Butik Roti Maria

Butik Roti Maria

Share

FAMILY RIVERSIDE KITCHEN & EVENT SPACE
Therapeutic & Eco Sensory Cafe
Rejuvenating Retreat
Creative Host
Immersive Experience

Selamat Datang ke Butik Roti Maria
Taman Botani Tepi Sungai Mesra Kanak-Kanak

Agrotourism | Agroeducation | Gastronomia

Nikmati pengalaman unik di Butik Roti Maria! Di sini, alam semula jadi dan gastronomi bersatu, memberi anda pengalaman luar biasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Syarat Masuk:
Untuk 4-5 orang
Minimum order RM50 (makanan & minuman)
Maksimum stay: 3 jam

Kami ada 5 dapur dengan

02/06/2026

Rabu kami beroperasi seperti biasa. Khamis kami tutup untuk team recharged selepas 5 hari bekerja. MashaAllah, menu kami sold out setiap hari daripada makanan melayu jawa, roti dan kek. Bukan itu sahaja, Butik Roti Maria fully reaerved setiap hari 🥹 Segan juga sebab pelanggan yang datang sebenarnya makan di kawasan rumah kami yang serba kekurangan.
Khamis ini kami tutup sebab kepenatan dan nak recharged🌹 Nak restock bahan mentah dan bawa makayah dan anak-anak jalan cuti sekolah. Staffs pun nak bawa anak-anak dorang jalan. Untuk Jumaat, Sabtu dan Ahad, anda amat digalakkan untuk membua tempahan meja melalui whatsapp atau website butikrotimaria.com 🫰

31/05/2026

1st June 2026 is fully reserved

Alhamdulillah, thank you for your wonderful support.
Our riverside tables for 1st June 2026 are now fully reserved.

Slots are still available from 2nd–7th June 2026.

Plan your family riverside dining early, enjoy the food, the kampung breeze, the trees, and the peaceful river view at Butik Roti Maria.

Reservation is highly recommended.
Booking can be made through our website:
butikrotimaria.com

Butik Roti Maria
Family Riverside Kitchen

30/05/2026

We are fully reserved on 31 May 2026.
Slots are available next week, 1/6–7/6.
Reservation is highly recommended.
Thank you for your wonderful support 🫰

25/05/2026

Announcement for our beloved customers and clients

Please note that we will be closed from 27th–29th May 2026 for a short break and maintenance.

We will resume operations from 30th May until 7th June 2026.

Our latest updates will be available on Google and our website:
butikrotimaria.com

Thank you for your love and support. See you again by the riverside ✨

Photos from Butik Roti Maria's post 22/05/2026

30 years in the bread entrepreneurship industry, yet we still choose to bake humbly from our family home. ❤️

So when you dine in at Butik Roti Maria, you are not entering a commercial restaurant. You are entering our home, our family space, and eating food baked and cooked by our own family members.

After years of trials and errors, collecting data, and analysing customer feedback, we finally refined and finalized the bread menu that truly represents us by the riverside. 🌳✨

🍕 Baudin’s Artisan Pizza
Our hottest-selling ciabatta dough pizza and the main attraction of Butik Roti Maria.

🍞 Maria’s Sourdough Toast
Now focusing on only two crowd favourites:
• Kacang Pol Toast
• Bamia Kambing Toast

🥯 Maria’s Mantou
Soft fried buns with nostalgic kampung flavours.

🥨 Baudin’s Pretzel
Crisp outside, soft and buttery inside. One of our bestselling comfort breads.

🍞 Maria’s Signature Bread Series
The legendary breads from our childhood years and family journey.

🌈 Rainbow Bagel
Made specially for bagel lovers with colourful personality and creamy fillings.

🥪 Baudin’s Focaccia Prosperity
Rustic focaccia loaded with rich homemade black pepper sauce.

☕ Roti Bakar Kaya Butter
Our Hailam-style comfort toast inspired by the joy of hot roadside goreng pisang.

🥐 Croissant Series
Fluffy, buttery layers made for slow riverside mornings.

Everything is first come first serve tau 🌿
Weekends & public holidays are highly encouraged to reserve at butikrotimaria.com
Weekdays boleh walk in ❤️

14/05/2026

Masa untuk upgrade tempat ambil makanan juga. Saya ada baca permintaan pelanggan Butik Roti Maria yang banyak dan di luar kemampuan kami. Namun, permintaan itu saya selitkan dalam doa-doa ketika diuji dengan ujian yang besar. Untuk membina surau, ruang menyusu bayi, lebih banyak tandas… semua tu tak mampu… In shaa Allah, Allah bagi rezeki lebih, permintaan dan doa kalian jadi reality juga. Beranda rumah kami pun dah jadi surau pengunjung 🤭
Untuk naiktaraf sahaja saya perlu bekerja lebih waktu di university, part time mengajar di kolej Jepun, ajar ngaji dan buat translation… Duit gaji boleh betulkan rumah jadi cantik dan tukar kereta lebih selesa tapi saya guna untuk naiktaraf sikit demi sikit untuk anak-anak special needs dan keselesaan pelanggan.
Saya belajar, usaha yang dikerah takkan mampu memenuhi expectations yang tinggi daripada pengunjung, sebab itu… untuk menjaga usaha ini, kami bercerita apa, kenapa, siapa dan bagaimana Butik Roti Maria itu wujud… Main business is FnB but we serve more than food… we serve rest, regulation and nature.
Jika nak picnic dan bawa makanan luar, dalam Kampung Sungai Mahang ada campsite dan jeram private yang dijaga cantik dan bersih. Jika mahu beli makanan yang tak ada minimum order, boleh ke Kenyalang Layers dan Seafood Mahang. Jika nak ke Butik Roti Maria, ada SOP kami yang perlu dipenuhi dan semua itu boleh rujuk di website butikrotimaria.com. Jika mahu jeram free, boleh pergi ke jeram atas…
Ada beberapa tempat penginapan, Casa Mahang, Rumah Dusun Kampung Subgai Mahang dan FA Farm. .
Butik Roti Maria ialah eco sensory cafe, sanctuary, rejuvenating retreat, neurodivergent space and creative host. Our customers are confort seekers, habitual escapists, immersive pursuers, children and elders❤️

Photos from Butik Roti Maria's post 14/05/2026

Another vision turns into reality
Alhamdulillah, ceiling dah siap ❤️
Tinggal nak pasang exhaust fan p**a. Lepas ni, chefs and kitchen helpers semua boleh bekerja dalam suasana yang selesa. Dapur adalah ruang selamat keluarga roti saya. 30 tahun makayah dalam bidang fnb. Di sinilah kami berkumpul lebih 20 tahun untuk buat rnd makanan dan minuman. This is where our recipes were born. Kami ada 6 dapur yang diketuai oleh chefs yang berbeza. Ayah buat artisan bread. Mak masak makanan melayu jawa. Adik lelaki buat ciabata, foccacia, bagel dan artisan pizza. Siti dapur air. Saya bake cakes dan Qalapong buat artisan ice cream and brewed coffee.
This is where food experts, teachers, parents and experienced chefs came to share their knowledge, helping us prepare food that is more child-friendly, special-needs-friendly, elderly-friendly, eczema-conscious and health-focused.
Our philosophy of healthy food is simple:
food should nourish, comfort and respect the body.
For us, healthy means no unnecessary additives, no additional preservatives, and no shortcuts that disconnect food from its natural goodness.
Our chefs philosophy does not always begin with luxury.
Sometimes, it begins in a humble family kitchen, with honest ingredients, thoughtful preparation and deep respect for the people we serve.
A kitchen has its own philosophy too.
When the kitchen is cared for, the food carries love.
When the people who cook feel safe, the people who eat feel it too.

03/05/2026

Dulu semasa saya awal-awal buka Butik Roti Maria, ramai gelakkan cakap sungai kecil tak best. Saya dan pakar-pakar dalam early childhood, dengan penuh sabar dan konsisten buktikan bahawa ruang ini adalah ruang yang telah memulihkan ramai anak kecil yang tantrum, ibu yang tekanan, warga emas yang sunyi, pusat terapi yang mencari tempat selamat untuk special needs outdoor therapy dan banyak lagi. Usaha yang konsisten, niat yang ikhlas, pasukan yang dedikasi dan ilmu yang betul akan membawa kita kepada visi pulih. Kerana pulih itu perlukan ilmu, kemahiran, data dan tempat yang betul… setiap kali saya perhatikan anak-anak pelanggan di tepi sungai… saya senyum dan doa agar Allah berikan anak-anak ini sihat, tenang dan sayang pada diri mereka, ibuayah dan membesar dengan penuh kejayaan ❤️

Yang benar,
Makcik cashier yang sayangkan kanak-kanak 🫰

03/05/2026

Terima kasih untuk 7 tempahan urut minggu ini dalam rumah pokok dan juga urut di rumah. Alhamdulillah, sambutan yang baik daripada warga emas dan lelaki yang perlukan terapi urut.

Badan penat boleh rehat.
Tapi urat yang tegang, fikiran yang berat, emosi yang dipendam…
itu perlukan terapi…

Ada yang whatsapp untuk repeat lagi. 📲 Tempahan dibuka
(Lelaki sahaja) Boleh book slot anda di butikrotimaria.com

30/04/2026

WARISAN URUTAN MELAYU LELAKI 🌿
OPENING 3/5/26, AHAD

Urutan Tradisional Melayu Dalam Rumah Pokok di Butik Roti Maria

Dalam budaya Melayu, urutan bukan sekadar picit badan. Ia adalah satu warisan penjagaan diri yang lahir daripada kebijaksanaan orang lama. Mereka memerhati tubuh manusia, memahami kepenatan bekerja, lenguh otot, angin badan, tekanan urat, dan keperluan untuk berehat. Sebab itu urutan tradisional Melayu selalu terasa dekat dengan kehidupan harian, terutama bagi lelaki yang banyak bekerja, memandu, mengangkat barang, berdiri lama, atau memikul tanggungjawab keluarga.

Di Butik Roti Maria, pengalaman urutan ini dibawa dalam suasana yang lebih tenang dan dekat dengan alam. Bayangkan tubuh yang penat direhatkan di dalam rumah pokok, dikelilingi suasana kayu, kehijauan kampung, udara semula jadi, dan rasa damai yang perlahan-lahan menurunkan tekanan dalam badan. Ia bukan sekadar sesi urut, tetapi satu ruang untuk lelaki berhenti seketika daripada dunia yang sentiasa meminta mereka kuat.

Ramai lelaki terbiasa menahan sakit. Bahu tegang dibiarkan. Pinggang lenguh dianggap biasa. Betis berat selepas bekerja terus dipaksa berjalan. Kepala serabut disenyapkan. Lama-kelamaan, tubuh mula memberi isyarat yang lebih jelas. Tidur tidak lena, badan cepat letih, otot keras, emosi mudah panas, dan diri rasa kurang bertenaga. Di sinilah urutan boleh menjadi salah satu cara untuk membantu tubuh kembali rasa ringan dan selesa.

Urutan tradisional Melayu biasanya memberi perhatian kepada bahagian badan yang sering menyimpan kepenatan seperti bahu, tengkuk, belakang, pinggang, kaki dan betis. Tekanan tangan dilakukan secara berperingkat mengikut keselesaan pelanggan. Ada urutan yang ringan untuk melegakan lenguh harian, dan ada juga urutan yang lebih mendalam menggunakan minyak panas serta tekanan urat tradisional. Pendekatannya bukan kasar tanpa tujuan, tetapi berhati-hati, beradab dan memahami keperluan tubuh.

Suasana rumah pokok memberi nilai tambahan kepada pengalaman ini. Apabila seseorang lelaki berada dalam ruang yang tenang, dikelilingi bahan semula jadi, bau minyak herba, cahaya lembut dan bunyi alam, tubuh lebih mudah masuk ke mod rehat. Kadang-kadang yang letih bukan otot sahaja, tetapi fikiran yang terlalu lama berjaga. Alam membantu tubuh memperlahankan rentak. Macam enjin lama yang akhirnya dapat servis dengan penuh hormat, bukan dipaksa terus memanjat bukit.

Pakej A, Ringan Badan, sesuai untuk lelaki yang mahukan urutan ringkas tetapi fokus. Dengan tempoh 45 minit pada harga RM60, pakej ini memberi tumpuan kepada bahu, tengkuk, belakang dan pinggang. Ia sesuai untuk mereka yang banyak duduk di meja kerja, memandu jauh, atau rasa badan mula berat di bahagian atas.

Pakej B, Pulih Letih, mengambil masa 60 minit dengan harga RM80. Pakej ini sesuai untuk lelaki yang mengalami lenguh kerja, otot tegang dan badan yang terasa letih secara keseluruhan. Urutannya lebih menyeluruh tetapi masih ringan, sesuai untuk mereka yang mahu badan rasa lebih lega tanpa tekanan yang terlalu kuat.

Pakej C, Lelaki Aktif, berdurasi 75 minit dengan harga RM100. Fokusnya ialah kaki, betis, pinggang dan bahu. Pakej ini sangat sesuai untuk lelaki yang aktif bergerak, bersukan, hiking, bekerja di lapangan, berdiri lama, atau banyak menggunakan tenaga fizikal. Kaki dan betis selalunya menjadi tempat tersimpan letih yang tidak banyak mengadu, tetapi sangat terasa apabila badan mula perlahan.

Pakej D, Tradisi Melayu, berdurasi 90 minit dengan harga RM130. Pakej ini menawarkan urutan full body bersama minyak panas dan tekanan urat tradisional. Ia sesuai untuk mereka yang mahukan pengalaman urutan Melayu yang lebih lengkap, lebih mendalam dan lebih terasa unsur warisannya. Minyak panas membantu memberi rasa hangat dan selesa, manakala tekanan tradisional memberi rasa lega pada bahagian tubuh yang tegang.

Pakej E, Ayah Rehat, ialah pakej paling panjang dengan tempoh 120 minit pada harga RM170. Pakej ini juga merangkumi full body, minyak panas dan tekanan urat tradisional. Ia sesuai untuk ayah, suami, pekerja kuat, pemandu jauh, atau mana-mana lelaki yang sudah terlalu lama memberi tenaga kepada orang lain tetapi jarang memberi ruang rehat kepada dirinya sendiri. Dua jam ini bukan kemewahan kosong, tetapi masa untuk tubuh kembali bernafas.

Sebelum berurut, pelanggan digalakkan memaklumkan kepada tukang urut jika mempunyai kecederaan lama, sakit tertentu, masalah tulang, tekanan darah tinggi, demam, luka, penyakit kulit, atau baru menjalani pembedahan. Ini penting supaya sesi urutan dapat dilakukan dengan lebih selamat dan sesuai dengan keadaan tubuh. Urutan tradisional boleh membantu rasa lega dan relaks, tetapi ia bukan pengganti rawatan doktor untuk masalah kesihatan yang serius.

Warisan Urutan Melayu Lelaki di Butik Roti Maria mengangkat satu mesej yang mudah tetapi penting: lelaki juga berhak berehat. Rehat bukan tanda lemah. Rehat ialah cara tubuh mengumpul semula tenaga. Dalam dunia yang selalu meminta lelaki menjadi kuat, kadang-kadang perkara paling kuat yang boleh dilakukan ialah berhenti sekejap, tarik nafas, dan beri ruang kepada tubuh untuk pulih.

Datanglah bukan hanya untuk diurut, tetapi untuk mendengar tubuh sendiri. Di dalam rumah pokok, dalam suasana kampung yang damai, urutan tradisional Melayu ini menjadi satu perjalanan kecil untuk kembali ringan, kembali tenang, dan kembali kepada warisan.

Warisan Urutan Melayu Lelaki 🌿
Urut di dalam rumah pokok
Butik Roti Maria

Rawat badan, tenangkan jiwa, warisi tradisi.

Want your restaurant to be the top-listed Restaurant in Nilai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address

Butik Roti Maria, Lot 2861, Roti Maria, Kampung Sungai Mahang
Nilai
71800

Opening Hours

Wednesday 11:00 - 19:00
Thursday 11:00 - 19:00
Saturday 11:00 - 19:00
Sunday 11:00 - 19:00