SM Sains Labuan

SM Sains Labuan

Share

Dulu dikenali sebagai Sekolah Berasrama Penuh Labuan (SBPL) & kini dikenali sebagai SM Sains Labuan Mailing Address:
SM Sains Labuan,
P.O. Box 82206,
W.P. Labuan

Photos from SM Sains Labuan's post 25/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera πŸ₯³

Kursus Kepimpinan Ketua Murid dan Penolong Ketua Murid Peringkat Kebangsaan 2026 yang diadakan pada 18-21 Mei 2026, bertempat di Multimedia University, Selangor telah selesai dengan jayanya.

Kumpulan 1 (Siti Nur Zulaikha Binti Mior Hassan) dan Kumpulan 4 (Mohamad Nazrin Syah Bin Borhanuddin) telah berjaya mendapat EMAS bagi (Pertandingan) Video Jejak Kepimpinan.

Syabas dan tahniah kepada Nazrin dan Zulaikha πŸ‘πŸ˜Š . Mereka telah menunjukkan usaha, disiplin dan semangat yang membanggakan. Teruskan melangkah maju dengan yakin. Semoga terus berjaya dalam pelajaran dan kehidupan. Kami bangga dengan anda 🌟.

Guru pengiring / fasilitator:
Cikgu Syafiqah Syazana Binti Ruslie

Photos from Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan's post 25/05/2026
20/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahteraπŸ€—πŸ’βœ¨

Alhamdulilah, usai sudah Pertandingan Forum Remaja MADANI Peringkat WP Labuan dan Sabah yang diadakan pada 18-20 Mei 2026, bertempat di Dewan Amil Jaya, Kota Kinabalu, Sabah.

AFESLA (Anak Forum Sains Labuan) yang dibarisi oleh Hamzey Mikael (Pengerusi forum), Sheannyqa Eva Tunis (Panel 1), Zulaikha Faridzuan Teo (Panel 2), Afiq Nazhan (Panel simpanan) dan Qhalesya Amani(Panel simpanan) telah berjaya mendapat JOHANπŸ†

SM Sains Labuan juga telah berjaya membawa pulang dua anugerah khas:
πŸ…Pengerusi Forum Terbaik
Hamzey Mikael
πŸ…Panel Terbaik
Zulaikha Faridzuan Teo

Syabas dan tahniah AFESLAπŸ€— kejayaan anda kebanggan kami

Guru pembimbing/ pengiring
Yahya bin Burhanuddin
Hira Binti Mohd Ashraf

Photos from Jabatan Penerangan WP Labuan's post 20/05/2026
Photos from National Science Challenge Malaysia's post 18/05/2026

Tahniah

Photos from SM Sains Labuan's post 17/05/2026

🏹 KEPUTUSAN MEMANAH MSSWPL 2026 🏹

Tahniah diucapkan kepada HAFEZH AQEL BIN ADNAN atas pencapaian cemerlang dalam Kejohanan Memanah MSSWPL 2026. 🎯✨

πŸ₯‡ 50M – Anugerah Emas
πŸ₯ˆ 60M – Anugerah Perak

πŸ† Johan Keseluruhan L18 Memanah

Tahniah juga kerana berjaya layak ke MSSM Kebangsaan pada bulan Jun. Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi. πŸ’ͺ🏹🌟

Guru Pengiring:
🏹 Sensei Hakim
🏹 Ms Cassandra

Photos from SM Sains Labuan's post 17/05/2026

🎾 Keputusan Kejohanan Tenis MSSWPL 2026

Kategori Lelaki B15
πŸ₯‰ Muhammad Farhan – Tempat Ketiga

Kategori Perempuan B18
πŸ₯‡ Fadhiya Zafeera – Tempat Pertama

Tahniah diucapkan kepada para atlet atas pencapaian yang membanggakan dalam Kejohanan Tenis MSSWPL 2026. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus berusaha dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. 🌟🎾

Guru Pengiring:
🌷 Cikgu Mariam
🌷 Cikgu Syamimi

Photos from SM Sains Labuan's post 17/05/2026

πŸ€ Keputusan Kejohanan Bola Keranjang MSSWPL 2026

Kategori Perempuan Bawah 18 Tahun
πŸ₯‰ Tempat Ketiga

Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih atas pencapaian yang membanggakan ini. Kejayaan ini merupakan hasil usaha, komitmen dan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, memperbaiki prestasi dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. Teruskan melangkah dan berikan yang terbaik! πŸ’ͺπŸ€βœ¨

17/05/2026

Keberangkatan Pasukan Kriket ke Kejohanan Kriket SBP Peringkat SQL Tahun 2026

Doakan keselamatan dan kejayaan mereka 🀲🏻🀲🏻

Want your organization to be the top-listed Government Service in Labuan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Jalan Sungai Pagar
Labuan
87027

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 07:30 - 12:00
14:00 - 17:00
Saturday 11:00 - 17:30
Sunday 11:00 - 17:30