Surau Al-Ubudiyyah WP Labuan
Surau Al-Ubudiyyah adalah sebuah surau Jumaat yang terletak di Perumahan Awam Bukit Kuda, WP Labuan, Malaysia
07/07/2024
Kelas Takmir Untuk Muslimah pada 7/7/2024 (Ahad) dari jam 8.00 - 9.30 pagi di Surau Al-Ubudiyyah yang dipimpin oleh YBhg. Ustazah Jahung bte Tutuh @ Marsita Nurul Ain.
07/07/2024
Ceramah khas Maal Hijrrah oleh YBhg. ust. Sanusi Ya pada 7/7/2024(Ahad) bersamaan 2 Muharram 1446 selepas solat maghrib di Surau Al-Ubudiyyah.
Maal Hijrah merupa suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana hari tersebut menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah pada 622 Masihi.
05/07/2024
Taklimat bersama PDRM Jangan Jadi Mangsa Scammer disampaikan oleh ASP Dzulkiflee Emmanuel bin Abdullah sebelum Solat Jumaat...Program tersebut juga dihadiri oleh DSP Robin @ Ridzuan bin Ismail - Timbalan Ketua Polis Daerah WP.Labuan. Teks Khutbah Jumaat disampai oleh ASP Rahmat...salepas solat jumaat ada sesi tandatangan buku pelawat, penyerahan cenderahati dan sesi bergambar. Tujuan program tersebut untuk menyampaikan maklumat bagaimana hendak menyampaikan maklumat dan cara mengelak daripada ditiup oleh Scammer dan juga ia mengeratkan lagi perhubungan silaturrahim PDRM bersama masyarakat sesuai dengan slogan PDRM iaitu PDRM BERSAMA RAKYAT BERPISAH TIADA...
16/06/2024
Untuk makluman lawatan mengejut Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Agama Islam WP.Labuan - YBhg. Dr. Baharuddin bin Othman untuk menunaikan solat fardu isyak pada 9/6/2024(Ahad) beliau sempat meramah mesra bersama Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ubudiyyah sebelum Mesyuarat Perbincangan Teguran Audit.
18/05/2024
Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih untuk Encik Suria Abidin bin Dollah yang akan bertukar ke Putrajaya pada 27/05/2024. Majlis tersebut diadakan pada 18/5/2024(Sabtu) salepas solat isyak di Surau Al-Ubudiyyah untuk mengenang jasa dan sumbangan beliau sebagai bendahari bermula pada tahun 2020-2024 yang begitu komited dengan tugas yg diamanahkan kpd beliau....Syabas semoga beliau berjaya ditempat yang baru......
05/05/2024
Majlis Tautan Kasih Aidilfitri Malaysia Madani 2024 anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam WP.Labuan yang dirasmikan oleh YB. Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar - Menteri DiJabatan Perdana Menteri pada 5 Mei 2024(Ahad) di Tapak Medan Selera Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan bermula jam 8.00 am - 1.00 pm yang disertai oleh seluruh masjid dan surau di WP. Labuan, anggaran pengunjung seramai 5000 orang.
11/04/2024
Askum wbth YBhg. Dato' Dr. Hj. Othman bin Che Jusoh dan semua AJK Surau Al-Ubudiyyah mengucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin....suasana solat sunat hariraya aidilfitri 1445H/2024M.....
31/03/2024
Program Khatam Al-Quran, Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan DiSurau Al-Ubudiyyah, Perumahan Kakitangan Awam, Kg. Bukit Kuda, WP.Labuan pada 30/3/2024 (Sabtu). Penerima Sumbangan Bakul Makanan dibahagi kepada 3 Kg. Iaitu Kg. Kilan Pulau Akar, Kg.Kilan Kassim dan Kg.Bukit Kuda, WP.Labuan. Seramai 25 orang penerima yang dipilih oleh Jawatankuasa Surau Al-Ubudiyyah yang diketuai oleh YBhg. Dato' Dr.Hj. Othman bin Che Jusoh selalu Pengerusi Surau Al- Ubudiyyah.
27/03/2024
Program PPZ Cawangan Labuan iaitu Tazkirah Tarawikh pada 27/3/2024 (Rabu) salepas solat isyak yg disampaikan oleh YBhg. Ustaz Adlil Rujhan Mohd Nasir - Ketua Imam Masjid Jamek, Layang-Layangan.
21/03/2024
Aktiviti tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan salepas solat tarawikh dipimpin oleh YBhg. Ust.Mat Salleh bin Ahadi, Imam Surau Al-Ubudiyyah WP Labuan
10/01/2024
Mesyuarat Agung Kali Pertama 2024 Surau Al-Ubudiyyah pada 5 Jan 2024 (Jumaat) dengan kehadiraan jemaah seramai 35 orang.
16/10/2023
Program Kemampanan komuniti Bandar Acara Gotong Royong & Kitar Semula anjuran Perbadanan Labuan pada 15/10/2023( Ahad) di Perkarangan Surau Al-Ubudiyyah yang disempurnakan oleh YBhg. Encik Fadzilah bin Hj. Mahmud - Timb. Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) Perbadanan Labuan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the place of worship
Website
Address
Perumahan Awam Bukit Kuda
Labuan
87000