SMK Labu Besar 1998
Saya Mampu Kearah Lebih Baik Dibina di atas kawasan seluas 6.07 hektar, bangunan ini siap sepenuhnya untuk digunakan mulai 1 Jun 1976.
SEJARAH SMKLB
Ditubuhkan pada tahun 1975 dengan kedudukan lokasinya sekitar 27 km daripada bandar Kulim yang sedang pesat membangun. Sebelumnya, pelajar perintis sekolah ini menumpang untuk sementara waktu di Sekolah Kebangsaan Malau. Bermula dengan hanya 437 orang pelajar, kini ia telah meningkat sehingga melebihi 1500 orang pelajar. Kini, kumpulan pelajar ini dikelolakan oleh seramai 75 orang staf akademik dan 16 orang staf bukan akademik (staf sokongan). SMKLB mendapat kemudahan asrama harian mulai tahun 1990 dan asrama ini mulai didiami pada 1 Mei 1991 dengan kapasiti 110 orang penghuni. Kini SMKLB telah berkembang pesat pembangunan fizikalnya dari sebuah sekolah yang serba kekurangan kepada sebuah sekolah yang lengkap dengan pelbagai prasarana seperti Tapak Perhimpunan Rangsang Jaya, Dewan Serbaguna Nur-Addin, bilik gerakan, pondok-pondok bacaan, Makmal Al-Ma'aruf (makmal komputer), Perpustakaan Sumber Jaya, Klinik Pergigian Nur Kamil, Galeri Nur Salehin, Surau Al-Falah dan pelbagai prasarana lagi. Semuanya bertaraf 5 Bintang. Mulai 1 Mac 1993, sekolah ini telah dinaikkan taraf ke Gred A. Sekolah ini beroperasi melalui 34 buah kelas yang terdiri daripada Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan Lima. Mulai 1998, Aliran Sains telah diwujudkan dan kumpulan pelajar pertama adalah seramai 20 orang.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Labu Besar
Kulim
09010
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when SMK Labu Besar 1998 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.