PASTI AL-Huda

PASTI AL-Huda

Share

Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) merupakan pusat pendidikan prasekolah milik Parti Islam Se-Malaysia.

31/05/2026

Alhamdulillah.

Dari Terengganu ke Bangkok.

Apa yang bermula dengan sebuah cita-cita untuk memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak Islam, semalam menerima pengiktirafan di pentas dunia.

Jabatan PASTI Negeri Terengganu dianugerahkan:

๐Ÿ† BEST PRESCHOOL OF THE YEAR
โ–ช๏ธWorld School Summit 2026, Bangkok, Thailand.

Anugerah ini bukan milik seorang individu.

Ia milik setiap guru yang ikhlas mendidik, setiap pengurus yang berkorban masa dan tenaga, setiap ibu bapa yang meletakkan kepercayaan, serta setiap anak-anak PASTI yang menjadi inspirasi perjuangan kami.

Sesungguhnya, apabila usaha disandarkan kepada Allah, tiada yang mustahil.

Terima kasih atas doa dan sokongan semua.

Melahirkan Generasi Celik Al-Quran.

26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H ๐ŸŒ™๐Ÿ„

Semoga Aidiladha ini membawa sinar keimanan,
melahirkan hati yang lebih ikhlas dalam pengorbanan,
serta mengeratkan kasih sayang sesama insan. ๐Ÿค

Allah SWT berfirman:

๏ดฟ ู„ูŽู† ูŠูŽู†ูŽุงู„ูŽ ูฑู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ู„ูุญููˆู…ูู‡ูŽุง ูˆูŽู„ูŽุง ุฏูู…ูŽุงู“ุคูู‡ูŽุง ูˆูŽู„ูŽู€ูฐูƒูู† ูŠูŽู†ูŽุงู„ูู‡ู ูฑู„ุชู‘ูŽู‚ู’ูˆูŽู‰ูฐ ู…ูู†ูƒูู…ู’ ๏ดพ

โ€œMaksudnya: Daging dan darah korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.โ€
โ€” Surah Al-Hajj : 37

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Semoga segala amal diterima dan diberkati Allah SWT. โœจ

25/05/2026

๐ŸŒ™ Kelebihan Berpuasa Pada Hari Arafah ๐ŸŒ™

Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah merupakan antara hari yang sangat mulia di sisi Allah SWT. Bagi umat Islam yang tidak menunaikan ibadah haji, disunatkan untuk berpuasa pada hari tersebut kerana ganjaran dan kelebihannya amat besar.

Rasulullah ๏ทบ bersabda:

โ€œPuasa pada hari Arafah, aku berharap kepada Allah agar ia menjadi penghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.โ€
โ€” Hadis Riwayat Muslim

Puasa Hari Arafah bukan sahaja mendidik diri untuk meningkatkan ketakwaan, bahkan menjadi ruang untuk memperbanyakkan doa, zikir, istighfar serta amalan-amalan kebaikan. Mudah-mudahan kita semua diberikan kekuatan untuk melaksanakan ibadah ini dengan penuh keikhlasan dan memperoleh keampunan serta rahmat daripada Allah SWT.

Semoga Hari Arafah menjadi medan untuk memperbaharui keimanan dan mendekatkan diri kepada-Nya. ๐Ÿคฒ

Photos from PASTI AL-Huda's post 21/05/2026

Alhamdulillah, Program Simulasi Haji Cilik 2026 Telah Selesai Dengan Jayanya ๐Ÿ•‹โœจ

Segala puji bagi Allah SWT kerana dengan izin-Nya, program simulasi haji cilik pada hari ini berjalan lancar dari awal hingga akhir.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada anak-anak hebat yang telah menunjukkan semangat, disiplin dan kerjasama yang luar biasa sepanjang program. Walaupun masih kecil, kesungguhan korang dalam menunaikan setiap rukun simulasi membuatkan kami semua terharu dan bangga. Moga pengalaman ini menjadi memori indah dan benih kecintaan kepada ibadah haji yang akan membesar bersama korang, insyaAllah.

Tidak lupa juga penghargaan yang tidak terhingga buat ibu bapa dan penjaga yang memberi sokongan penuh, kerjasama, dan kepercayaan kepada pihak penganjur. Tanpa komitmen dan dorongan kalian, program ini tidak akan berjalan dengan sempurna. Terima kasih kerana bersama-sama mendidik anak-anak kita untuk mencintai agama sejak kecil.

Semoga Allah SWT menerima setiap usaha kecil ini, melipatgandakan pahalanya, dan menjadikan anak-anak kita dalam kalangan hamba-Nya yang soleh dan solehah. InsyaAllah suatu hari nanti, kita semua akan berpeluang menjadi tetamu Allah di Tanah Suci yang sebenar.

Sekali lagi, terima kasih semua. Jumpa lagi di program akan datang! ๐Ÿคฒ

Photos from PASTI AL-Huda's post 20/05/2026

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Hari Guru 2026 telah berjalan dengan lancar dan meriah.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pengurus, guru-guru , dan pelajar atas kerjasama, sokongan dan kenangan indah yang dicipta bersama.

Terima kasih juga ibu bapa hebat!
Hari Guru kali ini jadi lebih bermakna dengan kejutan dan hadiah dari anda semua. Doa dan sokongan anda adalah hadiah paling besar buat kami sebagai pendidik.

Jasa dan pengorbanan anda semua amat kami hargai. Selamat Hari Guru buat semua pendidik!

16/05/2026

Pemain hebat lahir dari guru dan coach hebat๐Ÿ€๐Ÿ’š.

Terima kasih Cikgu & Coach atas tunjuk ajar, kesabaran dan semangat yang dicurahkan. Anak-anak kami makin yakin dan berani sebab bimbingan anda.

Tahniah juga buat pemain! Teruskan usaha dan semangat berpasukan.

Tak lupa terima kasih Encik Mohd Shahiran sebab sudi rakam moment indah ni untuk kami simpan.

Photos from PASTI AL-Huda's post 15/05/2026

Sudah selesai perlawanan! Walaupun di tempat ke-4, anak-anak kami tetap juara di hati cikgu๐Ÿ’™โšฝ.
Terima kasih sebab tidak berputus asa sehingga sampai ke wisel akhir penamat.

Dan Tahniah buat pasukan Bola Jaring.
Alhamdulillah, rezeki hari ini milik pasukan kita.
Johan! ๐Ÿฅ‡๐Ÿ€.
Tapi ingat, kemenangan hari ini bukan untuk sombong, tapi untuk lebih merendah diri dan terus berusaha.
Syabas semua! Coach paling bangga!

14/05/2026

Satu pasukan, satu matlamat! ๐ŸŽฏ๐Ÿ€
Selamat maju jaya anak-anak bola jaring kami. Pass cantik, shoot tepat, senyuman jangan hilang!

Photos from PASTI AL-Huda's post 14/05/2026

Misi hari ini: Main bersungguh, gelak bersama! ๐Ÿ’ชโšฝ๐Ÿ€
Selamat bertanding anak-anak hebat! Ingat, menang kalah biasa, usaha tu yang luar biasa.

KreditGambar:CikguAzwani

Photos from PASTI AL-Huda's post 29/01/2026

SAMBUTAN HARI AL QUDS PASTI MALAYSIA

Sesungguhnya, Kota Al Quds memiliki kedudukan tinggi dalam Islam yang sudah banyak diketahui oleh jiwa-jiwa manusia.

(Ibnu Al Atsir, An Nihayah fi Al Gharib min Al Ahadits)

"Teruslah berjuang dan bertahan, kami sentiasa mendoakan kebebasanmu."

Sekitar aktiviti anak-anak yang sempat dirakam oleh lensa kamera telefon cikgu.

Want your school to be the top-listed School/college in Marang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Marang

Opening Hours

Monday 07:45 - 05:15
Tuesday 07:15 - 05:15
Wednesday 07:45 - 05:15
Thursday 07:45 - 05:15
Friday 00:00 - 00:15
Sunday 07:45 - 05:15