Derma Organ Muar
Increasing Public Awareness on Organ and Tissue Donation.
13/08/2026
💚 SAMBUTAN HARI PENDERMAAN ORGAN SEDUNIA DI HPSF MUAR! 💚
Hari ini, 13 Ogos 2026, suasana di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar penuh dengan warna hijau!
Sempena Hari Pendermaan Organ Sedunia, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi menyemarakkan kesedaran pendermaan organ dalam kalangan warga hospital dan pengunjung:
✨ Seragam Tema Hijau & Lencana Khas — Seluruh warga kerja ceria mengenakan Baju Hijau serta Badge Khas Sambutan 13 Ogos sebagai simbol sokongan dan harapan.
✨ Sudut Derma Organ — Sudut maklumat di wad-wad telah dihias indah untuk memudahkan pengunjung mendapatkan info tepat mengenai pendermaan organ.
✨ Edaran 'Green Doll' Comel — Pengunjung HPSF, terutamanya kanak-kanak, gembira menerima Green Doll khas sebagai cenderahati mesra daripada kami! 🧸💚
✨ Kaunter Bimbingan MySejahtera — Sesi penerangan cara mendaftar sebagai penderma organ melalui aplikasi MySejahtera turut diberikan secara langsung kepada pengunjung dan staf.
Satu ikrar anda mampu memberikan sinar kehidupan baharu buat yang memerlukan.
Ayuh warga Muar, daftar sebagai penderma organ di MySejahtera hari ini!
Pancaran Cahaya Hijau di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar Sempena Hari Pendermaan Organ Sedunia 13 Ogos 2026
13/08/2026
13 Ogos memperingati Hari Pendermaan Organ Sedunia.
Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar menzahirkan sokongan penuh menerusi simbolik pencahayaan hijau di bangunan hospital.
Pencahayaan ini melambangkan:
✨ Harapan baharu buat pesakit kegagalan organ.
✨ Penghargaan setinggi-tingginya kepada para penderma & keluarga.
✨ Meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan pendermaan organ.
Daftar ikrar pendermaan anda dengan mudah menerusi aplikasi MySejahtera.
"Derma Organ: Hadiah Kehidupan Terindah."
25/07/2026
23/7/2026 | Orientasi Pendermaan Organ & Tisu
Hari ini, seramai 8 staf Unit Kejururawatan telah diberikan pendedahan dan orientasi khas mengenai kepentingan pendermaan organ dan tisu di Bilik Seminar Wad 9.
💡 Fakta Menarik:
Tahukah anda bahawa jantung yang didermakan hanya mampu bertahan di luar tubuh manusia selama 4 hingga 6 jam sahaja? Sebab itulah pengangkutan terpantas seperti helikopter sering digunakan untuk membawa jantung tersebut ke IJN bagi proses transplantasi!
Untuk makluman, pemindahan jantung merupakan satu-satunya kaedah rawatan terbaik untuk memberikan sinar kehidupan baharu kepada pesakit kegagalan jantung tahap akhir.
23/06/2026
23 Jun 2026
BRAIN DEATH WORKSHOP PERINGKAT HOSPITAL KLUSTER JOHOR UTARA 2026
Alhamdulillah, hari ini bertarikh 23 Jun 2026 (Selasa), Pasukan Perolehan Organ dan Tisu (TOP TEAM) Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar telah berjaya menganjurkan Brain Death Workshop bertempat di Dewan Saujana, HPSF.
Bengkel interaktif yang berimpak tinggi ini telah dihadiri oleh seramai 42 orang peserta merangkumi barisan Pakar, Pegawai Perubatan, dan anggota Paramedik daripada HPSF, Hospital Tangkak, dan Hospital Segamat.
Antara pengisian utama sepanjang bengkel ini termasuklah perkongsian New Update of Malaysian Brain Death Consensus 2024 oleh Dr. Suzaliatun binti Kasbolah (Pengerusi TOP TEAM & Pakar Anestesiologi HPSF), sesi Case Discussion on Brain Death oleh Dr. Tey Candy (Pakar Anestesiologi Hospital Segamat), serta sesi simulasi klinikal (Brain Death Test Simulation) yang dikendalikan oleh barisan pakar anestesiologi, pediatrik, dan pembedahan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan tertinggi HPSF, barisan penceramah, fasilitator, serta semua urusetia dan peserta yang memberikan komitmen luar biasa demi meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan keyakinan dalam pelaksanaan Ujian Mati Otak di peringkat hospital kluster.
"Derma Organ, Selamatkan Nyawa." ❤️
23/06/2026
16 Jun 2026
Derma Organ Muar berada di GiatMARA Ledang bersama pasukan Tabung Darah HPSF Muar.
Ramai pelajar nak tahu lebih lanjut mengenai pendermaan organ dan tisu di Malaysia. Melalui booth ini, mereka dapat bertanya secara langsung.
Tahukah anda? satu ikrar derma organ mampu menyelamatkan atau mengubah hidup sehingga 8 orang pesakit yang sedang bertarung nyawa.
Jom ikrar sekarang di Mysejahtera. Mudah sangat, tak sampai 2 minit! Kongsikan juga keputusan anda dengan keluarga tersayang ya.
Harapan
23/06/2026
12/06/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Muar
84000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Derma Organ Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.