Keadilan Muar
Parti Keadilan Rakyat
Cabang Muar
Johor
22/04/2025
Melihat satu posting,Ia satu tuduhan berat yg tidak berasas Dan tiada bukti,adakah tujuan posting ini mahu meghuru harakan keharmonian rakyat Malaysia yg hidop aman damai
12/04/2025
Bila Pemilihan Cabang Muar?
Macam mane nak undi ?
Cara-cara mengundi seperti tertera digambar bawah.
Sila mengikuti cara-cara mengundi dan jangan lupa undi pada:
:- 20hb April 2025( Ahad)
:- 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Jangan lupa pilih Calon Ketua Cabang MUAR No 2
(NAIM JUSRI)
30/03/2025
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Daun dianyam makin tersimpul,
Gulai di dapur terlebih santan,
Sanak saudara riuh berkumpul,
Sambut lebaran penuh kesyukuran.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. ‘Minnal Aidin Wal Faizin’.
Semoga Syawal ini membawa kegembiraan, keberkatan, dan kesejahteraan kepada semua. Maaf Zahir dan Batin.
Dengan ingatan tulus iklhas,
Parti Keadilan Rakyat Cabang Muar
18/03/2025
Pengarah JKOM Berbuka Puasa di Masjid Sulaimaniah, Muar
Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Dato' Ismail bin Yusof, menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Sulaimaniah, Parit Pinang Seribu, Muar. Kehadirannya disambut mesra oleh jemaah setempat.
06/03/2025
Muar, 6 Mac – Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) PKR Muar telah dirasmikan oleh Bendahari MPN, Sdr Subramani, dalam satu majlis bermakna. Mesyuarat turut menekankan usaha memperkukuh parti dan memperkemas gerak kerja di Parlimen Muar.
28/02/2025
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN 2025 DARI Cabang Muar
Alhamdulillah, bulan yang penuh keberkatan kembali menyapa kita. Ramadan bukan hanya tentang menahan lapar dan dahaga, tetapi juga masa untuk memperkukuh keimanan, meningkatkan kesabaran, dan memperbanyak amal kebajikan.
Semoga Ramadan kali ini membawa ketenangan, keberkatan, dan kekuatan untuk terus berkhidmat kepada agama dan masyarakat
Selamat Berpuasa!
26/02/2025
Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Muar (MATC) 2025 yang akan diadakan seperti berikut:
📅 Tarikh: 6 / MAC / 2025
(Khamis)
⏰ Masa: 5 Petang
🏨 Tempat: Dewan Balairaya kampung kenangan
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/U43xqo1SfeP4BShE8
18/02/2025
MUAR, 18 Februari – Seramai 31 orang murid di Tadika Kemas Parit Sakai Laut, Jalan Joned, Muar, Johor menerima sumbangan alat tulis dalam program "Back to School" anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muar.
Program ini bertujuan membantu murid-murid yang memerlukan dalam persiapan awal persekolahan serta meringankan beban ibu bapa. Selain pemberian alat tulis, program ini turut disertai sesi motivasi ringkas untuk memberikan semangat kepada kanak-kanak sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan yang lebih mencabar.
Menurut wakil AMK Muar, inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyokong pendidikan awal kanak-kanak dan memastikan mereka mendapat keperluan asas pembelajaran. Pihak tadika dan ibu bapa turut menzahirkan penghargaan atas sumbangan serta keprihatinan yang diberikan kepada anak-anak mereka.
Program sebegini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar di sekitar Muar.
16/02/2025
Taklimat Setiausaha Agong Pemilihan Parti keadilan Rakyat
14/02/2025
MUAR – Persatuan Kompang Jidor Sg Balang Kecil, yang telah wujud sejak 1975 dan kini memasuki usia 50 tahun, menerima sumbangan RM1,000 daripada Ketua Cabang Muar.
Persatuan ini dianggotai oleh 20 ahli dan telah diwarisi oleh tiga generasi. Diharapkan kesenian tradisional ini terus dipelihara untuk generasi akan datang.
10/02/2025
Program Sumbangan Kasih Johor diteruskan dengan KC Muar dan KB UMNO menyampaikan bantuan kepada penduduk di Sg Balang Kecil. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban mereka yang memerlukan serta mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat.
10/02/2025
Selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu di Malaysia yang akan menyambut perayaan esok.
Marilah bersama kita mengukuh perpaduan dan persaudaraan sesama masyarakat dalam negara yang aman dan makmur.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Jalan Abdullah
Muar