JKKP / DOSH WP Labuan

JKKP / DOSH WP Labuan

Share

Saluran facebook rasmi bagi Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan W.P.Labuan

Menjalankan aktiviti penguatkuasaan, sosial dan sukan yang boleh memberikan faedah kepada ahli dan jabatan & menggalakkan perkembangan pengetahuan,kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Pertubuhan menerusi program seperti kemajuan diri,ceramah,bengkel, seminar dan kursus.

Photos from JKKP / DOSH WP Labuan's post 07/10/2026

[ LATIHAN DALAMAN ]
5-6 Oktober 2026
Taklimat Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) WP Labuan. Sesi taklimat bertujuan memberikan pendedahan awal dan kefahaman mengenai konsep, prinsip asas serta tata cara penyediaan Pelan PKP selaras dengan Garis Panduan PKP dalam perkhidmatan awam. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Syarifuddin bin Palawa dan Encik Mohamad Norazrul bin Abdul Aziz dari Pejabat Pegawai Keselamatan Kerajaan Sabah dan WP Labuan.

05/10/2026

🏆 HARI INI, KECEMERLANGAN DIBERI PENTAS.

Di sebalik setiap pengiktirafan, ada usaha, komitmen dan keberanian untuk menjadikan keselamatan serta kesihatan sebagai keutamaan.

Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2025 meraikan mereka yang bukan sekadar memenuhi standard, tetapi mengangkat budaya KKP ke tahap lebih tinggi.

✨ Raikan Kecemerlangan. Kerana setiap usaha melindungi nyawa, layak dihargai.

đź“… 29 Oktober 2026
📍 Royale Chulan, Kuala Lumpur

Photos from JKKP / DOSH WP Labuan's post 02/10/2026

[ AUDIT LUARAN SPQKKP & ABMS ]

Audit luaran bagi pensijilan semula Sistem Pengurusan Kualiti, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan & Anti-Rasuah ABMS JKKP WP Labuan telah berlangsung pada 30 September 2026 dan 1 Oktober 2026. Sesi audit ini telah disempurnakan oleh Juruaudit dari NIOSH Certification iaitu Encik Lawrence Caeser Chau.

Photos from Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan's post 01/10/2026
29/09/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

YB DATO’ SRI RAMANAN RAMAKRISHNAN
MENTERI SUMBER MANUSIA

atas pengurniaan

AHLI YANG KEHORMAT YANG PERTAMA (SERI PADUKA) DARJAH KEBESARAN JIWA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT MULIA (S.J.M.K.)

Yang membawa gelaran

Dato’

Sempena

SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE 57 TAHUN 2026

pada

29 SEPTEMBER 2026 (SELASA)
BERSAMAAN 17 RABIULAKHIR 1448H

Setinggi-tinggi ucapan tahniah atas pengurniaan darjah kebesaran ini. Semoga YB Dato’ Sri terus diberikan kekuatan dan kejayaan dalam menabur bakti serta berkhidmat kepada rakyat dan negara.

Ikhlas daripada
Pengurusan Tertinggi
Dan Warga JKKP Malaysia

Photos from JKKP / DOSH WP Labuan's post 29/09/2026

29 September 2026 - JKKP WP Labuan melalui Seksyen Penguatkuasaan telah mengadakan satu Sesi Libat Urus bersama pusat tahfiz/sekolah agama bertempat di Bilik Mesyuarat JKKP WP Labuan. Turut hadir ialah pegawai-pegawai dari Cawangan Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan. Sesi libat urus ini telah dipengerusikan oleh Tuan Ts. Ahmad Syuhairi bin Abdullah, Pengarah JKKP WP Labuan. Isu yang dibincangkan adalah aspek-aspek pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di pusat tahfiz/sekolah agama.

29/09/2026
28/09/2026

SALAM TAKZIAH

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Haji Mohd Ali.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa serta menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia

Photos from JKKP / DOSH WP Labuan's post 24/09/2026

[ CERAMAH KKP ]

23 September 2026- JKKP WP Labuan telah dijemput untuk menyampaikan ceramah di Jabatan Laut Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan. Tuan Haji Shakirin bin Omar, Ketua Seksyen Penguatkuasaan JKKP WP Labuan telah menyampaikan ceramah bertajuk Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kepada lebih kurang 30 orang pegawai Jabatan Laut Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan.

Want your hotel to be the top-listed Hotel in Labuan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address

Lot 5-10, Tkt. 1, Wisma Wong Wo Lo
Labuan
87000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKKP / DOSH WP Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Labuan.