Axello Tacts
Pengulas bolasepak bebas di platform media sosial. Merangkumi aspek teknikal dan taktikal dalam dan luar negara. "WE ARE RIVALS NOT ENEMIES"
18/06/2026
DIDAKWA TAKUT KELUARKAN ABANG DO, INI JAWAPAN ROBERTO MARTINEZ
Roberto Martinez menafikan dia kecut untuk mengeluarkan Cristiano Ronaldo walaupun pemain itu tidak beraksi dengan baik.
Walaupun Cristiano Ronaldo bergelut sepanjang perlawanan namun Ronaldo tetap bermain 90 minit.
Portugal gagal menjaringkan gol tambahan selepas gol awal Joao Neves.
Ronaldo p**a gagal mencatatkan sebarang on target. Dan akhirnya Portugal keciciran mata selepas seri 1-1 dengan Congo.
Martinez membidas wartawan yang seolah olah tidak menghormati Cristiano Ronaldo, yang merupakan penjaring terhebat sepanjang zaman
Martinez berkata: “Memang tak logik langsung nak keluarkan Cristiano Ronaldo, penjaring terbaik dalam sejarah bola sepak, ketika kami tengah perlukan gol.”
18/06/2026
🇨🇴 Luis Diaz vs Uzbekistan:
• 1 goal
• 1 asssist
• 2 shots
• Hit the post once
• 2 dribbles
• 47 touches
• 2 key passes
• 1 big chance created
• 8 duels won
• 3 recoveries
MOTM!
17/06/2026
ZLATAN MAKIN TAK TAHAN DAN MENYAMPAH DENGAN KEBENGAPAN PUNDIT AS INI
Zlatan Ibrahimovic dah tak dapat menahan rasa menyampah dengan Alexi Lalas dalam ulasan Piala Dunia mereka.
Sebelum ini Alexi Lalas beberapa kali membuatkan Zlatan menyampah.
Lalas sebelum ini tiba tiba membandingkan Haaland dengan Zlatan ketika mereka sedang dalam sesi ulasan santai.
Lalas berkata: "Jika Haaland cemerlang dalam Piala Dunia kali ini, dia akan berada di atas sana. Malah Haaland akan lebih besar daripada orang ini [Zlatan].
"Maafkan saya Z,namun saya akan pilih Haaland sebagai lebih legend daripada kamu di Piala Dunia."
Zlatan membalas: "Saya rasa Haaland masih perlu memperbaiki beberapa aspek permainannya."
Alexi Lalas: "Biar betul, apa dia nak kena buat? Dia adalah bintang di Piala Dunia ni."
Zlatan: "Ya, dia bagus, pembunuh di dalam kotak penalti, namun saya lebih serba boleh dari segi permainan. Saya s**a bermain dengan bola. "
Terbaru, Zlatan tidak setuju dengan pandangan Alexi Lalas yang tiba tiba menggelarkan pemain pemain Perancis sebagai berlagak. ketika aksi pembukaan Piala Dunia menentang Senegal.
Alexi Lalas berkata: “Kami ada perbualan menarik antara Landon dan Thierry tentang sama ada Perancis itu angkuh pada separuh masa pertama."
Henry turut tak setuju dengan Lalas yang melabel pemain pemain Perancis angkuh dan berlagak.
Namun, Zlatan Ibrahimovic segera mengingatkan, itu bukan angkuh tetapi keyakinan. Sebab itu Perancis bermain seolah olah mereka berlagak atas padang.
Tanpa menyebut nama Lalas atau Donovan secara langsung, Zlatan menolak sepenuhnya naratif bahawa Perancis bermain dengan sifat sombong.
"Itu bukan angkuh, itu keyakinan. Orang yang tidak faham akan kata itu angkuh, orang yang bijak akan kata itu keyakinan.”
17/06/2026
FT: England 4 Crotia 2
Game yang menghiburkan. Di mana Croatia dua kali mengejar dan mengikat Inglantera.
Kane mencetak gol pertama menerusi sepakan penalti. Gol dibalas Baturina dengan rembatan lawa.
Kane meletakkan England kembali di hadapan pada minit ke-42 menerusi tandukan kemas daripada situasi sepakan penjuru.
Namun Croatia membalas sekali lagi dengan gol lebih cantik, menerusi team gaol yang disudahkan oleh Musa.
Pada separuh masa kedua, Bellingham melakukan solo goal yang cantik untuk meletakkan England 3-2 di hadapan pada awal separuh masa kedua.
Croatia cuba mengikat England sekali lagi sebelum perjuangan mereka dimatikan oleh wira sebenar, Marcus Rashford pada minit ke-85.
17/06/2026
Saka memulakan gerakan ini, kemudian dia menyambung gerakan lalu menolak bola cantik kepada Rashford.
Rashford melakukan fake shot dan menukar arah untuk membolehkan dia di posisi kaki kanan melakukan shot.
Rembat rendah dan curl. Lawa, berseni
England 4 Croatia 2
Game over!
17/06/2026
TIDAK TAHUKAH ANDA? Jude Bellingham mencetak 7 gol antarabangsa, dan 4 daripadanya adalah di major tournament. Big game Player!
17/06/2026
Elliot Henderson dan Bellingham linking up!
17/06/2026
HALF TIME GAME SEDAP: ENGLAND 2 CROTIA 2
Ingatkan Harry Kane dah habis bijak ketika corner kick untuk gol kedua England. Sekali Croatia lebih cantik wei.
Vertical pass macam Gvardiol buat tu bukan mudah nak buat. Selalunya laju je keeper dapat bola.
Tapi dia tolak setepatnya kepada Perisic yang terus lay off kepada Musa.
Game ni seimbang antara kedua dua pas**an.
Gol pertama England daripada sepakan penalti - atau bola mati.
Croatia balas dengan gol lawa Baturina.
Seterusnya bola mati sekali lagi punca gol kedua England.
Sekali lagi juga Croatia buat gol lawa, ala prime Barca wei.
So 2-2 itu keputusan adil.
17/06/2026
Bapak lawa gol penyamaan Crotia ni daripada Musa.
Bermula daripada Gvardiol melakukan lob vertical pass ke depan, lepas tu ada lay off dibuat Perisic dan terus dirembat Musa.
VAR sahkan gol bersih!
2-2.
Wisel separuh masa terus dibunyikan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Mantin
Nilai
71700