PERAK TV

PERAK TV

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PERAK TV, TV Channel, Persiaran Meru Raya 1, 30020 Ipoh, Negeri Perak, Meru.

10/06/2026

Kami akan cover perlawanan ini. Menarik untuk disaksikan.

FRIENDLY MATCH TIER 1
SUKMA PERAK 🆚 ASHBY ROVERS
📅 11 Jun 2026 (Khamis)
⏰ 5:00 Petang
📍 Kompleks Bola Sepak Perak, Chepor

Berikut merupakan senarai 20 pemain Ashby Rovers yang dipilih oleh ketua pasukan, Ahmad Beto, bagi menghadapi aksi perlawanan persahabatan menentang SUKMA Perak esok.

Kejor Ashby Kejor!

💙🤍

07/06/2026

Legasi Pak Saad diteruskan 🔥🔥🔥

31/05/2026

Nakal nampaknya Perak FA troll arsenal dalam diam 🤣

Photos from PERAK TV's post 31/12/2025

📸 Bulatan Sultan Azlan Shah dipenuhi lautan manusia malam ini sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2026.

Orang ramai membanjiri Bulatan Sultan Azlan Shah bagi menyaksikan pertunjukan bunga api serta persembahan artis popular Siti Nordiana dan Afiq Syazwan, sekali gus mencetuskan suasana penuh meriah di sekitar pusat bandar Ipoh.

Tag kawan kome yang ada dalam gambar ni!

| Part 2

Photos from PERAK TV's post 31/12/2025

📸 Bulatan Sultan Azlan Shah dipenuhi lautan manusia malam ini sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2026.

Orang ramai membanjiri Bulatan Sultan Azlan Shah bagi menyaksikan pertunjukan bunga api serta persembahan artis popular Siti Nordiana dan Afiq Syazwan, sekali gus mencetuskan suasana penuh meriah di sekitar pusat bandar Ipoh.

Tag kawan kome yang ada dalam gambar ni!

| Part 1

26/12/2025

TEGURAN DARIPADA IMAM MASJID AL-ANSAR MERU IMPIAN WAKTU SOLAT JUMAAT TADI ‼️

Buat pelajar-pelajar yang menyewa rumah di Meru Raya jangan bawa balik laki mahupun perempuan ke rumah tengah tengah malam ya. Pergerakan anda diperhatikan.

Photos from PERAK TV's post 21/12/2025

Lampu dinyalakan, tirai dibuka.
Satu episod baharu bola sepak kini bermula di Ipoh.

Semalam telah berlangsung perlawanan tiga penjuru melibatkan Lagenda Perak, Team Media dan MBI Dragon sempena upacara perasmian pembukaan Arena ADTEC Ipoh.

Arena ADTEC Ipoh merupakan padang turf komersial pertama di Ipoh yang dibuka untuk kegunaan umum. Sebelum ini, padang turf pertama di Ipoh terletak di Kompleks Bola Sepak Perak, Chepor, namun ia hanya digunakan oleh pasukan Perak FA dan tidak dibuka kepada orang awam.

Dalam aksi pembukaan tersebut, pasukan Lagenda Perak muncul juara apabila berjaya menewaskan Team Media dan MBI Dragon.

Kini, padang ini rasmi dibuka untuk tempahan.
Buat warga Ipoh, inilah pentasnya untuk kome beraksi dan berangan seolah-olah bermain di Old Trafford versi sendiri.

📸 Berikut merupakan antara aksi menarik yang berjaya dirakam oleh lensa kamera kami.

Photos from PERAK TV's post 27/11/2025

BELGIUM BANTEI MALAYSIA DI IPOH!

Malaysia menjadi mangsa ketajaman Belgium selepas tunduk 1–9 dalam aksi Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2025 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh petang semalam.

Belgium turun dengan barisan serangan terbaik mereka, termasuk bintang dunia dan pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020 serta juara dunia 2018, Tom Boon, yang menjadi nadi utama jentera serangan mereka.

Separuh masa pertama menyaksikan Malaysia ketinggalan 1–6 sebelum Belgium terus menambah tekanan pada babak kedua dengan tiga lagi jaringan untuk melengkapkan kemenangan 9–1.

Kekalahan ini sekali gus menutup peluang Malaysia untuk mara ke pentas final. Selepas ini, skuad negara akan berdepan Korea pada hari Sabtu, jam 6.00 petang, bagi memburu tiket ke perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

Photos from PERAK TV's post 27/11/2025

Antara wajah penyokong setia yang hadir memeriahkan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2025 yang berlangsung dari 23–30 November di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Petang tadi, pasukan negara terpaksa akur setelah tumpas 9–1 kepada Belgium, pasukan yang kini berada di ranking ketiga dunia. Namun semangat penyokong Speedy Tigers tetap padu! 💛🐅

Kalau kome nampak muka kawan dalam gambor ni, tag la diorang!

Want your business to be the top-listed Media Company in Meru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Persiaran Meru Raya 1, 30020 Ipoh, Negeri Perak
Meru
30020