SMKA Maahad Muar - Rasmi

SMKA Maahad Muar - Rasmi

Share

Laman Rasmi SMKA Maahad Muar
Sekolah Kluster Kecemerlangan | Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)

Photos from SMKA Maahad Muar - Rasmi's post 13/06/2026

KEPUTUSAN KEJOHANAN TENPIN BOWLING 2026 🎳

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar SMKA Maahad Muar atas kejayaan yang diraih dalam Kejohanan Tenpin Bowling 2026.

πŸ₯ˆ Naib Johan Perempuan Bawah 18 Tahun (B-18)
Amirah Zahirah binti Abd Rahman

🎳 Tempat Ke-6 Lelaki Bawah 15 Tahun (B-15)
Ahmad Umair Ziqry bin Md Razif

Kejayaan ini membuktikan bahawa dengan usaha gigih, disiplin serta semangat juang yang tinggi, para pelajar mampu menyerlah bukan sahaja dalam bidang akademik malah turut cemerlang dalam arena sukan.

Lebih membanggakan, kedua-dua pelajar ini akan meneruskan cabaran dalam Acara Final Master bagi pemilihan untuk mewakili daerah Muar ke peringkat Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ).

Semoga diberikan ketenangan, keyakinan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi saingan seterusnya. Warga SMKA Maahad Muar sentiasa mendoakan agar mereka terus melakar kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah serta daerah Muar di pentas yang lebih tinggi.

Photos from SMKA Maahad Muar - Rasmi's post 12/06/2026

PENGHANTARAN PELUPUSAN AL-QURAN

πŸ—“οΈ Tarikh: 12 Jun 2026
πŸ“ Tempat: Masjid Sultan Ibrahim, Muar

Dengan penuh rasa tanggungjawab dan hormat terhadap kesucian kalamullah, pihak sekolah telah melaksanakan proses penghantaran naskhah Al-Quran yang telah uzur dan rosak ke Masjid Sultan Ibrahim, Muar untuk tujuan pelupusan mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh syarak.

Usaha ini merupakan satu amanah dalam memastikan ayat-ayat suci Al-Quran dipelihara kemuliaannya walaupun naskhah tersebut tidak lagi sesuai digunakan. Ia juga mendidik masyarakat agar lebih cakna tentang adab terhadap Al-Quran, daripada cara membacanya sehinggalah kepada pengurusannya apabila telah uzur.

Semoga usaha yang kecil ini menjadi asbab bertambahnya rasa mahabbah kita terhadap Al-Quran, menghidupkan budaya memuliakan kalam Ilahi dalam kehidupan seharian serta menyemai kesedaran bahawa Al-Quran bukan sekadar untuk disimpan, tetapi dibaca, difahami dan diamalkan.

Mudah-mudahan Allah SWT menerima amal ini sebagai ibadah, mengurniakan keberkatan kepada semua pihak yang terlibat, serta menjadikan generasi kita generasi yang sentiasa mendampingi Al-Quran sebagai panduan hidup menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat.

12/06/2026

πŸ“’ EDISI KHAS T-SHIRT IZDAN 2026πŸ“’

Assalamualaikum semua peminat setia IZDAN ! 🌟🫢🏻

Jom sertai pre-order eksklusif untuk T-Shirt IZDAN kali ini! 😍 Tempahan baju Izdan ini khas untuk peminat peminat IZDANπŸ₯°

πŸ›οΈ Harga:
β–ͺ️ RM45 (KANAK-KANAK POLO COLLAR)
β–ͺ️ RM50 (POLO COLLAR)
β–ͺ️ RM60 (MUSLIMAH) 4XL - 7XL perlu tambah RM5.00 8XL keatas perlu tambah RM10.00

HARGA POSTAGE ADALAH SEBANYAK *RM8.00* dan proses postage adalah SELEPAS MQNKSS kebangsaan iaitu pada 29 Jun 2026

Isi link di bawah untuk pre-order :
https://forms.gle/JztrgJkQELnvx8N38

Atau Terus scan QR code yang tertera di poster.

Pembayaran boleh dilakukan di akaun :
CIMB BANK BERHAD
7600595487
FAHRUL RADZI BIN MOHAMAD DAUD

Sila upload bukti pembayaran di ruangan yang disediakan. Terima kasih.

πŸ’₯ Pre-order ditutup pada 13 JUN 2026, 11.59pm. Jangan lepaskan peluang ini!

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan :
Amir - 011-36200434

Photos from SMKA Maahad Muar - Rasmi's post 12/06/2026

🌟 JOM MERIAHKAN KARNIVAL KOPERASI SMKA MAAHAD MUAR 2026! 🌟

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda sempena Karnival Koperasi SMKA Maahad Muar! Ayuh hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk memeriahkan suasana dengan pelbagai pengisian yang menyeronokkan serta mengeratkan ukhuwah warga sekolah.

🎯 Antara aktiviti yang disediakan:

🎲 Permainan Tradisional
πŸ“… 12 – 14 Jun 2026
πŸ“ Galeri Kecemerlangan

Kembalikan nostalgia dan hayati keunikan warisan bangsa melalui pelbagai permainan tradisional seperti congkak, gasing, batu seremban dan banyak lagi. Warisan kita, keseronokan bersama!

πŸ°πŸ”« Supa D**a & Blaster Gun
πŸ“… 13 – 14 Jun 2026
πŸ“ Dataran Mawaddah

Rasai pengalaman penuh aksi dan keceriaan bersama permainan istana belon, giant slide serta blaster gun. Sesuai untuk semua yang ingin melompat, bergelak ketawa dan mencipta kenangan indah bersama sahabat.

πŸ‘•βš–οΈ Lelong Baju
πŸ“… 12 – 14 Jun 2026
πŸ“ Dataran Al-Hidayah

Dapatkan pelbagai pilihan pakaian berkualiti pada harga yang sangat berpatutan. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memiliki barangan menarik dengan tawaran istimewa!

πŸ•’ Waktu Operasi Lelong Baju:
β–ͺ️ 12 Jun 2026 : 3.00 petang – 11.00 malam
β–ͺ️ 13 Jun 2026 : 7.30 pagi – 11.00 malam
β–ͺ️ 14 Jun 2026 : 7.30 pagi – 12.30 tengah hari

Tujuan penganjuran:
β€’ Menghidupkan budaya permainan tradisional dalam kalangan generasi muda.
β€’ Menyediakan ruang rekreasi yang sihat dan menyeronokkan kepada warga sekolah.
β€’ Memupuk semangat kerjasama, perpaduan dan ukhuwwah dalam komuniti SMKA Maahad Muar.
β€’ Menyokong aktiviti keusahawanan koperasi melalui program yang bermanfaat.

Semoga penganjuran program ini mendapat sambutan yang meriah daripada seluruh warga SMKA Maahad Muar serta masyarakat setempat. Diharapkan setiap aktiviti yang dijalankan mampu mencetuskan kegembiraan, mengeratkan silaturahim dan meninggalkan kenangan manis buat semua yang hadir.

πŸŽ‰ MAIN BERSAMA, ERATKAN JIWA!
Jumpa anda di sana. Jangan lupa ajak keluarga dan rakan-rakan untuk turut memeriahkan karnival ini!

Photos from SMKA Maahad Muar - Rasmi's post 12/06/2026

LAWATAN MUHIBBAH SK SERI REJO SARI, BATU PAHAT KE SMKA MAAHAD MUAR

πŸ“… 11 Jun 2026 (Khamis)

Alhamdulillah, SMKA Maahad Muar berbesar hati menerima kunjungan 40 orang murid dan 4 orang guru daripada SK Seri Rejo Sari, Batu Pahat dalam satu program Lawatan Muhibbah yang berlangsung dengan penuh ceria dan bermakna.

Lawatan ini membuka ruang kepada para murid untuk mengenali lebih dekat suasana pembelajaran, kemudahan serta budaya kecemerlangan yang diamalkan di SMKA Maahad Muar. Selain menambah pengetahuan, program ini turut mengeratkan silaturahim dan memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua institusi pendidikan.

Terima kasih atas kesudian warga SK Seri Rejo Sari berkunjung ke SMKA Maahad Muar. Semoga lawatan ini memberikan pengalaman yang bermanfaat serta menjadi kenangan indah buat semua peserta.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua guru, warga sekolah dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

"Jalinan ukhuwah, pemangkin kecemerlangan."

Photos from SMKA Maahad Muar - Rasmi's post 11/06/2026

KEJOHANAN BOLA SEPAK B18 MSSD MUAR 2026

πŸ“ SMK Pagoh Perdana
πŸ—“οΈ 9 – 11 Jun 2026

Perjalanan Pasukan Bola Sepak Maahad Muar B18 dalam Kejohanan Bola Sepak B18 MSSD Muar 2026 berakhir di peringkat Suku Akhir.

Walaupun langkah terhenti di peringkat ini, seluruh warga sekolah tetap berbangga dengan semangat juang, disiplin dan komitmen tinggi yang telah dipamerkan oleh para pemain sepanjang kejohanan berlangsung. Setiap pengalaman yang diperoleh akan menjadi bekalan berharga untuk terus melakar kejayaan pada masa akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada para pemain, barisan jurulatih, pengurusan pasukan, guru-guru, ibu bapa serta semua penyokong yang sentiasa memberikan sokongan, doa dan semangat kepada pasukan.

Kalah menang adalah adat pertandingan, namun semangat juang yang ditunjukkan adalah kemenangan yang sebenar.

πŸ’ͺ Terus melangkah, terus berusaha dan bangkit lebih kuat pada masa hadapan.

Tahniah dan syabas Pasukan Bola Sepak Maahad Muar B18! ⚽πŸ”₯

11/06/2026

πŸ₯‹βœ¨ ANDA DIJEMPUT MEMERIAHKAN TAEKWON-DO ITF JOHOR CHAMPIONSHIP 2026! ✨πŸ₯‹

Suasana penuh semangat, sorakan yang membangkitkan jiwa, dan aksi para atlet yang mengagumkan β€” itulah yang menanti anda di Taekwon-Do ITF Johor Championship 2026!

Sama ada anda peminat sukan, ibu bapa, bekas atlet atau masyarakat setempat, kami menjemput anda untuk hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi menyaksikan bakat-bakat terbaik Taekwon-Do ITF beraksi di gelanggang.

πŸ† Saksikan semangat juang para atlet muda dan dewasa
πŸ₯‹ Hayati nilai disiplin, hormat dan ketabahan yang menjadi teras Taekwon-Do
πŸ‘ Berikan sokongan dan sorakan kepada para peserta yang bertanding
🀝 Eratkan ukhuwah dalam suasana sukan yang positif dan meriah

πŸ“… 13 – 14 Jun 2026
πŸ“ SMKA Maahad Muar, Johor

Setiap kehadiran anda membawa makna yang besar buat para atlet. Ayuh bersama-sama menjadi sebahagian daripada kejohanan yang bukan sahaja meraikan kemenangan, tetapi juga semangat persahabatan, keberanian dan kecemerlangan.

πŸ”₯ Jumpa anda di SMKA Maahad Muar! Mari gegarkan gelanggang dengan semangat Johor yang luar biasa!

πŸ₯‹πŸ…βœ¨

11/06/2026

πŸ“’ Makluman Kepada Ibu Bapa dan Masyarakat Setempat

Sempena Hari Keusahawanan SMKA Maahad Muar 2026, pihak sekolah dengan sukacitanya menjemput semua ibu bapa serta masyarakat setempat untuk hadir memeriahkan program yang akan berlangsung pada:

πŸ“… 13 Jun 2026 (Sabtu)
πŸ•™ 10.00 pagi – 6.00 petang

πŸ“… 14 Jun 2026 (Ahad)
πŸ•— 8.00 pagi – 12.30 tengah hari

βœ… Ibu bapa dan masyarakat setempat dibenarkan berada di dalam kawasan sekolah sepanjang program berlangsung bagi mengunjungi gerai jualan, pameran serta aktiviti yang disediakan.
βœ… ibubapa boleh berada diperkarangan sekolah sehingga pukul 6.00 petang hari ahad
(outing keluar tidak dibenarkan)

πŸ“ Tempat: Dataran Al-Hidayah, Dataran Mawaddah dan Galeri Kecemerlangan, SMKA Maahad Muar.

11/06/2026

πŸ“’ HEBAHAN RASMI HARI KEUSAHAWANAN SMKA MAAHAD MUAR 2026 πŸ“’

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

🌟 Warga SMKA Maahad Muar serta masyarakat setempat dijemput hadir memeriahkan Hari Keusahawanan SMKA Maahad Muar 2026 yang akan berlangsung selama 3 hari dengan pelbagai aktiviti menarik untuk semua lapisan masyarakat.

πŸ“ Tempat: Dataran Al-Hidayah & Dataran Mawaddah, SMKA Maahad Muar.

✨ Pelbagai hadiah menarik menanti para pengunjung serta peluang mendapatkan maklumat pendidikan, kesihatan dan kerjaya daripada institusi yang terlibat.

Mari beramai-ramai memeriahkan program ini sambil menyokong usahawan muda SMKA Maahad Muar.

β€œSOKONG USAHAWAN, BINA MASA DEPAN!”

πŸ“£ Jumpa anda pada 12, 13 dan 14 Jun 2026 di SMKA Maahad Muar! πŸŽ‰πŸ₯³

Photos from SMKA Maahad Muar - Rasmi's post 11/06/2026

PENYERTAAN SMKA MAAHAD MUAR DALAM INTERNATIONAL RESEARCH & INNOVATION SYMPOSIUM COMPETITION (RISE) 2026

Pada 10 Jun 2026 (Rabu), SMKA Maahad Muar telah menyertai International Research & Innovation Symposium Competition (RISE) 2026 anjuran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang berlangsung di **Dewan Sultan Ibrahim, UTHM Batu Pahat.

Penyertaan kali ini melibatkan 5 kumpulan guru dan 1 kumpulan pelajar yang mengetengahkan pelbagai idea inovasi merangkumi pendigitalan pendidikan, pengurusan hafazan, kesejahteraan murid dan inovasi berasaskan komuniti.

Antara inovasi yang dibentangkan ialah:

1️⃣ MyTMUA: A Data-Driven Decision Support System for Quranic Memorization Management
(Ustaz Azizi dan pasukan)

2️⃣ Pendigitalan Sistem Outing Pelajar
(Ustaz Hazwan dan Cikgu Riduan)

3️⃣ Smart RMQ: Imbas dan Dengar Qiraat
(Ustazah Jannah dan pasukan)

4️⃣ Misi Hissan: Membina Disiplin dan Konsistensi Hafazan
(Ustazah Amira dan pasukan)

5️⃣ Haid Tracker EduKit: Inovasi Pemantauan Kitaran Haid Berasaskan Integrasi Fiqh Wanita, Disiplin Ibadah dan Kesihatan Pelajar
(Ustazah Aisyah dan pasukan)

6️⃣ Inovasi Kitar Semula Melon Kepada Jem Melon
(Pasukan Pelajar)

Penyertaan ini membuktikan komitmen SMKA Maahad Muar dalam membudayakan penyelidikan dan inovasi sebagai sebahagian daripada ekosistem pendidikan sekolah. Pendekatan yang diketengahkan bukan sahaja menyelesaikan isu sebenar di lapangan, malah memperlihatkan keupayaan warga sekolah mengintegrasikan teknologi, data dan kreativiti dalam memperkasakan pendidikan.

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat atas usaha, komitmen dan semangat membawa nama SMKA Maahad Muar ke pentas inovasi antarabangsa.

---

Want your school to be the top-listed School/college in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


SMKA Maahad Muar, Jalan Joned
Muar
84000