JPKK Sungai Rambai Utara
Berfungsi untuk membuat perancangan dan pelaksanaan projek/program di kampung disamping menggerakkan penglibatan komuniti setempat.
Menyalurkan sebarang permasalahan kepada pihak-pihak yang berkuasa berkaitan isu yang timbul di peringkat kampung.
13/06/2026
JPKK Sungai Rambai Utara diwakili oleh Sdr Mohammad Fiza selaku Setiausaha JPKK hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi Kejohanan Bola Tampar Liga Sukan Komuniti Daerah Jasin Tahun 2026.
Kejohanan yang berlangsung selama satu hari ini telah dianjurkan bersama oleh Sungai Rambai Volleyball Club (SRVC) dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jasin.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan didoakan agar dipermudahkan urusan bagi para pemenang yang akan mewakili daerah jasin ke peringkat Negeri Melaka.
07/06/2026
Sekitar Majlis Doa Selamat bersempena pembukaan Gerai Nasi Ayam Encik Taufik dan Puan Syazwani di Taman Sri Rambai Rumah Awam Sungai Rambai.
Untuk makluman, gerai tersebut merupakan salah satu Projek SeJATI MADANI JPKK Sungai Rambai Utara dan telah disewakan bagi pengoperasian gerai makan oleh Encik Taufik dan Puan Syazwani. JPKK Sungai Rambai Utara mendoakan agar perniagaan mereka akan terus berkembang dan diberkati. Selamat maju jaya.
02/06/2026
Selesai kerja-kerja baik pulih longkang di Pekan Sungai Rambai berhampiran lampu isyarat simpang Parit Putat.
Semoga sistem perparitan longkang yang telah dibaik pulih ini dapat mengelakkan daripada isu longkang tersumbat dan banjir kilat di sekitar Pekan Sungai Rambai.
Terima kasih pihak JKR dan Japerun Sungai Rambai atas keprihatinan ini.
01/06/2026
JPKK Sungai Rambai Utara terus komited menyantuni warga masyarakat yang mengalami masalah kesihatan tidak mengira umur dan kaum.
Baru-baru ini barisan JPKK Sungai Rambai Utara telah menziarahi dua buah rumah iaitu rumah Chua Ching Hook dan Tey Siew Wan yang mengalami masalah kesihatan atas faktor usia.
Sedikit sumbangan juga telah disampaikan daripada JPKK Sungai Rambai Utara dan diharapkan agar mereka akan segera sembuh dan dipermudahkan urusan.
29/05/2026
Kerja-kerja pemasangan longkang konkrit di Jalan Muar-Melaka sedang dilaksanakan oleh pihak JKR Melaka.
JPKK Sungai Rambai Utara mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JKR atas pelaksanaan kerja-kerja ini yang dapat memastikan sistem saliran menjadi lebih baik di kawasan Pekan Sungai Rambai.
Terima kasih juga kepada YB Datuk Siti Faizah Abd Azis, ADUN Sungai Rambai yang menyokong pelaksanaan kerja penyelenggaraan dan naik taraf tersebut.
28/05/2026
Pengerusi dan setiausaha JPKK Sungai Rambai Utara hadir ke perjumpaan bersama YB Datuk Siti Faizah Binti Abd Azis, ADUN Sungai Rambai bagi membincangkan gerak kerja dan persiapan beberapa program besar yang akan diadakan tidak lama lagi.
Antara program yang dibincangkan ialah Program WRUR (Wakil Rakyat Untuk Rakyat), Hello Komoditi dan Festival D’Bendang yang bakal memberi manfaat serta merancakkan lagi aktiviti bersama masyarakat setempat khususnya di Dun Sungai Rambai.
28/05/2026
JPKK Sungai Rambai Utara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih buat YB Datuk Siti Faizah Abd Azis, ADUN Sungai Rambai yang turun sendiri ke lapangan bagi meninjau aduan masyarakat yang telah dipanjangkan oleh pihak JPKK Sungai Rambai Utara berkenaan dengan sistem perparitan yang sudah lama tidak diselenggara.
Turut hadir bersama, agensi terlibat iaitu Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Jasin serta pemimpin komuniti di kawasan Sungai Rambai Utara.
Semoga dengan tinjauan yang dilakukan ini, dapat diambil tindakan segera bagi mengelakkan daripada isu banjir dan sebagainya.
28/05/2026
Sekitar pelaksanaan Program Gotong Royong di Kawasan Gelanggang Bola Tampar Sungai Rambai baru-baru ini.
JPKK Sungai Rambai Utara terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini. Dengan tenaga kerja yang melibatkan pihak Majlis Perbandaran Jasin, RELA Dun Sungai Rambai dan ahli Sungai Rambai Volleyball Club (SRVC), kawasan tersebut dapat dibersihkan bagi persediaan program anjuran Sungai Rambai Volleyball Club akan datang ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada YB Datuk Siti Faizah Datuk Abdul Azis, ADUN Sungai Rambai yang turut hadir menyerikan lagi gotong royong tersebut.
27/05/2026
Di kesempatan ini, JPKK Sungai Rambai Utara ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Semoga Aidiladha tahun ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua bersama.
27/05/2026
Ziarah Kasih JPKK Sungai Rambai Utara bersama YB Datuk Siti Faizah Abd Azis, ADUN Sungai Rambai yang diadakan baru-baru ini.
Dua rumah telah diziarahi iaitu rumah :-
1. Esah Binti Md Yasin (Uzur Terlantar)
2. Chua Ching Hook (Uzur Sakit Tua)
JPKK Sungai Rambai Utara mendoakan kesejahteraan buat mereka dan didoakan agar sentiasa dipermudahkan urusan mereka.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Japerun Sungai Rambai Melaka
Merlimau
77400