ARC MUAR

ARC MUAR

Share

Minat motor? S**a ride? s**a terlibat kerjaยฒ kebajikan? Jom sertai kami.
#RiadahUkhuwahDakwah

Photos from ARC MUAR's post 17/06/2026

๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™–๐™ข๐™—๐™ช๐™ฉ ๐™†๐™š๐™๐™–๐™™๐™ž๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™Š๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™…๐™–๐™ช๐™

Tengah hari tadi kami ARC MUAR menyambut kehadiran geng ARC Selangor yang turun ke bumi Muar sebelum meneruskan perjalanan ke Mersing.

Tak sah kalau turun Muar tak kene Asam Pedas. So makan tengah hari siang tadi di Asam Pedas Abun Pt Kassim. Antara port geng bikers juga di Pt Jawa ni tiap kali hujung minggu tiba.

Selepas solat & rehat, perjalanan diteruskan ke Mersing, seterusnya ke Pantai Timur. Selamat jalan semua. Moga dipermudahkan segala urusan mereka Insha'Allah. Jangan serik turun Muo.

Photos from ARC MUAR's post 17/06/2026

๐‘๐ข๐š๐๐š๐ก ๐…๐ฎ๐ญ๐ฌ๐š๐ฅ ๐๐ž๐ฆ๐ฎ๐๐š ๐๐€๐’ ๐Œ๐ฎ๐š๐ซ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐€๐ง๐š๐ค ๐Œ๐ฎ๐๐š ๐Œ๐ฎ๐š๐ซ โšฝ

Semalam Pemuda PAS Muar turun beriadah Futsal bersama-sama anak muda sekitar Muar. Dimulakan dengan Zikir Mathurat, kemudian kami menerima kehadiran Al Fadhil Ustaz Mohamad Anuar Hayan Al-Hafiz selaku Timbalan YDP PAS Kawasan Muar dan memberikan ruang kepada beliau untuk memberikan sedikit Tazkirah bersempena menyambut Awal Muharram 1448H.

Banyak perkara yang dikongsikan khususnya peringatan bila melangkah ke tahun baru ini dari sudut ibadahnya perlu ditingkatkan kualitinya.

Seterusnya masing - masing melepaskan gian merembat bola. Maklumlah ditengah - tengah kehangatan kempen Piala Dunia ni semangat lain macam. Tak sedar dah terlajak waktu sampai jam 12.15.

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan program Futsal malam tadi. Selamat Menyambut Tahun Baru 1448H.

Photos from ARC MUAR's post 16/06/2026

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH

Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1448H bersamaan 1 Muharram 1448H, marilah sama-sama kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan awal tahun baru Islam dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.

๐Ÿคฒ Doa Akhir Tahun Hijrah (1447H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1447H bersamaan 16 Jun 2026M.

๐Ÿคฒ Doa Awal Tahun Hijrah (1448H) p**a dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 16 Jun 2025M (Selasa) bersamaan 1 Muharram 1448H. Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas waktu maghrib.

Salam Maโ€™al Hijrah 1448H

Photos from ARC MUAR's post 14/06/2026

๐™Ž๐™š๐™ ๐™ž๐™ฉ๐™–๐™ง ๐™†๐™ค๐™ฃ๐™ซ๐™ค๐™ž ๐˜ผ๐™๐˜พ ๐™™๐™ž ๐˜ฟ๐™๐™‰ ๐™‹๐™ฉ ๐™”๐™–๐™–๐™ฃ๐™ž ๐Ÿ๏ธ

ARC MUAR bersama-sama dengan lebih kurang 40 buah motor menyertai Konvoi Motosikal malam tadi yang bermula dari PASTI As - Syafie 3 Bandar Putera Indah menuju ke Markaz PAS Cawangan Pt Yaani.

Tahniah atas penganjuran Ceramah Umum sempena Himpunan Jentera Pilihanraya peringkat Cawangan Pt Yaani PAS Sri Gading.

Dalam masa sama ARC Johor turut mengambil peluang untuk mengadakan mesyuarat bagi 1 program besar peringkat ARC Malaysia yang akan dijalankan di Johor akan datang. Nantikan... Khususnya buat geng bikers.

Photos from ARC MUAR's post 13/06/2026

๐™‹๐™ง๐™ค๐™œ๐™ง๐™–๐™ข ๐™‚๐™ค๐™ฉ๐™ค๐™ฃ๐™œ-๐™ง๐™ค๐™ฎ๐™ค๐™ฃ๐™œ ๐™…๐˜ผ๐™ˆ ๐™ˆ๐™ช๐™–๐™ง (๐˜ผ๐˜ฟ4๐˜พ)

Siang tadi Jabatan Amal Malaysia - Kawasan Muar telah mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekitar Pusat Aktiviti Warga Emas Muar (PAWE Muar).

Selesai gotong-royong di PAWE Muar, kami meneruskan Operasi Clean & Clear di Madrasah Tahfizul Quran Kampung Kelantan yang baru-baru ini dilanda banjir.

Alhamdulillah dengan 15 orang kekuatan anggota, gotong-royong yang bermula jam 9.00 pagi dapat diselesaikan sekitar jam 1.00 petang di dua lokasi berasingan.

Terima kasih kepada semua anggota yang turun bertugas. Turut hadir YDP PAS Kawasan Muar Hj Abdul Aziz Bin Talib. Walaupun masih belum pulih sepenuhnya kesihatan beliau, namun tetap semangat turun bersama-sama anggota JAM Muar.

Photos from ARC MUAR's post 12/06/2026

ARC MUAR Teh Tarik Session malam ni... Walaupun sedang demam PRN, Alhamdulillah kita kekal tenang. ๐Ÿ˜Ž

Photos from ARC MUAR's post 12/06/2026

*๐Ÿ—ณ๏ธ DANA KESUGA SRITI AR-RIDZUAN 2026*

ุจุณู… ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…
ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Kami amat menghargai sumbangan yang diberikan, sama ada secara tunai atau melalui transaksi, untuk membantu pihak sekolah dalam menampung kos berikut :

1) *Pengurusan & Kelolaan Acara*
- Menampung kos urusan perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan program bagi memastikan perjalanan acara berlangsung dengan lancar, teratur dan selamat.

2) *Makan & Minum Peserta*
- Untuk memastikan keselesaan para peserta dengan menyediakan makanan dan minuman yang mencukupi bagi mereka.

3) *Peralatan s**an & Teknikal*
- Pembelian dan penyediaan alat-alat s**an yang diperlukan untuk aktiviti yang dirancang.

4) *Hadiah, Pingat & Sijil*
- Penyediaan hadiah, pingat dan sijil penghargaan sebagai tanda pengiktirafan kepada para pemenang, peserta serta individu yang terlibat dalam menjayakan program ini.

๐Ÿ”ด Jumlah yang diperlukan untuk merealisasikan program ini adalah : RM 3000.00

Sumbangan daripada anda boleh dibuat melalui akaun sekolah berikut:

1๏ธโƒฃ Bank: Maybank
2๏ธโƒฃ Penerima: Akademi Sriti Muar
3๏ธโƒฃ Nombor Akaun: 5510 4353 9790

Kami doakan semoga Allah memberkati anda dan keluarga serta memudahkan segala urusan anda. Jazakumullah khairan atas sumbangan anda yang tidak ternilai. Segala sumbangan anda amat dihargai dan dijadikan jumlah yang sangat penting untuk menjayakan program ini.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

๐Ÿ“ž Ustaz Ali Hakim, GPK Kokurikulum di 017-703 3950
๐Ÿ“ž Ustaz Irfan, Mudir di 011-12269291

Photos from ARC MUAR's post 10/06/2026

๐†๐จ๐ญ๐จ๐ง๐  - ๐ซ๐จ๐ฒ๐จ๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐š๐ฉ๐š๐ง ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐†๐ž๐ซ๐š๐ค

Malam tadi Jentera Pemuda berkesempatan mengadakan gotong-royong persiapan Bilik Gerakan bagi menghadapi PRN Johor tak lama lagi.

Terima kasih kepada semua sahabat yang hadir membantu.

06/06/2026

Mantap Pemuda Kedah ๐Ÿ๏ธ๐Ÿ‘

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Jalan Temenggong Ahmad
Muar
84150