Mariam Abdul Rashid
Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri N.42 Meru
26/10/2025
Demi kebaikan dan keselesaan anak anak SMK Meru.
Terima kasih kepada PMX melalui ICU dan pihak JKR yang banyak membantu.
24/10/2025
Lawatan tapak bersama agensi teknikal JKR dan Infrasel meninjau keadaan di persimpangan Jalan Cempaka yang pecah disebabkan kenderaan berat yang lebih had muatan sering lalu lalang di jalan ini.
InsyaAllah tindakan oleh JKR akan membaik pulih kerosakan jalan ini dalam tempoh tujuh hingga 14 hari.
Saya juga akan meminta JPJ mengadakan operasi di kawasan ini sekerap mungkin.
Untuk tindakan jangka panjang saya telah menulis surat kepada Pengarah JKR Negeri supaya diletak palang di persimpangan tersebut iaitu Jalan Paip ke persimpangan Jalan Cempaka dan saya turut memohon dibina bonggol bersama spead breaker bagi mengawal had laju kenderaan yang akan masuk ke persimpangan ini.
Turut hadir Pengerusi JPKK Kampong Meru En Hishamuddin Ismam.
20/10/2025
Selamat Menyabut Deepavali. “Cahaya MADANI , Sinar Perpaduan”
17/10/2025
Penyampaian sumbangan Deepavali bersama Syarikat Top Glove kepada penduduk Taman Mutiara Kapar.
17/10/2025
Menerima lawatan mengejut Pengarah ICU Selangor, Dato’ Khidir, di Pusat Pemindahan Sementara PPS di Dewan MBDK Meru yang menempatkan mangsa ribut yang berlaku di Meru kelmarin.
Mewakili PMX, saya diminta untuk menyampaikan bantuan segera iaitu wang tunai daripada Pejabat Perdana Menteri kepada 11 keluarga yang terjejas teruk yang berpindah di Pusat Pemindahan Sementara sejak kelmarin.
Saya turut mengiringi Pengarah ICU ke Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai yang terjejas iaitu salah sebuah kelas yang bumbungnya terbang termasuk Dewan terbuka sekolah juga terjejas teruk. Sedikit sumbangan wang tunai telah disampaikan kepada wakil PIBG untuk baik pulih segera bumbung yang rosak.
Keseluruhannya berdasarkan kepada mereka yang datang mengisi borang bantuan bencana daerah, dianggarkan lebih 100 buah rumah telah terjejas akibat ribut cuma yang berpindah hanya 12 keluarga sahaja.
Daripada bancian, kami sedang meneliti dan menilai permohonan dari beberapa keluarga untuk mendapat bantuan terutama baik pulih rumah dari beberapa agensi lagi.
Terima kasih kepada YAB PMX, Pengarah ICU, MBI, Pejabat Daerah, PDRM, APM, JKM, MBDK, Ahli Majlks N42A, JPKK Kg Meru, PWB DUN Meru, PeBS, Amanah Kawasan Kapar, sukarelawan dan kepada semua pihak yang turut sama membantu memudahkan pemindahan meringankan beban mangsa.
Semoga urusan pemulihan dan penyaluran bantuan kepada mangsa berjalan lancar.
16/10/2025
Sempena sambutan Perayaan Deepavali, saya mewakili PEKAWANIS telah menyampaikan sumbangan kasih kepada penerima-penerima dalam kalangan masyarakat India di sekitar Meru.
Program ini bertujuan menghargai semangat perpaduan dan keharmonian yang menjadi tunjang kehidupan bermasyarakat di DUN Meru.
Terima kasih kepada semua yang turut menjayakan inisiatif ini.
Semoga sambutan Deepavali kali ini membawa cahaya kebahagiaan dan kasih sayang buat semua.
15/10/2025
Semalam saya telah turun padang menziarahi dan menyantuni beberapa keluarga yang terjejas akibat ribut kencang yang melanda sebahagian kawasan Meru.
Kami turut menyalurkan bantuan awal dan meminta mangsa yang terjejas teruk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara PPS di Dewan MBDK Meru di samping meneliti keperluan mendesak penduduk bagi memastikan mereka mendapat sokongan segera daripada agensi berkaitan.
Terima kasih kepada semua pasukan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru, Pengerusi Pengurusan Bencana Daerah Klang Tuan Amri, MBDK, Ahli Majlis MBDK N42A Hj Halim Redzuan, JPKK Kampung Meru, JKM, APM, agensi keselamatan, dan sukarelawan yang turut bersama membantu.
Semoga semua mangsa diberikan ketabahan dan urusan pemulihan berjalan lancar.
Banyak rumah atau premis terlibat dengan ribut di Meru. Saya akan berhubung rapat dengan pihak agensi yang terlibat dengan bencana ini.
14/10/2025
Berkenaan Insiden yang Berlaku di Sebuah Sekolah di Kawasan Bandar Utama pada 14 Oktober 2025
14/10/2025
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata pihak polis telah mengesahkan bahawa tiada unsur perkauman dalam kejadian seorang pelajar lelaki menikam mati seorang pelajar perempuan tingkatan empat di sebuah sekolah di Bandar Utama pagi tadi.
Katanya, perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar yang memaklumkan bahawa pihak polis akan terus menyiasat elemen jenayah kes ini dan memaklumkan perkembangan kepada orang ramai.
“Saya telah berhubung dengan Ketua Polis Selangor yang mengesahkan bahawa pihak polis sedang menyiasat kes jenayah ini, dan dimaklumkan bahawa kes ini tidak melibatkan unsur perkauman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Berita penuh: https://mk.my/m3x2YcQ
Meru baru habis dilanda ribut yang kuat. Mohon pengguna jalanraya berhati hati. Banyak pokok tumbang di jalan.
13/10/2025
Amanah sasar maksimum tiga kerusi di PRN Sabah KOTA BHARU – Parti Amanah Negara (Amanah) menyasarkan untuk bertanding maksimum tiga kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, namun jumlah sebenar...
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Meru
41050