PBS P166 Labuan
Parti Bersatu Sabah (PBS) didaftarkan sebagai parti politik pada 5 Mac 1985 yang diketuai oleh Presiden iaitu Tan Sri DSP Joseph Pairin Kitingan
22/08/2026
22.08.2026 | PARTI BERSATU SABAH (PBS) P166 LABUAN
🏆 KEJOHANAN LAWN BOWLS PAIRS TERTUTUP LABUAN 2026 🏆
Anjuran Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) P166 Labuan
Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) P166 Labuan telah berjaya menganjurkan Kejohanan Lawn Bowls Pairs Tertutup Labuan 2026 yang bertempat di Arena Antarabangsa Lawn Bowls Labuan.
Kejohanan yang berlangsung selama satu hari ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 24 pasukan/pairs dari sekitar Labuan.
Majlis perasmian serta penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Christopher Mandut, Ketua Bahagian PBS N.6 Bandau, merangkap Ketua Pemuda Pusat PBS dan Pengerusi Perkasa Realty Sdn. Bhd.
Turut hadir bersama ialah Ketua Bahagian PBS P166 Labuan, Tuan Sheiron Chang, Ahli Jawatankuasa Bahagian, barisan Pergerakan Pemuda serta Pergerakan Wanita.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Datuk Dr. Christopher Mandut atas kesudian hadir, sokongan serta sumbangan yang diberikan dalam membantu menjayakan kejohanan ini. Sokongan sebegini amat bermakna dalam usaha kita menggalakkan penglibatan masyarakat, khususnya golongan belia, dalam aktiviti sukan dan kemasyarakatan.
Tahniah juga diucapkan kepada semua peserta, pemenang, urus setia, pengadil serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semangat kesukanan, kerjasama dan silaturahim yang ditunjukkan sepanjang kejohanan amat membanggakan.
Semoga penganjuran seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjadi platform untuk memperkukuhkan perpaduan, mengeratkan hubungan masyarakat serta mencungkil bakat dalam sukan Lawn Bowls di Labuan.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Kejohanan Lawn Bowls Pairs Tertutup Labuan 2026! 🇲🇾🎯
PBS P166 LABUAN
20/08/2026
MA63 process did not begin with Warisan Arthur Sen KOTA KINABALU: The process of implementing the Malaysia Agreement 1963 (MA63) did not begin with Parti Warisan Sabah (Warisan), while Sabah’s claim to 40 per cent of net revenue also did no
07/08/2026
07.08.2026 || PBS Labuan
Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian P166 Labuan,
dengan penuh rasa bangga dan takzim mengucapkan:
Setinggi-tinggi Tahniah kepada
YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam
atas kemenangan tanpa bertanding sebagai
PRESIDEN PARTI BERSATU SABAH
dalam Pemilihan Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-41.
Semoga YB Datuk Seri terus diberikan kesihatan yang
baik, kebijaksanaan, dan kekuatan untuk memimpin
PBS ke mercu kejayaan yang lebih gemilang.
YB Datuk Seri adalah inspirasi kami.
30/07/2026
MESYUARAT BIL. 1 PARTI BERSATU SABAH (PBS) BAHAGIAN P166 LABUAN
29 Julai 2026
Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian P166 Labuan telah berjaya mengadakan Mesyuarat Bil. 1 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Sheiron Chang, Ketua Bahagian PBS P166 Labuan.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Bahagian I, Naib Ketua Bahagian I, Naib Ketua Bahagian II, Ketua Penerangan, Penolong Setiausaha Bahagian, Bendahari Bahagian, Ketua Pergerakan Pemuda serta Ketua Pergerakan Wanita, bersama barisan Ahli Jawatankuasa Bahagian.
Mesyuarat sulung ini diadakan bagi membincangkan serta merangka gerak kerja parti, memperkukuhkan struktur organisasi, memperkemaskan pentadbiran bahagian, dan menyusun strategi dalam usaha memperkasakan Parti Bersatu Sabah di Wilayah Persekutuan Labuan.
Semoga segala perancangan yang telah dipersetujui dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen, semangat kerjasama dan iltizam demi memastikan PBS P166 Labuan terus maju, kukuh dan sentiasa dekat di hati rakyat.
"Bersatu, Berkhidmat, Berjuang Demi Rakyat."
22/07/2026
22.07.2026 || PBS P166 LABUAN
Selamat Hari Sarawak
Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak.
Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kerjasama antara Sabah, Sarawak dan Labuan terus kukuh demi kemajuan serta kesejahteraan bersama.
Sarawak Maju Jaya.
Sheiron Chang
Ketua Bahagian
Parti Bersatu Sabah (PBS)
P166 Labuan
14/07/2026
11/07/2026
10 | 07 | 2026
Mesyuarat Pertama Bil. 1 Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian P166 Labuan
Mesyuarat Pertama Bil. 1 AJK Bahagian P166 Labuan telah dipengerusikan oleh Ketua Bahagian P166 Labuan yang baharu dipilih, Tuan Sheiron Chang.
Ketua Bahagian Tuan Sheiron Chang menyeru agar semua ahli terus memperkukuhkan semangat kerjasama dan bergerak seiring sebagai satu pasukan demi memastikan Parti Bersatu Sabah Bahagian P166 Labuan kekal kukuh, progresif dan sentiasa komited dalam memperjuangkan kebajikan serta kepentingan rakyat Labuan.
11/07/2026
10/7/2026
*Majlis Penyerahan Tugas Setiausaha Bahagian P166 Labuan*
Majlis Penyerahan Tugas Setiausaha Bahagian P166 Labuan telah berlangsung dengan lancar, menyaksikan penyerahan rasmi tugas dan fail daripada Tuan Spencer Panjangau, Setiausaha Bahagian terdahulu, kepada Puan Juliana Rajatin sebagai Setiausaha Bahagian yang baharu.
Majlis ini telah disaksikan oleh Ketua Bahagian P166 Labuan, Tuan Sheiron Chang, bersama barisan Ahli Jawatankuasa Bahagian P166 Labuan.
Semoga proses peralihan tugas ini dapat memperkukuhkan lagi kesinambungan pentadbiran serta mempertingkatkan keberkesanan pengurusan organisasi demi kemajuan Bahagian P166 Labuan. Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada Puan Juliana Rajatin, serta setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Spencer Panjangau atas segala jasa, komitmen dan sumbangan beliau sepanjang memegang jawatan sebagai Setiausaha Bahagian.
03/07/2026
30/06/2026
Sekalung Tahniah!
Tahniah kepada Tuan Sheiron Chang atas pemilihan sebagai Ketua Bahagian PBS P166 Labuan.
Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh dedikasi, integriti dan semangat perjuangan demi memajukan parti serta memperjuangkan kepentingan rakyat.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Labuan
87008