Malaysia Rope Access Association
Malaysia Rope Access Association (MRAA): Reaching New Heights Safely. Welcome to the official page of the Malaysia Rope Access Association!
We are a professional organization dedicated to promoting safe and efficient rope access techniques across various industries in Malaysia. Stay connected with us to learn more about our initiatives, training programs, and industry updates. Join us as we reach new heights together! Our vision is to establish Malaysia as a leader in rope access safety, efficiency, and innovation. We strive to create
20/03/2026
Salam Aidilfitri 🙏🙏🙏😇😇
Seluruh warga MRAA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pelanggan, rakan strategik, dan seluruh umat Islam.
Semoga Syawal yang mulia ini membawa seribu makna — menyuburkan kasih sayang, menguatkan silaturrahim, dan menghadirkan keberkatan dalam setiap urusan kehidupan.
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan. Semoga hubungan yang terjalin terus utuh, dan masa hadapan kita dihiasi dengan lebih banyak kebaikan.
Ikhlas daripada MRAA
18/02/2026
🌙 Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam.
Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan, serta kesejahteraan kepada kita semua.
Ikhlas daripada,
MRAA 🤍
Dynoo Lateh
16/02/2026
🧧✨ Happy Chinese New Year 2026! 🐴
May this Lunar New Year bring you prosperity, happiness, good health, and continued success.
Thank you for your continued support and partnership.
Wishing you a year filled with new opportunities and greater achievements ahead.
Warm regards,
MRAA
09/02/2026
🚧 *NIOSH LAB TALK SERIES* 🚧
Stay Secured, Stay Safe: Getting to Know Fall Arrest Equipment
Nak tahu lebih lanjut tentang body harness & peralatan working at height?
Jom sertai sesi Lab Talk bersama pakar kami dan tingkatkan kefahaman keselamatan bekerja di tempat tinggi.
📅 Tarikh: 12 Februari 2026
🕥 Masa: 2.30 p.m.
📍 Lokasi:
Fall Protection Equipment Testing Laboratory (FPETL),
Bangunan Utama NIOSH Bandar Baru Bangi
🎙 Penyampai:
Ts. Hj. Muhammad Zaeem Mokhtar
👉 Pendaftaran dibuka!
Daftar melalui pautan berikut:
🔗 https://edaftar.niosh.net.my/event
📌 Sila pilih: TALK
✨ Jangan lepaskan peluang untuk belajar, berkongsi ilmu dan memperkukuh keselamatan di tempat kerja!
NOTIS RASMI – PENGUMPULAN MAKLUM BALAS & ADUAN
KESELAMATAN KERJA ROPE ACCESS DI MALAYSIA.
MRAA menerima pelbagai maklum balas daripada penggiat industri rope access berkaitan isu penggunaan "single rope", ketidakpatuhan sistem kerja selamat, serta insiden dan kemalangan semasa kerja di tempat tinggi.
Amalan kerja yang tidak mematuhi piawaian keselamatan adalah bertentangan dengan undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia, termasuk Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), Peraturan Kerja di Tempat Tinggi 2013 dan Akta Kilang dan Jentera 1967.
Sehubungan itu, MRAA membuka saluran rasmi untuk pengumpulan maklum balas dan aduan bagi tujuan:
~ Mengenal pasti tahap pematuhan keselamatan
~ Melindungi kebajikan pekerja rope access
~ Menyampaikan isu secara bertanggungjawab kepada pihak berkuasa dan pihak berkaitan
Saluran Aduan Rasmi (sementara):
[email protected] atau massenger FB
Sekiranya ada, sila sertakan:
~ Lokasi & tarikh kejadian
~ Gambar / bukti visual
~ Status pekerja & tahap kompetensi (jika diketahui)
Semua maklumat akan dikendalikan secara profesional, beretika dan sulit, dan bukan bertujuan menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya demi penambahbaikan keselamatan industri.
Maklum balas akan dijawab sebaik mungkin. Mohon kesabaran kerana AJK MRAA adalah sukarelawan.
Langkah ini diambil demi menjaga keselamatan pekerja, nama baik industri rope access, dan memastikan kerja di tempat tinggi dilaksanakan secara selamat, sah dan beretika 🇲🇾
-Setiausaha Mraa-
05/02/2026
⚠️ ROPE ACCESS SAFETY: ZERO TOLERANCE FOR SINGLE ROPE ⚠️
The Malaysia Rope Access Association (MRAA) emphasizes this crucial point: Our industry demands a two-rope system—one main line, one safety line. This image shows workers on a single rope, which is unsafe and non-compliant.
We urge authorities, including DOSH and building owners, to ensure all work-at-height operations meet safety standards. Lives depend on it.
27/11/2025
Selamat Pagi Dunia Rope Access
Kita sambung perbincangan tertangguh kita tentang LOLER.
Why Rope Access Falls Under LOLER (UK Regulations) & What Standards We Follow in Industrial Rope Access.
A lot of people still ask:
“Kenapa Rope Access termasuk dalam peraturan LOLER? Tak sama ke macam climbing?”
Here’s the simple truth:
1. Rope Access = Lifting Equipment Under the Law
Dalam industri, rope access dianggap sebagai lifting equipment sebab:
Ropes, descenders & backups are load-bearing equipment
They support a person’s weight (a load)
They lower/raise a technician in a controlled system
Di UK, ini secara automatik jatuh bawah LOLER 1998 (Lifting Operations & Lifting Equipment Regulations) yang wajib:
• Thorough examination by competent person
• Documentation & inspection records
• Safe system of work
• Risk assessment & LOLER register
It’s not just “naik—turun buat kerja”.
It’s a regulated lifting system.
2. What Standards Govern Industrial Rope Access?
Industrial Rope Access ikut beberapa standard utama:
IRATA ICOP (International Code of Practice)
– Global reference untuk safe rope access
operations
– Covers training, equipment, supervision & rescue
– Digunakan secara meluas offshore & onshore.
ISO 22846 Part 1 & 2
– International standard for rope access methods
– Part 1: Principles & terminology
– Part 2: Detailed system requirements & operational guidance
– Diguna oleh negara2 yang tidak bergantung kepada IRATA
LOLER 1998 + PUWER 1998 (UK)
– Diguna di negara Komanwel & syarikat multinasional
– Pastikan semua equipment inspected & fit for purpose
– Rope access equipment = lifting equipment
EN Standards for Equipment
Examples:
EN 1891: Low stretch rope
EN 361 / 813: Harness
EN 12841: Rope adjustment devices
EN 362: Connectors
EN 354: Lanyards
Setiap equipment ada rating & test requirement tersendiri.
3. What Does This Mean for Technicians?
~ Your system is legally recognised as a lifting
system
~Equipment MUST follow certified standards
~Inspections & traceability wajib
~ Training & supervision kena ikut IRATA/ISO
standard
~Rescue plan bukan pilihan — wajib ada
Rope access bukan hobby climbing.
It’s a highly regulated industrial discipline with strict compliance for safety.
07/11/2025
The 2025 IRATA Work and Safety Analysis (WASA) report draws on data submitted by over 700 IRATA member companies in 2024, analysing incidents and dangerous occurrences from over 33 million reported working hours.
We conduct this annual analysis to help understand the conditions in which incidents occur and to support continual safety improvements across our industry. By consistently collecting and learning from operational and training data, we reinforce the safety credentials of industrial rope access techniques.
Visit our team at A+A in Düsseldorf (Hall 1 – Stand A61) to collect a copy and discuss the findings, or read the full report on our website: https://irata.org/downloads/29623
HI Ropies World
Rope Access Equipment — Standard, Knowledge & Safety Mindset
Hari ini MRAA nak cerita sikit pasal equipment rope access. Kenapa dia sangat penting dalam industri ini.
Dalam dunia rope access, setiap equipment yang kita pakai bukan sekadar besi, tali, atau harness tetapi nyawa kedua kita masa bekerja di ketinggian.
Sebab tu, semua gear wajib ikut standard antarabangsa macam EN, CE, ANSI, atau UIAA, dan kalau ikut sistem IRATA, semua ni termasuk dalam keperluan safety compliance yang sudah diiktiraf.
KENAPA STANDARD PENTING?
Standard ni bukan sekadar “nak nampak pro”, tapi untuk pastikan setiap alat dah diuji, diluluskan, dan mampu tanggung beban sebenar kerja di ketinggian.
Contoh karabiner EN362 ada test untuk gate strength & major axis load; rope EN1891 diuji untuk low stretch & abrasion; harness EN361 diuji untuk fall arrest.
Bila semua ikut standard, insurance coverage pun sah, sebab insurans cuma cover kalau equipment “certified and compliant”. Kalau pakai barang tak lulus standard memang risiko tidak akan ditanggung.
EQUIPMENT DAN PERANAN
(*general explanation untuk standard)
Harness – pusat utama keselamatan; mesti selesa, fit, dan ikut EN361/EN813.
Descender & Ascender – kawal movement; ikut EN341 & EN12841.
Karabiner & Connector – penghubung utama; EN362, pastikan auto-lock atau screw-lock type.
Rope (Static & Dynamic) – ikut EN1891/EN892; pilih ikut kerja, bukan ikut warna.
Helmet – EN12492 atau EN397; melindungi kepala dari atas dan sisi.
Setiap satu ada limit load, design function, dan inspection cycle sendiri, bukan semua boleh “campur aduk”.
KNOWLEDGE DAN PEMILIHAN YANG BETUL
Seorang rope access technician kena faham gear dia macam dia faham diri sendiri.
Kena tahu:
Bila last inspection,
Siapa competent person yang check,
Bagaimana kegunaan yang betul sesuatu equipment itu. Sebab dia jatuh dalam kategori-3 mortal danger equipment dan mestilah competent@di train mengunakannya.
Apa maksud label, lot number, dan expiry. Senang cerita technical notice kena baca Dan ambik tahu !!!!
Noted: peranan technical authority (TA) syatikat untuk mendalami technical notice equipment.
Pemilihan equipment yang betul bergantung pada jenis kerja contoh, kalau kerja vertical long descent, pilih descender yang boleh handle friction & heat dengan baik. Kalau confined space, pilih sistem rescue-friendly.
LOLER DAN EQUIPMENT COMPLIANCE
Under LOLER (Lifting Operations and Lifting Equipment Regulations), semua gear yang digunakan untuk lifting atau life support mesti diperiksa sekurang-kurangnya setiap 6 bulan, direkod dalam equipment register, dan disahkan oleh competent inspector.
Ini bukan formaliti, ia bukti yang kita respect safety dan profesionalisme.
PROFESIONALISME BERMULA DARI GEAR
Dalam rope access, professionalism starts with respect for your gear.
Kita bukan sekadar “turun naik tali”, tapi kita faham function Tali kekuramgan Dan kelebihan, macam mana sistem tu direka, dan kenapa kita tak boleh main-main dengan standard.
Standard bukan beban — dia pelindung nyawa.
Dan bila semua ikut standard, safety, insurance, dan credibility kerja kita akan selaras.
Noted : Nnti kita sambung kenapa Rope Access
Termasuk dalam LOLER punya rules & regulations dan standard apa diguna pakai untuk industrial rope access..
-MRAA-
30/10/2025
Hi Ropies World
MRAA
MRAA bukan sekadar sebuah persatuan, tetapi satu gerakan profesional dan ilmiah yang menyatukan seluruh komuniti rope access di Malaysia di bawah satu payung yang berintegriti.
Ia berperanan sebagai pusat penyatuan dan pembangunan industri, menggabungkan tenaga kerja mahir, penyedia latihan, dan syarikat industri bagi membentuk satu ekosistem yang berpaksikan pengetahuan, kemahiran, dan keselamatan.
Dengan pendekatan berasaskan profesionalisme, ilmuan, dan standard amalan terbaik, MRAA menekankan penerapan ilmu sebenar dan disiplin keselamatan dalam setiap aspek kerja di ketinggian.
Dalam masa yang sama, MRAA bertindak sebagai penghubung utama antara pihak kerajaan, industri, dan masyarakat, menjadi sumber maklumat dan suara rasmi yang memperkukuh dasar serta hala tuju industri rope access negara.
Secara intelektual, MRAA adalah tunjang penyatuan dan kemajuan, membina satu komuniti rope access Malaysia yang bersatu, berwibawa, dan berwawasan, ke arah industri yang lebih selamat, diiktiraf, dan berdaya saing di peringkat global.
27/10/2025
Johor Business Summit & Expo 2025
📅 25&26 Oktober 2025
📍 Persada Johor International Convention Centre
Terima kasih kepada semua yang singgah di booth Malaysia Rope Access Association (MRAA) dan bersama menjayakan program ini 🙏
Sokongan anda membakar semangat kami untuk terus memperkukuh industri rope access di Malaysia — lebih selamat, lebih berstandard, lebih profesional 💪
✨ “Elevating Safety, Empowering Standards.” 💫
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
7, Jalan Teras 1, Kawasan Perindustrian Kota Puteri
Masai
81750
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |