Deltas Melaka

Deltas Melaka

Share

KELAB INI DIDAFTARKAN DI BAWAH ROS DENGAN NAMA KELAB KEBAJIKAN PEMINAT MEMANAH TRADISIONAL TOK LANGGAR SERKAM MELAKA (PPM-016-04-06022025)

Photos from Deltas Melaka's post 23/06/2025

Gambar perujian memanah bulanan tertutup Deltas

22 jun 2025

Photos from Deltas Melaka's post 23/06/2025

22 Jun 2025

Perujian Memanah bulanan tertutup Deltas.

Alhamdulillah penyertaan 29 ahli untuk bulan Jun. Terima kasih ahli Deltas yang sertai. Penambahan penyertaan ahli berbanding 2 bulan yang lepas. Alhamdulillah.

Tahniah PIC bulan Jun, Tuan pengerusi, Razif Yasak dan Yusuf Razif untuk kelolaan penganjuran bulan 5.

Perujian bulan Jun ini juga sebagai uji cuba target face Delanggar B yang insyaAllah bakal digunakan untuk Games Liga Memanah 18 meter tertutup Melaka Siri 2 yang akan datang.

Alhamdulillah penasihat kelab Abang Amir Hamzah Yasak dan Hanafi Samad juga turut sertai perujian ini.

Bersedia untuk perujian Deltas bulan 7 ye! 😁

Teruskan memanah.

Ingin menjadi ahli Deltas? klik link borang pendaftaran di bawah :

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe6PgHm_9-C8xmq9aymXNR6f93PIXpejsO7emOua1SDtw72mg/viewform?usp=header

Photos from Deltas Melaka's post 29/05/2025

18 mei 2025

Perujian Memanah bulanan tertutup Deltas.

Terima kasih ahli yang sertai. Penambahan ahli berbanding bulan April. Alhamdulillah.

Tahniah PIC bulan Mei, saudara Redha, Mr bendahari untuk penganjuran bulan 5.

Bersedia untuk perujian bulan 6 ye! 😁

Teruskan memanah.

Ingin menjadi ahli Deltas? klik link borang pendaftaran di bawah :

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe6PgHm_9-C8xmq9aymXNR6f93PIXpejsO7emOua1SDtw72mg/viewform?usp=header

Photos from Deltas Melaka's post 07/05/2025

Alhamdulillah bulan lepas 26 april, Perujian memanah tertutup Deltas Melaka berjalan lancar. Acara bulanan untuk ahli deltas.

Tahniah kepada pemenang. Bulan ni kita cuba lagi.

Terima kasih juga kepada penaja hadiah, ahli kelab yang menyumbang dan bergotong royong menjayakan program ini.

Photos from Deltas Melaka's post 10/02/2025

ALHAMDULILLAH, segala puji dan puja hanya untukMu ya ALLAH.

Akhirnya, selepas hampir setahun perbincangan dan juga cetusan idea penubuhan kelab secara rasmi diadakan, kelab Deltas dapat didaftarkan di bawah suruhanjaya pendaftaran pertubuhan (ROS). Nama kelab yang diluluskan ialah

KELAB KEBAJIKAN PEMINAT MEMANAH TRADISIONAL TOK LANGGAR SERKAM MELAKA
(PPM-016-04-06022025)

6 februari 2025 ialah tarikh keramat penubuhan kelab ini,

11 februari 2025 telah diadakan mesyuarat pertama AJK kelab di Pusat Memanah Tok Langgar, Serkam. Mesyuarat pertama ini telah didihadiri oleh 9 orang AJK, dan beberapa perkara telah dibincangkan dan dipersetujui. Selepas mesyuarat ditutup, dibuat mini games memanah lewat malam untuk yang hadir.

Diharap penubuhan kelab ini dapat mengimarahkan sukan sunnah memanah dan juga memberi ruang penganjuran program positif untuk penduduk Melaka khususnya.

-ADMIN-

14/10/2024

Allah.. Semoga dipermudahkanNya.

Lapang sasar De Langgar Serkam Kelab Memanah Tradisional De Langgar Serkam - Deltas tenggelam banjir awal pagi td.

Hujan lebat awal pagi dan air laut pasang tadi menyebabkan air sungai melimpah.

Mohon doa sahabat2 pemanah untuk ahli dan warga kampung yang terjejas.

Photos from Deltas Melaka's post 10/10/2024

GAMBAR - GAMBAR LIGA MEMANAH TRADISIONAL 18 METER TERTUTUP MELAKA 16/9.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Merlimau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Serkam Darat
Merlimau
77300

Opening Hours

Monday 08:00 - 19:00
Tuesday 08:00 - 19:00
Wednesday 08:00 - 19:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00
Saturday 08:00 - 19:00
Sunday 08:00 - 19:00