SMK Merchang
SMK MERCHANG
11/05/2026
11/05/2026
JOM AMALKAN BUDAYA SELAMAT DI SEKOLAH!
Hai semua.Tahu tak, kemalangan boleh berlaku di mana-mana.Keselamatan murid adalah keutamaan kita bersama. Bermula dari perjalanan pergi ke sekolah hinggalah ke dalam bilik darjah, setiap langkah amat bermakna. Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam memantau keadaan kenderaan dan mendidik anak-anak tentang keselamatan mereka.Sama-sama kita wujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif.
SEKOLAH SELAMAT,MURID SEJAHTERA.
10/05/2026
π’ TAKLIMAT 5 MINIT
KEMPEN KESEDARAN KESELAMATAN
π
10 Mei 2026 (Ahad)
π’ 7.20 pagi
π― Anjuran Unit HEM
Taklimat ringkas telah disampaikan kepada semua murid dan warga sekolah bagi meningkatkan kesedaran tentang aspek keselamatan di sekolah. Program ini bertujuan memupuk sikap peka, berdisiplin dan sentiasa mengutamakan keselamatan dalam setiap keadaan.
Semoga semua warga sekolah sentiasa cakna dan bersama-sama mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan sejahtera. π
09/05/2026
π PERKAMPUNGAN ILMU SMK MERCHANG π
Program Kelas Tambahan Bimbingan Berfokus bagi pelajar Tingkatan 1, 2, 3 dan 5 diteruskan sebagai usaha memperkukuh penguasaan akademik serta meningkatkan kecemerlangan murid. β¨
Semoga program ini dapat membantu para pelajar lebih bersedia, bersemangat dan berkeyakinan dalam menghadapi peperiksaan serta mencapai kejayaan yang membanggakan.
βUsaha hari ini, kejayaan masa hadapan.β πͺπ
09/05/2026
β¨ KEM MOTIVASI KEPIMPINAN PEMIMPIN MURID β¨
βThe Next Tahun Gen Leader 2026β
π Asrama SMK Merchang
π
7 β 8 Mei 2026
Alhamdulillah, program Kem Motivasi Kepimpinan Pemimpin Murid SMK Merchang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini bertujuan membentuk sahsiah, meningkatkan keyakinan diri serta memupuk semangat kepimpinan dalam kalangan pemimpin murid agar lebih berwibawa, berdisiplin dan bersedia memimpin sekolah ke arah kecemerlangan. π«
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala ilmu, pengalaman dan motivasi yang diperoleh menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi pemimpin muda yang cemerlang pada masa hadapan. π
04/05/2026
π ZIARAH CAKNA PPD MARANG KE ASRAMA SMK MERCHANG
π Tarikh: 4 Mei 2026
β° Masa: 8.00 malam β 9.30 malam
π Tempat: Surau As-Saβadah, Asrama SMK Merchang
Program Ziarah Cakna PPD Marang ke Asrama SMK Merchang adalah bertujuan untuk meninjau keadaan serta memperkukuhkan pengurusan asrama agar sentiasa berada pada tahap terbaik. Program ini menjadi platform kepada pihak PPD untuk memberikan bimbingan, pandangan serta cadangan penambahbaikan demi kesejahteraan pelajar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Kamarulzaman bin Ismail, Pegawai Pendidikan Daerah Marang, serta Cikgu Mat Al Huda bin Md Hanafi, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Marang (Sektor Perancangan), bersama pegawai PPD yang lain atas keprihatinan dan sokongan padu yang diberikan.
Semoga usaha ini terus memberi impak positif kepada pembangunan sahsiah pelajar, mengukuhkan hubungan kerjasama antara pihak sekolah dan PPD, serta menjadi pemangkin kecemerlangan warga asrama SMK Merchang.
03/05/2026
π PERAK INTERNATIONAL ROBOT COMPETITION 2026 (PIRC)
Telah berlangsung dengan jayanya penyertaan pasukan Robotik SMK Merchang dalam Perak International Robot Competition 2026 (PIRC) yang menghimpunkan peserta-peserta berbakat dari dalam dan luar negara. Pertandingan ini menjadi platform terbaik untuk pelajar mengasah kemahiran, kreativiti serta daya saing dalam bidang robotik dan inovasi.
π
Tarikh: 24 β 26 April 2026
π Hari: Jumaat β Ahad
β° Masa: 8.00 pagi β 6.00 petang
π Tempat: ADTEC Kampus JTM, Taiping
π¨βπ» Peserta:
1. Muhammad Ridhwan Khan bin Marin
2. Muhammad Aqif Mikhail bin Mohd Azmil
3. Muhammad Akram Raimi bin Azam
4. Muhammad Amsyar bin Mohd Asmadi
5. Muhammad Faizzuddin bin Asri
6. Khalis Imran bin Mohd Halim
7. Muhammad Ar Rayyan bin Zaffro
8. Muhammad Aqeel Iqram bin Ismail
π©βπ« Guru Pembimbing :
1. Ahmad Luqmanul Hakim bin Ahmad Tarmizi
2. β Latifah Khalilah binti Ismail @ Mohd Ali
3. β Normariah binti Mohamed
π
Pencapaian:
π₯ Johan Kumpulan
π₯ Ketiga Kumpulan
β¨ Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas usaha, komitmen serta pencapaian yang membanggakan. Kejayaan ini membuktikan bahawa pelajar SMK Merchang mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang robotik.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dan melakar lebih banyak kejayaan dalam bidang inovasi pada masa hadapan. πͺπ€
03/05/2026
SMK Merchang telah menyertai Perkhemahan Perdana KRS dan TKRS peringkat daerah Marang yang berlangsung di SMK Dato Awang Jabar bermula 22 April hingga 24 April 2026.
Lapan orang kadet KRS Semerchang telah menyertai perkhemahan kali ini. Diharap kadet yang dipilih itu, dapat merasai pengalaman dan menyesuaikan diri dengan cara perkhemahan peringkat negeri. Semoga ilmu yang mereka dapat, akan digunakan sebaik mungkin dalam kehidupan mereka.
03/05/2026
Perhimpunan Mingguan SMK Merchang
Minggu : Ke-16
Tarikh : 03.05.2026 β 07.05.2026
Perhimpunan mingguan SMK Merchang hari ini telah berlangsung dengan pengisian utama merangkumi amanat daripada Tuan Pengetua mengenai sahsiah murid. Antara intipati amanat tuan pengetua ialah :
ο Pelajar sentiasa diingatkan supaya mendengar perkara yang baik dan tidak bercakap semasa ucapan
ο Pelajar juga diingatkan untuk menghormati ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih dewasa. Hormat ini perlu dizahirkan melalui tutur kata yang baik serta tingkah laku yang sopan.
ο Pelajar diingatkan untuk pastikan 3 perkara yang perlu ada dalam diri iaitu berpegang teguh pada nilai kejujuran, keimanan dan amalan kebaikan. Ketiga-tiga ini menjadi asas kepada pembentukan sahsiah diri yang mulia
ο Pelajar perlu melengkapkan diri dengan adab, ilmu dan kesolehan. Adab mencerminkan keperibadian, ilmu menjadi panduan hidup dan kesolehan mendekatkan diri kepada Tuhan
ο Pelajar hendaklah sentiasa mengingati kematian, menziarahi orang sakit dan mengambil pengajaran daripada lawatan ke penjara. Semu aini memberi kesedaran tentang hakikat kehidupan Masyarakat
ο Pelajar juga diingatkan supaya sentiasa bersihkan akal, hati dan seluruh anggota badan. Kesucian ini akan membentuk diri lebih baik dan diredhai.
Terima kasih kepada Tuan Pengetua atas amanat yang sarat dengan nasihat yang diberikan. Semoga segala pesanan tersebut dapat disematkan dalam dada dan dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan demi kecemerlangan pelajar dan sekolah.
03/05/2026
β¨ ANUGERAH KEHADIRAN & SAHSIAH CEMERLANG SMK MERCHANG 2026 β¨
Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah menunjukkan komitmen, disiplin serta sahsiah yang cemerlang sepanjang bulan Februari dan Mac 2026.
Pengiktirafan ini bukan sahaja mencerminkan kehadiran yang konsisten, malah membuktikan kesungguhan dan keazaman dalam mencapai kecemerlangan diri.
βΈ»
π Anugerah Peratusan Kehadiran Terbaik
Bulan Februari
π₯ Tempat Ketiga β 5 Cekal (97.78%)
π₯ Tempat Kedua β 4 Bestari (98.41%)
π₯ Tempat Pertama β 5 Arif (99.42%)
Bulan Mac
π₯ Tempat Ketiga β 1 Bestari (96.68%)
π₯ Tempat Kedua β 2 Bestari (96.80%)
π₯ Tempat Pertama β 1 Arif (98.23%)
βΈ»
π Anugerah Sahsiah Terpuji
Bulan Februari
1οΈβ£ Muhammad Darwisy Syakirin bin Mohd Rosmi (5B)
2οΈβ£ Nur Adila Izzati binti Mohd Azril (5B)
Bulan Mac
1οΈβ£ Wan Fairuz bin Wan Mohd Rudin (5D)
2οΈβ£ Nur Ain Najwa binti Mohd Haryadi (5C)
βΈ»
β° Anugerah Murid Datang Awal
Bulan Februari
1οΈβ£ Dhiya Junifa binti Mohd Jefferi (1D)
2οΈβ£ Muhammad Iskandar bin Mohd Roslan (2B)
Bulan Mac
1οΈβ£ Nur Atiqa Faiha binti Abdullah (3A)
2οΈβ£ Ain Hawa Rizqina binti Abdul Razak (3A)
βΈ»
π Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SMK Merchang untuk terus berusaha dengan lebih gigih.
β¨ Kehadiran cemerlang, sahsiah gemilang, masa depan terbilang!
03/05/2026
π Perkampungan Ilmu Tingkatan 4
π― Sempena Ujian TCS 1 Tahun 2026
Alhamdulillah, telah berlangsungnya Program Perkampungan Ilmu bagi pelajar Tingkatan 4 sebagai persediaan menghadapi Ujian TCS 1. Program ini memberi fokus kepada pengukuhan kefahaman, teknik menjawab soalan serta meningkatkan keyakinan diri pelajar.
Sepanjang program, pelajar menunjukkan komitmen yang tinggi dan semangat untuk terus berjaya. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam menghadapi peperiksaan nanti.
πͺ Usaha berterusan, kejayaan pasti milik anda!
π₯ SEMERCHANG LUAR BIASA, MENTALITI JUARA!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
SMK MERCHANG
Marang
21610