kenderaan juga menunjukkan banyak perbezaan yang mana kereta DULU lebih tahan kerana memang tujuan diciptakan adalah untuk ketahanan. Berbanding terbalik dengan kereta SEKARANG yang tujuan nya lebih menjurus kepada keuntungan perniagaan semata. Banyak kita lihat di pasaran sekarang, harga alat ganti menjadi tolok ukur kualiti berdasarkan jenis alat ganti sebagai contoh OEM, ORIGINAL PARTS, GENUINE dan sebagainya.
Persoalannya sekarang, kenapa kereta DULU sangat kurang berada di jalanan pada hari ini? Adakah kerana alat gantinya susah untuk di dapatkan? Atau adakah ini terkait dengan strategi bisnes?
Sila tinggalkan pendapat anda di ruangan komen untuk melanjutkan perbincangan..
Terima kasih kerana sudi membaca penulisan saya yang tidak seberapa ini..
12/01/2026
Apa benda ni??
Nama benda ni upper arm
Fungsi-fungsi Utama:
- Penyambung Roda dan Kerangka: Ia ialah komponen penting dalam sistem suspension yang menyambungkan hub roda (tempat tayar dipasang) ke rangka kereta.
- Menyerap Gegaran: Membantu menyerap hentakan dan gegaran dari jalan raya, memberikan keselesaan kepada penumpang.
- Menjaga Geometri Roda: Memastikan sudut roda (seperti camber, caster, toe) kekal dalam spesifikasi yang betul untuk prestasi dan keselamatan.
- Kawalan Stereng: Membantu mengawal pergerakan roda semasa membelok, memastikan tayar sentiasa mengikut arah yang dikehendaki.
Tanda-tanda Upper/ Lower Arm Rosak (dan perlu tukar segera):
- Bunyi 'krek-krek' atau 'bunyi logam' semasa melalui jalan tidak rata atau membelok.
Stereng terasa longgar, tidak stabil, atau menarik ke satu sisi.
- Tayar haus tidak sekata (uneven tyre wear).
Pemanduan terasa tidak selesa atau rasa seperti tayar 'melayang
Simpan untuk rujukan
09/01/2026
Kami ada menyediakan servis dan baikpulih kenderaan terus ke kediaman anda..
Masa tersedia
Sabtu 12:00 tghari- 5:00 petang
Ahad 8.30 pagi - 5:00 petang
Bagi warga sekitar daerah PAPAR, boleh tinggalkan komen untuk kita atur temujanji..
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Address
Jalan S. R. K. Kelatuan
Papar
89600