My Qmie Shop

My Qmie Shop

Share

'QMie Party House', or now known as Qmie custom t-shirt Shop. Cater any design you would love to add

menjual pelbagai barangan party, barangan yang dapat di sediakan, tidak fokus kepada sesuatu barangan sahaja, akan tetapi pelbagai barangan yang di sediakan dengan harga yang berpatutan..

04/03/2026

Aku paling benci hari hujan.

Sebab setiap kali hujan turun, aku teringat malam terakhir dengan ayah.

Malam tu elektrik terputus. Rumah gelap. Hanya cahaya lilin atas meja makan. Ayah duduk diam, batuknya makin kerap sejak kebelakangan ni.

Aku marah.

“Ayah ni degil! Dah sakit pun nak kerja lagi. Nak jadi hero sampai bila?”

Ayah tak jawab. Dia cuma senyum nipis.

Esok paginya, aku keluar rumah tanpa salam. Ego. Penat. Malu kawan-kawan ejek ayah cuma kerja buruh.

Petang tu hujan lebat.

Telefon aku berbunyi.

Motor kapcai ayah terbabas. Jalan licin.

Aku sampai hospital, ayah dah tak sedarkan diri. Tangan dia sejuk… tapi masih genggam sesuatu.

Sekeping sampul surat.

Atas nama aku.

Dalam tu ada duit simpanan bertahun-tahun. Rupanya ayah kerja lebih masa sebab nak bayarkan yuran universiti aku. Dia tak pernah bagitahu.

Di belakang sampul, ada tulisan tangan ayah:

“Maaf ayah tak mampu bagi lebih. Ayah cuma tak nak kau rasa susah macam ayah rasa dulu.”

Aku terduduk.

Orang yang aku malu nak mengaku sebagai ayah…
sebenarnya sedang bertarung diam-diam untuk masa depan aku.

Sekarang setiap kali hujan turun, aku bukan lagi dengar bunyi atap zink.

Aku dengar suara ayah yang tak sempat aku jawab dengan baik.

Kalau masih ada peluang untuk minta maaf pada orang tua… jangan tunggu hujan turun dulu.

Siapa yang pernah rasa menyesal selepas semuanya terlambat?
Komen “AL-FATIHAH”.

04/03/2026

“Ayah pernah cakap, kalau suatu hari nanti rumah ni kosong… jangan jual.”

Rumah papan tu tak besar mana. Dinding pun dah senget sikit. Bila hujan, bunyi atap zink macam orang tabuh kompang.

Tapi dekat situlah kami 6 beradik membesar.

Setiap pagi, ayah akan keluar sebelum Subuh. Bunyi motor kapcai dia jadi alarm semula jadi kami. Balik petang, baju penuh peluh, tangan hitam sebab kerja kilang.

Aku pernah tanya,
“Ayah tak penat ke?”

Dia senyum je.
“Penat tu biasa. Asalkan kamu semua tak rasa susah.”

Tahun lepas, rumah tu sunyi.

Motor kapcai dah tak berbunyi.
Kerusi plastik tempat ayah duduk minum kopi masih ada… tapi kosong.

Minggu lepas ada orang datang nak beli tanah. Harga boleh tahan tinggi. Cukup untuk renovate rumah batu, beli kereta baru.

Tapi masa berdiri depan pintu kayu tu, aku teringat suara ayah.

“Kalau suatu hari nanti rumah ni kosong… jangan jual. Biar jadi tempat kamu balik ingat asal.”

Air mata jatuh tanpa sedar.

Rumah tu mungkin buruk di mata orang.
Tapi di situlah pengorbanan seorang ayah dibina satu demi satu.

Kalau ayah kau masih ada… peluk dia hari ni.

Kalau dah tak ada… sedekahkan Al-Fatihah.

Siapa masih ada rumah lama penuh kenangan macam ni?
Komen “MASIH” ❤️

Photos from My Qmie Shop's post 21/03/2022

Jom singgah, pilih Tempahan istimewa di hujung jari saja😊 bagi design sis buat kn..

Photos from My Qmie Shop's post 21/03/2022

Jom tempah design istimewa 😍

Photos from My Qmie Shop's post 21/03/2022

Assalamualaikum Salam bersiaran..
Lama takda post apa di sini.
Thn 2022 March ni kami tukar page ni utk Tempahan custom t-shirt utk kata-kata khas / apa design boleh minta sy design kn..
Min order 1 helai pun kami terima..
Sudilah kekal bersama like page kami ya tq..

04/07/2018

Open order for bunting/ banner / any customized stickers..

Photos from My Qmie Shop's post 21/12/2017

berminat utk tempah paperbag & goodies boleh komen di bwh design..

21/10/2017

PROMOSI 80 SEn SHJ SEPAKET!!
MIN 30 PAKET SHJ..

21/09/2017

Cuti2 ni open semula order pes mee bandung muar & kuih bakar.. penghantaran sekitar Muar & Sg rambai

Photos 10/03/2017

we are selling a lot of thing.. please stay tuned for more info.. thank you..

Want your business to be the top-listed Shop in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Jalan Bakri
Muar
84000