ASB Consultancy - CIPAA Expert
CIPAA (Adjudication) | QS | Mediator | Proffesional Technologists
29/05/2026
Berita Gembira di Hari Arafah!
Mendapat perkhabaran kes kami dengan suatu Keputusan Adjudikasi di mana klien kami MENANG TOTAL melawan satu Agensi ini.
Mereka menang kes CIPAA berserta kos hampir 5juta! Semua isu-isu dan “head of claim” memihak kepada kontraktor dan sebahagian besar adalah isu LAD yang dikenakan dan EOT.
Syukur dan Tahniah kepada mereka.
Selamat Hari Raya AIdiladha 1447H
Khalas.
Sham Baharin
MRICS|MRISM|CQS|Adjudicator|Mediator |P.Tech
Tekan link ini https://wa.link/2v3kgp konsultasi tuntutan bayaran melalui Akta CIPAA
20/05/2026
Kerja Dah Siap, Tapi Bayaran 'Sangkut'? Jangan Biarkan Aliran Tunai Anda Terjejas! 🏗️💸
Adakah anda kontraktor kecil yang sering berdepan dengan kelewatan pembayaran, alasan "duit belum masuk", atau margin keuntungan yang dipotong sesuka hati?
Ketahuilah hak anda melalui CIPAA 2012.
CIPAA adalah "senjata" utama kontraktor untuk mendapatkan bayaran yang adil dan pantas tanpa perlu menunggu bertahun-tahun di mahkamah.
Kenapa Anda Perlu Tahu Tentang CIPAA?
✅ Proses Pantas: Selesaikan pertikaian bayaran melalui adjudikasi dalam masa yang singkat.
✅ Hapus "Pay-When-Paid": Tiada lagi alasan "tunggu bos bayar baru kami bayar". Hak anda dilindungi undang-undang!
✅ Aliran Tunai Terjamin: Dapatkan bayaran yang sepatutnya untuk hasil kerja titik peluh anda.
✅ Sesuai untuk Semua: Melindungi subkontraktor dan kontraktor kecil dalam kontrak pembinaan bertulis.
Jangan biarkan syarikat besar mengawal masa depan bisnes anda. Faham hak anda, lindungi perniagaan
Khalas.
Sham Baharin,
MRICS| MRISM| MCIArb| MMIArb| CQS| P.Tech| Adjudicator| Mediator
Tekan link ini https://wa.link/2v3kgp konsultasi tuntutan bayaran melalui Akta CIPAA 2012
17/05/2026
KONTRAK DAH DAPAT, TAPI UNTUNG SANGKUT SEBAB ISU BAYARAN?
RM5.5 bilion nilai kontrak telah diagihkan dalam rantaian bekalan infrastruktur negara. Namun, bagi vendor, kontraktor, dan pembekal bahan binaan, cabaran terbesar bukanlah mendapatkan projek—tetapi memastikan aliran tunai (cash flow) berjalan lancar.
Jangan biarkan tuntutan bayaran kemajuan (progress claims) anda tertangguh atau disekat oleh klausa “pay-when-paid” yang tidak sah di sisi undang-undang.
Lindungi Hak Anda dengan CIPAA 2012:
Tuntutan Pantas: Dapatkan keputusan adjudication yang sah dan boleh dikuatkuasakan dalam tempoh singkat tanpa perlu melalui mahkamah yang lama.
Sekatan Klausa Bersyarat: Di bawah Seksyen 28 CIPAA, kontraktor utama tidak boleh menahan bayaran anda atas alasan mereka belum menerima bayaran daripada pihak atasan.
Liputan Meluas: Merangkumi kerja-kerja sivil, pembekalan bahan binaan, sehinggakan pengurusan fasiliti bertulis.
Pastikan Aliran Tunai Projek Anda Selamat.
Ketahui bagaimana Akta Mesra Kontraktor ini boleh melindungi perniagaan anda daripada risiko kredit dan kelewatan bayaran.
Hubungi pakar perunding CIPAA kami hari ini untuk semakan dokumen kontrak dan strategi tuntutan anda!
Sham Baharin,
MRICS| MRISM| MCIArb| MMIArb| CQS| P.Tech| Adjudicator| Mediator
Tekan link ini https://wa.link/2v3kgp konsultasi tuntutan bayaran melalui Akta CIPAA 2012
https://www.thestar.com.my/starpicks/2026/05/13/uem-group-awarded-rm55bil-contracts-to-bumi-vendors
UEM GROUP AWARDED RM5.5BIL CONTRACTS TO BUMI VENDORS KUALA LUMPUR: UEM Group Berhad (UEM Group) and its subsidiaries today recorded over RM5.5bil in procurement spending that was awarded to Bumiputera vendors and suppliers between 2023 and 2025.
15/05/2026
Realiti Industri & Impak Aliran Tunai
Laporan industri mendedahkan lebih 1,000 kontraktor Bumiputera terpaksa menamatkan operasi akibat kenaikan kos bahan binaan sehingga 40% dan persaingan sengit tender. Dalam ekosistem yang mencabar ini, kegagalan menerima bayaran kemajuan (progress payment) daripada pemilik projek atau kontraktor utama merupakan faktor utama yang melumpuhkan kecairan modal syarikat.
Sebagai pemain industri, anda tidak boleh membiarkan ketidakpatuhan kontrak menjejaskan kelangsungan perniagaan anda. Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 (CIPAA 2012) menyediakan remedi perundangan khusus untuk menyelesaikan pertikaian pembayaran ini secara efisien.
Kelebihan Strategik CIPAA 2012 untuk Kontraktor
• Penyelesaian Pantas: Proses adjudikasi diselesaikan dalam tempoh beberapa bulan, jauh lebih efisien berbanding litigasi mahkamah tradisional.
• Keberkesanan Kos: Mengurangkan kos perundangan dan overhed pengurusan pertikaian, menjadikannya penyelesaian yang mampan untuk kontraktor G1-G7. (konsultan, pembekal binaan juga termasuk)
• Keperluan Dokumentasi Minimum: Tuntutan boleh dikemukakan berdasarkan dokumen interim, invois, pesanan kerja (PO), atau bukti bertulis penyiapan kerja.
• Penguatkuasaan Undang-Undang: Keputusan adjudikasi mempunyai kuasa mengikat yang membolehkan tindakan penggantungan kerja atau tuntutan bayaran terus daripada pemilik projek.
Khalas.
Sham Baharin
MRICS|MRISM|CQS|Adjudicator|Mediator |P.Tech
Tekan link ini https://wa.link/2v3kgp konsultasi tuntutan bayaran melalui Akta CIPAA
https://www.kosmo.com.my/2026/05/14/1000-kontraktor-bumiputera-pencen-awal/
1,000 kontraktor Bumiputera 'pencen awal' SHAH ALAM – Lebih 1,000 kontraktor Bumiputera Kelas F di seluruh negara terpaksa 'pencen awal' daripada dunia pembinaan sejak lima tahun lalu akibat kekurangan projek dan peningkatan mendadak kos bahan binaan.
12/05/2026
CIPAA: Masih relevan?
Melihat paten bilangan kes CIPAA yang didaftarkan secara rasmi di Asian International Arbitration Centre (AIAC) amat menggalakkan, lebih-lebih lagi bagi tempoh pasca covid 19.
Setelah mencapai jumlah kes tertinggi pada 2019 (816 kes), jumlah kes telah merudum sehingga ke paras 500 purata kes tahunan bagi tempoh 2020 – 2023.
Namun, pada tahun 2024, kes naik mendadak melebihi paras 600 dan dijangkakan pada tahun 2025 yang lalu, kes CIPAA akan mengikut trend menaik ini.
Kesimp**annya, pemegang taruh dalam industri pembinaan dilihat lebih ‘bijak’ dalam memilih ‘gelanggang’ untuk menuntut pembayaran lalu memilih CIPAA sebagai alternatif selain arbitrasi atau mahkamah.
CIPAA juga adalah hak prerogatif setiap pemain industri pembinaan.
CIPAA, cepat, mudah dan murah!
Tepuk dada, tanya selera.
Khalas.
Sham Baharin
MRICS|MRISM|CQS|Adjudicator|Mediator |P.Tech
Tekan link ini https://wa.link/2v3kgp konsultasi tuntutan bayaran melalui Akta CIPAA
10/05/2026
Pentadbiran Kontrak 101: Kelambatan & Tambahan Masa (EOT)
Baru-baru sempat menyantuni pelajar akhir program sarjana muda Ukur Bahan universiti tempatan dalam satu sesi temu ramah hampir sejam juga!
Topik yang dibincangkan adalah isu EOT di mana persoalan timbul berkenaan time-bar bagi notis tambahan masa oleh kontraktor.
Jika disemak borang kontrak PAM, terdapat peruntukkan masa bagi kontraktor untuk membuat notifikasi atas kelewatan yang disebabkan oleh Relevant Events. Menurut PAM, kontraktor wajib membuat permohonan tuntutan tambahan masa secara bertulis dalam masa 28-hari bermula dari AI, CAI atau bermulanya Relevant Events.
Ini berbeza dengan borang JKR, yang dilihat lebih luxury dari segi masa untuk kontraktor membuat permohonan EOT kepada klien dengan ketiadaan time-bar yang spesifik. Oleh itu, ianya membuka kepada perdebatan apabila jangka-masa permohonan EOT menjadi disputable dengan penggunaan perkataan forthwith yang boleh mengundang pelbagai terjemahan dan kekeliruan. Natijahnya, hanya dengan perkataan forthwith ini membawa isu EOT menjadi sangat serius dan berakhir di mahkamah.
Menariknya, isu perkataan forthwith ini telah dibincangkan di mahkamah di mana mahkamah membuat keputusan bahawa perkataan ini membawa maksud segera atau tanpa berlengah-lengah. Namun, makna forthwith menjadi sangat subjektif mengikut fakta kes. (lihat ASM Develoment v Nam Sin).
Nak selamat, lekas-lekas tuntut EOT bila kontraktor merasakan terdapat events yang terjadi dan akan menjejaskan keseluruhan tempoh penyiapan projek.
Khalas.
Sham Baharin
MRICS|MRISM|CQS|Adjudicator|Mediator |P.Tech
Tekan link ini https://wa.link/2v3kgp konsultasi tuntutan bayaran melalui Akta CIPAA
Menghadiri majlis apresiasi SPM2025 di sini.
Rata-rata gembira dengan keputusan SPM 2025 dan sekalung tahniah!
Perasan juga ada projek pembinaan khususnya kerja-kerja tanah/infrastruktur awam yang sempat dirakam dek mata semasa perjalanan ke sini awal pagi tadi.
Nampak sunyi tapak pembinaan tanpa kedengaran bunyian mesin-mesin. Walaupun masa itu sudah menjengah pukul 9 pagi.
Ini barangkali disebabkan harga disel yang tidak stabil..Allahualam.
Semak kontrak dan buatlah sesuatu supaya kita dapat mengekang kerugian yang lebih teruk, mutual termination misalnya…atau minta VOP!
Khalas.
Sham Baharin,
MRICS| MRISM| MCIArb| MMIArb| CQS| P.Tech| Adjudicator| Mediator
Tekan link ini https://wa.link/2v3kgp konsultasi tuntutan bayaran melalui Akta CIPAA 2012
06/05/2026
Pentadbiran Kontrak 101: CIPAA vs Arbitrasi
Hak untuk menggunakan arbitrasi adalah bersifat kontraktual di mana ianya tertakluk kepada kontrak bertulis yang telah dipersetujui kedua-dua pihak, sama ada ianya mempunyai klausa yang memperuntukkan arbitrasi sebagai dispute resolution.
Jika tiada, pihak yang berkontrak hendaklah memasuki suatu Perjanjian Arbitrasi bagi membolehkan prosiding ini dimulakan.
Namun begitu, berbeza dengan CIPAA yang mempunyai Hak Statutori, iaitu, hak yang diberi oleh undang-undang dan ianya hak bagi menuntut bayaran melalui adjudikasi (CIPAA) yang diberikan secara automatik oleh Akta CIPAA 2012.
Walaupun di dalam kontrak pembinaan tiada sebarang klausa yang membenarkan proses adjudikasi, prosiding CIPAA tetap boleh dimulakan kerana ia adalah "hak statutori" (hak undang-undang). Undang-undang mengatasi apa yang tertulis (atau tidak tertulis) dalam suatu kontrak.
Khalas.
Sham Baharin
MRICS|MRISM|CQS|Adjudicator|Mediator |P.Tech
Tekan link ini https://wa.link/2v3kgp konsultasi tuntutan bayaran melalui Akta CIPAA
01/05/2026
Pentadbiran Kontrak 101: Arbitrasi (Timbang Tara)
Menjadi lumrah dalam sesebuah projek pembinaan akan ada perbalahan dan pertikaian di antara klien dan kontraktor.
Ini disebabkan oleh sifat industri pembinaan itu sendiri yang kompleks dan dinamik; cepat dan berubah-ubah.
Jadi, pihak yang berkontrak jangan terus ‘melatah’ dan terus ke mahkamah untuk mendapat keadilan.
Semak kontrak bertulis, sebagai contoh Borang Kontrak JKR, ada diperuntukkan arbitrasi sebagai platform penyelesaian pertikaian.
Pun begitu, menurut Borang Kontrak JKR ini, sebelum apa-apa pertikaian dibawa ke meja arbitrasi, pihak penuntut hendaklah merujuk kepada Pegawai yang diberi kuasa untuk membuat keputusan atas sesuatu pertikaian itu.
Jika pihak penuntut tidak puas hati dengan keputusan Pegawai tadi, barulah mengangkat isu ini ke arbitrasi..
Natijah kepada ketidakpatuhan klausa arbitrasi ini, jika terus ke mahkamah, pihak penuntut akan diarahkan berpatah balik dan memulakan prosiding arbitrasi.
Khalas.
Sham Baharin
MRICS|MRISM|CQS|Adjudicator|Mediator |P.Tech
Tekan link ini https://wa.link/2v3kgp konsultasi tuntutan bayaran melalui Akta CIPAA
28/04/2026
Pentadbiran Kontrak 101: Mutual Termination
Amat memedihkan apabila kontraktor mahupun klien tidak “larat” untuk meneruskan projek lantaran isu kenaikan harga yang meroket.
Melihat kepada amalan normal di dalam industri pembinaan terutamanya kontrak diantara kontraktor dan subkontraktor, peruntukkan untuk “mutual termination” hampir tidak wujud, menjadikan subkontraktor terpaksa “lari malam” supaya kerugian tidak bertambah teruk!
Bagi borang kontrak JKR p**a, ada dinyatakan berkenaan “mutual termination” ini, namun kuasa untuk “activate” terletak di tangan klien dan bukan kontraktor.
Justeru, bagi mencapai kata sepakat, sangat pragmatik untuk kontraktor dan klien sama-sama duduk semeja dan membuat “mutual termination” secara suci hati supaya penyelesaian dibuat secara win-win.
Ambil dari pokok enau,
Banyak berat hati nan risau.
Laba sama kita dirasa,
S**a duka sama ditanggung
Khalas.
Sham Baharin
MRICS|MRISM|CQS|Adjudicator|Mediator |P.Tech
Tekan link ini https://wa.link/2v3kgp konsultasi tuntutan bayaran melalui Akta CIPAA
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Bandar Enstek
Nilai
71760