Accelskill Academy

Accelskill Academy

Share

Kolej Pusat Bertauliah Diploma Kemahiran Malaysia. Untuk keterangan lanjut, pelajar-pelajar sila hubungi pengurus pengambilan kami ditalian 018 - 9704331

Accelskill Academy merupakan Pusat Bertauliah TVET Malaysia yang pertama di MELAKA mendapat kelulusan penuh untuk menjalankan Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik dan Seni Kulinari.

Photos from Accelskill Academy's post 10/06/2026

🎉 ACCELSKILL DAY 2026 🎉

📅 Tarikh: 11 Jun 2026 (Khamis)
🕣 Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
🎩 Tema: RETRO

Warga Accelskill Academy dijemput untuk memeriahkan ACCELSKILL DAY 2026 yang akan berlangsung esok!

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan termasuk persembahan pelajar dan staf, jamuan makan, cabutan bertuah serta anugerah khas bagi Pakaian Retro Terbaik.

✨ Jangan lepaskan peluang untuk tampil dengan gaya retro paling kreatif dan menarik kerana hadiah wang tunai menanti pemenang!

Mari bersama-sama mencipta kenangan indah, mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan semangat kekeluargaan warga Accelskill Academy.

📌 Pastikan anda hadir mengikut masa yang ditetapkan dan bersedia untuk meraikan hari yang penuh warna-warni serta nostalgia retro!

Photos from Accelskill Academy's post 09/06/2026

Suasana kampus hari ini dimeriahkan dengan aktiviti riadah Ping Pong yang melibatkan penyertaan para pelajar Accelskill Academy.

09/06/2026

We are looking for a passionate and qualified Electric Vehicle (EV) Trainer to join our TVET training team in developing future-ready automotive talent.

📌 Job Details
The role involves delivering structured SKM-based training under automotive and EV programmes, combining both theoretical and practical sessions aligned with industry standards.

📚 SKM Programme:
G452-002-2:2018 (Light Vehicle Repair Service – Level 2)
G452-007-3:2019 (Electric & Hybrid Vehicle Servicing – Level 3)

🔧 Key focus areas include: EV systems, batteries, electric motors, charging infrastructure, diagnostics, maintenance, and safety practices.

🛠️ Key Responsibilities
* Deliver engaging theoretical and practical EV training sessions
* Conduct hands-on workshops and practical demonstrations
* Assess trainee performance and provide feedback
* Ensure training delivery meets SKM and industry requirements
* Support continuous improvement of training materials

📋 Requirements
* Diploma or higher in Automotive, Engineering, EV Technology or related field
* Strong communication and training facilitation skills
* Industry experience in automotive/EV is preferred
* Passion for TVET and talent development

📌 VTO (Vocational Training Officer) certification is an added advantage

🌱 Join Us
Be part of the transition towards sustainable mobility and help shape the next generation of EV professionals in Malaysia.

Photos from Accelskill Academy's post 08/06/2026

𝗔𝗰𝗰𝗲𝗹𝘀𝗸𝗶𝗹𝗹 𝗔𝗰𝗮𝗱𝗲𝗺𝘆 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 dengan bangganya telah diiktiraf sebagai ahli kepada 𝗠𝗲𝗰𝗵𝗮𝘁𝗿𝗼𝗻𝗶𝗰𝘀 & 𝗠𝗮𝗻𝘂𝗳𝗮𝗰𝘁𝘂𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗜𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝘆-𝗘𝗱𝘂𝗰𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗔𝗹𝗹𝗶𝗮𝗻𝗰𝗲 di bawah 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮-𝗖𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗜𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝘆-𝗘𝗱𝘂𝗰𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗔𝗹𝗹𝗶𝗮𝗻𝗰𝗲 (𝗠𝗖𝗜𝗘𝗔).

Pengiktirafan ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa serta membuka peluang yang lebih luas dalam pembangunan kemahiran, latihan teknikal, inovasi, pensijilan profesional, perkongsian kepakaran dan kebolehpasaran graduan.

Penyertaan ini telah diraikan sempena 𝟯𝗿𝗱 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮-𝗖𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗜𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝘆-𝗘𝗱𝘂𝗰𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗖𝗼𝗼𝗽𝗲𝗿𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗙𝗼𝗿𝘂𝗺 & 𝟱𝘁𝗵 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮-𝗖𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗩𝗼𝗰𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗘𝗱𝘂𝗰𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗙𝗮𝗶𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲 yang berlangsung bersempena Sambutan Hari TVET Negara 2026.

Accelskill Academy Melaka komited untuk terus melahirkan tenaga mahir TVET yang berdaya saing, berpengetahuan dan bersedia memenuhi keperluan industri masa kini serta masa hadapan.

𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻, 𝗠𝗲𝗻𝗰𝗼𝗿𝗮𝗸 𝗕𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗗𝗲𝗽𝗮𝗻.

Photos from Accelskill Academy's post 05/06/2026

Aktiviti Kelab Badminton Accelskill Academy

Pelajar yang menyertai Kelab Badminton Accelskill Academy telah menjalani sesi riadah yang berlangsung dalam suasana penuh semangat dan positif.

Aktiviti ini bukan sahaja bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama serta memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan pelajar.

Photos from Accelskill Academy's post 03/06/2026

Selamat maju jaya kepada semua pelajar Mekatronik DKM 4 yang menjalani ujian teori dan amali pada hari ini.

Semoga segala usaha dan ilmu yang dipelajari membuahkan hasil yang membanggakan.

Photos from Accelskill Academy's post 03/06/2026

Lawatan Pentauliahan JPK Bagi Penambahan Kapasiti Program Operasi Seni Kulinari

Accelskill Academy telah menerima lawatan pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi tujuan penilaian permohonan penambahan kapasiti Program Operasi Seni Kulinari (Single Tier).

Sesi penilaian ini telah dikendalikan oleh panel JPK, Puan Noraliza Binti Muhamad dan Puan Yasmin Binti Mohamad Kamarudin. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada proses penjaminan kualiti bagi memastikan kemudahan, tenaga pengajar serta pelaksanaan latihan memenuhi standard yang ditetapkan oleh JPK.

Pihak Accelskill Academy merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada panel penilai atas kunjungan, panduan dan kerjasama yang diberikan sepanjang sesi pentauliahan berlangsung. Semoga usaha ini dapat memperkukuhkan kapasiti latihan kemahiran dan membuka lebih banyak peluang kepada bakal pelajar untuk mengikuti program yang berkualiti serta diiktiraf industri.

Photos from Accelskill Academy's post 26/05/2026

Accelskill Academy terus mengorak langkah dalam memperkukuhkan jaringan strategik industri dan pembangunan belia menerusi Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Melaka.

Kerjasama ini membuka lebih banyak peluang dalam bidang latihan kemahiran, pembangunan bakat, serta peningkatan kebolehpasaran generasi muda selaras dengan keperluan industri semasa.

Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif bermanfaat dalam melahirkan tenaga kerja mahir, berdaya saing dan bersedia menghadapi masa depan.

Photos from Accelskill Academy's post 22/05/2026

Sebagai usaha dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih seimbang dan kondusif, Accelskill Academy telah mengadakan aktiviti Indoor Games bersama para pelajar pada minggu ini.

Antara pengisian yang dijalankan termasuk permainan congkak, Jenga dan dam haji yang bukan sahaja menceriakan suasana kampus, malah turut menerapkan elemen interaksi sosial, pemikiran strategik serta semangat kebersamaan dalam kalangan pelajar.

Pendekatan santai seperti ini dilihat mampu menjadi medium yang positif dalam memperkukuhkan hubungan antara pelajar di samping menyokong pembangunan sahsiah dan kesejahteraan komuniti kampus secara menyeluruh.

TVET Malaysia Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) - Pinjaman Latihan Kemahiran Jabatan Pembangunan Kemahiran - JPK Wilayah Selatan

Photos from Accelskill Academy's post 22/05/2026

Pagi tadi telah berlangsung sesi bacaan Yassin di Dewan Accelskill Academy yang melibatkan seluruh staff serta para pelajar Muslim. Program ini diadakan sebagai pengisian rohani dan bagi mengeratkan silaturahim dalam warga Accelskill Academy.

Want your school to be the top-listed School/college in Malacca City?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


491, Plaza Melaka Jalan Hang Tuah, Melaka
Malacca City
75300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30