SRA JAIM Bandar Merlimau
Sekolah Rendah Agama JAIM Bandar Merlimau
05/04/2026
RIANG RIA RAYA 2026
1/4/2026
24/02/2026
Assalamualaikum W.B.T
๐ SALAM RAMADHAN KAREEM 1447H ๐
Daripada
SRA Jaim Bandar Merlimau
๐ข MAKLUMAN WAKTU PULANG SEPANJANG BULAN RAMADHAN
Dimaklumkan bahawa waktu pulang sekolah sepanjang bulan Ramadhan adalah berbeza daripada hari biasa seperti berikut:
๐ Isnin, Selasa, Khamis & Jumaat
๐ 2.30 petang โ 5.40 petang
๐ Hari Rabu (ralat)
โจ Tahap 1 : 2.30 โ 4.00 petang
โจ Tahap 2 : 4.00 โ 5.40 petang
(Perubahan masa ditambah 15 minit drp ketetapan asal)
Sebarang permasalahan atau pertanyaan,
boleh hubungi pihak sekolah. Terima kasih atas keperihatinan yang diberikan. Jazakallah Khair
11/02/2026
๐น Ahlan wa sahlan ya Ramadhan๐น
Alhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung dengan penuh barakah Program Ihyaโ Ramadhan โ Ramadhan Madrasah Akhlak yang menghimpunkan warga sekolah dalam suasana penuh penghayatan dan keinsafan.
๐ 11 Februari 2026 (Rabu)
โฐ 2.30 โ 4.30 petang
Ramadhan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi madrasah tarbiah jiwa โ mendidik sabar, membina akhlak, menyuburkan kasih sayang serta menguatkan hubungan dengan Allah SWT. ๐โจ
Semoga setiap pengisian hari ini menjadi asbab lahirnya hati-hati yang lebih tunduk, jiwa yang lebih bersih dan amal yang lebih ikhlas.
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Semoga kita semua diberi kekuatan untuk menghidupkannya dengan ibadah terbaik. ๐ค
Jazakumullahu khairan kathira ๐โค๏ธ
07/02/2026
๐๏ธ Motivasi Kepimpinan Dan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah Dan Ketua Kelas Sesi 2026๐
๐Hari: Rabu
๐Tarikh : 28/1/2026
โฐ Masa: 2.30-4.30 ptg
๐ Tempat: Dewan SRA JAIM Bandar Merlimau
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Ketua Kelas ini bertujuan memberi pengiktirafan dan amanah kepada murid yang terpilih untuk memikul tanggungjawab sebagai pemimpin murid.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan SM. Zainudin Bin Mohamad (Pegawai Penjara Dusun Datoโ Murad) atas kesudian berkongsi memberikan kesedaran impak jenayah, mendidik tentang disiplin, dan memberi amaran tentang kesan buruk tindakan salah laku. Perkongsian langsung ini amatlah membantu dalam meningkatkan kemahiran memimpin, memupuk semangat kerja berpasukan, serta memberi kefahaman mendalam mengenai skop tugas dan amanah.
Semoga pelantikan ini menjadi pembakar semangat untuk menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, disiplin dan integriti demi kecemerlangan ..๐
07/02/2026
Ucapan Selamat Berpindah buat guru paling dedikasi , Ustazah Nurul Huda binti Baroldin..
Warga SRA JAIM BANDAR MERLIMAU dengan hati yang berat, namun penuh doa dan harapan, ingin mengucapkan selamat berpindah ke sekolah Sra Jaim Sempang Baruh ..
Terima kasih atas segala jasa, komitmen, dan kasih sayang yang dicurahkan sepanjang bertugas di sekolah ini. Kenangan bersama Ustazah Huda akan sentiasa hidup dalam hati kami โ ketegasan yang mendidik, senyuman yang menenangkan, dan semangat seorang guru yang menjadi inspirasi.
Perpindahan ini bukanlah sebuah perpisahan, tetapi permulaan kepada lembaran baru yang lebih indah.
Semoga terus cemerlang di tempat baharu, diberi kekuatan dan kesihatan untuk terus menyemai ilmu dan kasih dalam dunia pendidikan.
Selamat bertugas di tempat baharu, Ustazah hudaโค๏ธ
Kami ,guru dan anak2 murid sentiasa mendoakan yang terbaik buat ustazah ..
"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi kenangan akan terus kekal dalam ingatan.โ
TERIMA KASIH USTAZAH ! Nurul Huda Mohd Baroldin
09/01/2026
Sekitar pembayaran yuran persekolahan bg thn 2026. T.kasih YDP srabm, en Amir Awang dan ibu ayah di atas komitmen yg tlh diberikan๐น
06/01/2026
Perpisahan ini bukan pengakhiran,
tetapi permulaan sebuah perjalanan.
Melangkahlah dengan ilmu dan adab,
semoga kejayaan sentiasa mengiringi langkah kalian. ๐ซ
18/12/2025
โจ JAMUAN AKHIR TAHUN โจ
๐ SRA JAIM Bandar Merlimau
๐
17 Disember 2025
Alhamdulillah, majlis jamuan akhir tahun berlangsung dalam suasana penuh ceria, ukhuwah dan kesyukuran. ๐ฝ๏ธ๐ธ
Terima kasih tidak terhingga kepada ibu ayah yang sudi berkongsi rezeki dan menyumbang dengan penuh keikhlasan buat anak-anak. Setiap juadah yang dibawa bukan sekadar hidangan, tetapi lambang kasih sayang, kebersamaan dan sokongan yang tidak ternilai.
Semoga segala kebaikan yang dicurahkan diganjari pahala berlipat ganda dan diberkati Allah SWT. ๐ค
ุฌูุฒูุงููู
ู ุงููููฐูู ุฎูููุฑูุง ููุซูููุฑูุง
Semoga ukhwah ini terus mekar dan diberkati.
18/12/2025
30/09/2025
SAMBUTAN MAULIDURRASUL ANJURAN SURAU AR RAHMAN, KG SOLOK KILANG BERAPI BARAT, MERLIMAU
28 SEPTEMBER 2025 ( AHAD )
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Address
Jalan Permatang Bukit 1
Merlimau
77300
Opening Hours
| Monday | 14:00 - 18:00 |
| Tuesday | 14:00 - 18:00 |
| Wednesday | 14:00 - 18:00 |
| Thursday | 14:00 - 18:00 |
| Friday | 14:00 - 18:00 |