Sahabat FAQEH USIM
Kelab ini ditubuhkan untuk mengenengahkan kemahiran berdakwah kepada golongan istimewa sebagai nilai tambah (value added) kepada graduan universiti. Prof.
Kelab Sahabat FAQEH@USIM dilancarkan penubuhannya pada 1 April 2015 oleh Dekan anjuran Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), YBhg. Madya Dr. Adnan Mohamed Yusoff. Kelab ini turut mendapat sokongan dan kerjasama Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak Istimewa (juga dikenali sebagai Yayasan FAQEH) bagi menganjurkan latihan pengukuhan kemahiran berdakwah dan progr
04/06/2026
โจ Jom Sertai Sesi Perkongsian Istimewa! โจ
Bagaimana para sahabat Nabi yang diuji dengan keterbatasan tetap menjadi insan luar biasa di sisi Allah? Bagaimana ibadah haji dapat dilaksanakan dengan penuh makna oleh komuniti OKU Penglihatan?
Temui jawapannya dalam sesi perkongsian:
๐ Insan Istimewa: Meneladani Sahabat Nabi dan Ibadah Haji
๐ Jumaat, 5 Jun 2026
โฐ 4.45 petang
๐ Rebuplika Merah, Pavilion MAPIM, WTC Kuala Lumpur
๐ค Moderator:
PM Dr. Noornajihan Jaafar
๐ฅ Panel:
โข PM Dr. Nurul Asiah Fasehah Muhammad
(Penulis Buku 40 Sahabat Nabi yang OKU)
โข Dr. Mohd Nur Adzam Rasdi
(Penulis Buku Panduan Ibadat Haji Mesra OKU Penglihatan)
๐ค Perkhidmatan Jurubahasa Isyarat Malaysia disediakan.
Jangan lepaskan peluang mengikuti perkongsian yang sarat dengan pengajaran, inspirasi dan hikmah.
Jumpa anda di sana!
27/05/2026
10 Zulhijah merupakan tarikh yang sangat penting bagi umat Islam kerana terkandungnya kisah pengorbanan dan ketaatan Nabi Ibrahim A.S. serta anaknya, Nabi Ismail A.S. dalam melaksanakan perintah Allah SWT dengan penuh keikhlasan. Selain itu, bulan Zulhijah juga merupakan bulan yang penuh keberkatan, di mana umat Islam digalakkan memperbanyakkan amal ibadah dan memohon keampunan daripada Allah SWT.
Hari Raya Aidiladha bukan sahaja mengajar tentang ibadah korban melalui penyembelihan haiwan ternakan, malah turut mendidik umat Islam untuk berkorban dari sudut perasaan, masa, tenaga dan fikiran demi kebaikan serta kesejahteraan bersama. Semangat pengorbanan ini juga dapat diterapkan dalam menyantuni komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penuh kasih sayang, hormat dan keprihatinan agar mereka turut merasai keberkatan serta kemeriahan Aidiladha dalam suasana yang harmoni dan inklusif.
Allah SWT berfirman:
ููุตูููู ููุฑูุจูููู ููุงููุญูุฑู
Maksudnya: Oleh itu, dirikanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan laksanakanlah ibadah korban.
(Surah Al-Kauthar, ayat 2)
Aidiladha bukan sekadar perayaan, malah menjadi medan untuk umat Islam menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan, ketaatan serta kasih sayang sesama insan. Semangat ini turut mengajar masyarakat agar sentiasa prihatin dan saling membantu tanpa mengira latar belakang termasuklah dalam menyantuni komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penuh hormat, empati dan kasih sayang.๐
Melalui sambutan Aidiladha, marilah kita bersama-sama memperkukuhkan semangat kebersamaan dan memastikan golongan OKU turut merasai kegembiraan serta kemeriahan Hari Raya Aidiladha dalam suasana yang inklusif dan penuh keberkatan. ๐คโจ
______________________________________
SEKRETARIAT SAHABAT FAQEH,
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
26/05/2026
Hari Arafah kembali lagi membawa seribu rahmat dan peluang keampunan yang tidak patut kita lepaskan. Bagi kita yang tidak berpeluang menunaikan haji, marilah bersama-sama menghidupkan hari yang mulia ini dengan menunaikan ibadah Puasa Sunat Arafah serta memperbanyakkan doa bersungguh-sungguh terutamanya menjelang waktu berbuka.
Semoga dengan keikhlasan kita berpuasa pada hari tersebut, Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita bagi setahun yang lalu dan setahun yang akan datang sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis sahih:
ุตูููุงู
ู ููููู
ู ุนูุฑูููุฉู ุฃูุญูุชูุณูุจู ุนูููู ุงูููููู ุฃููู ูููููููุฑู ุงูุณููููุฉู ุงูููุชูู ููุจููููู ููุงูุณููููุฉู ุงูููุชูู ุจูุนูุฏููู
"Puasa pada hari Arafah, aku berharap kepada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang."
(Hadis Riwayat Muslim)
Semoga Hari Arafah ini menyatukan hati kita semua dalam rahmat-Nya dan menjadi asbab untuk kita melangkah ke syurga Allah bersama-sama. Selamat merebut ganjaran di Hari Arafah.
_____________________________________
SEKRETARIAT SAHABAT FAQEH,
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
16/05/2026
๐น โจ SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2026โจ ๐น
Hari Guru disambut sebagai tanda penghargaan kepada seluruh insan pendidik yang banyak berjasa dalam menyebarkan ilmu dan membentuk generasi berakhlak mulia. Penghargaan istimewa juga buat guru-guru yang sabar mendidik anak-anak istimewa serta terus istiqamah menyampaikan dakwah kepada komuniti OKU dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan.
Rasulullah SAW bersabda:
โBarangsiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu maka dia akan mendapat pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkannya sedikitpunโ (Riwayat Ibnu Majah, no.236)
(Hadis Riwayat al-Bukhari
Islam mengangkat darjat orang yang menyampaikan ilmu kerana setiap ilmu yang diajarkan dan dimanfaatkan akan menjadi amal yang berterusan. Dakwah dan pendidikan kepada Komuniti OKU juga merupakan suatu usaha mulia dalam memastikan setiap insan berpeluang untuk memahami agama, merasai kasih sayang dan keindahan Islam tanpa dipinggirkan.
Semoga Allah SWT memberkati setiap ilmu yang dicurahkan, mengurniakan kesihatan dan kekuatan kepada para pendidik serta menjadikan segala usaha mereka sebagai saham kebaikan di dunia dan akhirat. ๐คฒ๐ป
โโโโโโโโโโโโโโโโโ-
SEKRETARIAT SAHABAT FAQEH,
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Tangan yang memberi, jiwa yang tenang. Alhamdulillah untuk peluang dapat berbakti pada hari ini ๐ค
Biar penat, asal Lillah๐ช๐ป
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Website
Address
71800