DOSM FC
dosm
WE ARE THE CHAMPIONS!!!!!! 🔥🏆
TODAY 13 SEPTEMBER 2025
TARIKH KERAMAT YANG AKAN DIUKIR DALAM SEJARAH DOSM HQ.
Keputusan Penuh:
DOSM HQ 0 – 0 DOSM UTARA
Sepakan Penalti: 4 – 3
Akhirnya… selesai sudah perlawanan akhir yang ditunggu-tunggu. Bukan sekadar perlawanan, tetapi medan perjuangan, pentas maruah, dan gelanggang impian. Dalam debaran yang menggigit jiwa, impian untuk bergelar juara hampir terkubur. Namun, seperti “pahlawan terakhir yang tidak gentar menentang badai,” sepakan penentu yang diambil oleh Kapten Pasukan menjadi noktah kemenangan yang menggegar jiwa. DOSM HQ kini bergelar JUARA BOLA SEPAK SUKAN STATISTIK KEBANGSAAN 2025!
Syabas dan tahniah kepada semua pemain yang telah memberikan 110% komitmen, dari titik peluh di padang, wang ringgit yang dikorbankan, masa yang dicuri dari keluarga, hingga tenaga yang dicurahkan tanpa jemu. Anda bukan sekadar bermain bola, anda semua menulis sejarah.
Tidak dilupakan, kejayaan ini adalah hadiah buat sahabat kita yang tidak dapat bersama kerana kecederaan dan penggantungan. “Walau jasad tidak di padang, semangatmu tetap berlari bersama kami.”
Akhir kata, saya mewakili seluruh pasukan dan pengurusan memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang kejohanan. Semoga ukhwah yang terjalin terus kukuh seperti akar yang mencengkam bumi.
Play as a team HQ!!! Boleh.. Boleh.. Boleh.. Anda Buat, Anda Dapat!
14/09/2025
FINAL DAY!!!!
13 SEPTEMBER 2025
Sukan Statistik Kebangsaan (SSK) 2025
DOSM HQ vs DOSM UTARA
Perlawanan yang dinantikan setelah hampir sebulan menunggu.. kini tiba masanya untuk menentukan siapa bakal JUARA ibu segala pingat dalam Sukan Statistik Kebangsaan 2025.
Semangat final tanpa kehadiran beberapa tonggak pemain dari DOSM HQ seperti Shahrul nizam (shiekh), Mohd Noor Hafidz (Papis) yg injured teruk serta Khuzai mengalami pengantungan perlawanan.
Play as a team HQ!!!!! Boleh.. Boleh.. Boleh...
18/08/2025
Throwback perlawanan tumpuan antara DOSM ALL STARS vs LEGENDS SARAWAK selepas majlis perasmian di Stadium Sarawak. Pemain DOSM ALL STARS diwakili dri Zon Utara, Zon Tengah, Zon Timur, Zon Selata, Zon Borneo dan Ibu Pejabat dan diketuai oleh Kapten Pasukan DSKP sendiri.. Pengalaman berharga yg tidak dpt dilupakan kerana dpt bermain bersama dgn Pemain Sarawak mahupun Malaysia. Well done to all player 💪💪💪
18/08/2025
Selesai sudah perjalanan team Dosm HQ dalam Sarawak Sports Carnival di bumi kenyalang dgn harapan yg tinggi akhirnya tercapai juga matlamatnya..Terima kasih kepada semua pemain dan team pengurusan yy memberikan komitmen yg begitu tinggi demi mencapai sasaran pasukan. Tetapi perjalanan belum berakhir lg kerana ada lagi 1 peringkat yg harus diharungi sebelum bergelar juara. NEXT Road to Pagoh bulan September 2025
21/06/2025
CALL UP!!! untuk pemain warisan pada kejohonan minggu lepas di stadium keramat malaysia. Terima kasih diatas panggilan saat akhir. Biar gambar berbicara dgn aksi yg santai²...hehehee
Throwback game last week!!!
Ribuan terima kasih di atas jemputan tersebut. Beberapa wakil pemain dari DOSM FC telah menyertai untuk pasukan Kementerian Ekonomi selaku tuan rumah. Tahun ni kita amik balik kejuaraan tersebut, setelah gagal pada 2 tahun lepas.
12/06/2025
Minggu ini kita sambung lagi dgn perlawanan persahabatan dgn keadaan cuaca yg panas terik. Pertembungan bersama antara Dosm fc vs Kementerian Ekonomi demi mengeratkan silaturahim bersama. keputusan perlawanan berpihak kepada pasukan Dosm fc.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pemain yg hadir pd petang ini dan sentiasa memberi komitmen yg tggi kpd pasukan serta mengekalkan tempoh permainan seperti biasa. Well done guys see you soon next game 👍👍💪💪
29/05/2025
Selepas berehat panjang petang ini kita sambung balik dengan perlawanan persahabatan di antara DOSM FC vs MAFS(KPKM) di Padang Pancarona. Rata² pemain masih mengekalkan tahap kecergasan serta tempoh permainan dalam perlawanan td.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Muar