PNK Labuan Utara

PNK Labuan Utara

Share

Persatuan Nelayan Kawasan Labuan Utara

07/08/2026
Photos from Pusat Khidmat Ahli Parlimen Labuan's post 27/06/2026
Photos from PNK Labuan Utara's post 27/06/2026

JOM WARGA LABUAN!

📍 Masjid Jameh An-Nur, Labuan

Program Bazar Himpunan Usahawan Ikan dan Penternak Akuakultur (BAHTERA) 2026 kini sedang berlangsung!

🍲 Agihan Bubur Asyurah PERCUMA kepada seluruh warga Labuan sedang diadakan. Rebut peluang untuk menikmati juadah tradisi sambil memeriahkan program komuniti ini.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang:

* 🐟 Melihat pelbagai hasil perikanan dan akuakultur tempatan.
* 🛍️ Menyokong usahawan serta penternak tempatan.
* 🤝 Merapatkan silaturahim bersama masyarakat.

Jangan lepaskan peluang!
Ayuh bawa bersama keluarga dan rakan-rakan ke Masjid Jameh An-Nur dan sama-sama memeriahkan BAHTERA 2026.

Jumpa di sana! 🇲🇾🐟🍲

Photos from PNK Labuan Utara's post 26/06/2026

Gotong royong penyediaan agihan bubur Asyurah LKIM bersama Komuniti PNK Utara di Masjid Jamek An Nur.

22/06/2026

AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Pulau Pinang (Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) • Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak) • Selangor (Sabak Bernam) • Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) • Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Semporna) dan Kudat • *WP Labuan sehingga 11:00 pagi; Isnin, 22 Jun 2026.*

⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada: 8:55 pagi, 22 Jun 2026

21/06/2026

Menyedari semakin berkurangnya populasi ketam suri di perairan Labuan, Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Labuan Utara menyeru seluruh warga Labuan agar bersama-sama memainkan peranan dalam melindungi dan memulihara habitat spesies berharga ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menangkap atau mengambil anak-anak ketam suri yang masih kecil bagi memberi peluang kepada spesies tersebut membesar dan membiak secara semula jadi. Tindakan ini amat penting bagi memastikan kelestarian sumber perikanan serta keseimbangan ekosistem marin di perairan Labuan dapat dikekalkan untuk generasi akan datang.

Marilah kita bersama-sama memelihara khazanah laut Labuan dengan mengamalkan tanggungjawab dan kesedaran dalam aktiviti penangkapan hasil laut.

“Lindungi Ketam Suri Hari Ini, Demi Kelestarian Laut Esok.”

Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Labuan Utara
Bersama Kita Mampu, Menjamin Kesejahteraan Nelayan

Photos from PNK Labuan Utara's post 16/06/2026

MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH PNK LABUAN UTARA

Labuan, 15 Jun 2026 – Mesyuarat Lembaga Pengarah PNK Labuan Utara di Bilik Mesyuarat PNK Labuan Utara dengan kehadiran Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan Pegawai Penyelia Negeri Wilayah Persekutuan Labuan.

Mesyuarat telah membincangkan beberapa perkara penting termasuk pengesahan minit mesyuarat terdahulu, laporan kewangan bagi tempoh Januari hingga Mei 2026 serta pelantikan jawatankuasa biro bagi memperkukuhkan pentadbiran dan pembangunan ekonomi persatuan.

Ahli-ahli mesyuarat sebulat suara telah melantik YB Dato Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah PNK Labuan Utara bagi penggal 2026 hingga 2028. Pelantikan tersebut mencerminkan keyakinan penuh ahli-ahli lembaga terhadap kepimpinan beliau dalam menerajui hala tuju dan pembangunan PNK Labuan Utara.

Mesyuarat turut meluluskan pelantikan Encik Mohd Aliff Akhbar sebagai Pengerusi Biro Sosial dan Pentadbiran, manakala Saudara Mohd Faiz dilantik sebagai Pengerusi Biro Ekonomi dan Kewangan.

Dalam sesi hal-hal lain, mesyuarat telah membincangkan isu kemerosotan populasi ketam suri di perairan Labuan yang dipercayai berpunca daripada aktiviti penangkapan anak-anak ketam secara berlebihan. Ahli mesyuarat bersetuju agar usaha kesedaran dan penerangan kepada masyarakat serta nelayan dipertingkatkan bagi memastikan kelestarian sumber ketam suri dan ekosistem marin di Wilayah Persekutuan Labuan.

Mesyuarat ditangguhkan setelah semua agenda selesai dibincangkan dengan semangat kerjasama dan komitmen tinggi daripada semua ahli yang hadir.

Photos from LKIM WP Labuan's post 12/04/2026
Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Labuan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Lot 8, Tingkat 1, Blok B, Lazenda Hillford Shopoffice, Jln. Pohon Batu, Kg. Durian Tunjung
Labuan
87000