Ansara PDRM

Ansara PDRM

Share

FB page bagi Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains MARA cawangan ANSARA PDRM.

Photos from Ansara PDRM's post 29/05/2026

Takziah Al-Fatihah

Dengan penuh rasa dukacita, ANSARA PDRM merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Andicka bin Affendi, Mantan Presiden LDP dan Alumni MRSM PDRM SPM 2001, atas pemergian beliau ke rahmatullah.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa beliau, melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan, kesabaran serta ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah.

Photos from Ansara PDRM's post 27/05/2026

โœจ Salam Aidiladha 1447H โœจ

ANSARA PDRM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan menjadi simbol keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan kepada Allah SWT.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, mengeratkan silaturahim serta menyemai nilai kasih sayang dan perpaduan dalam masyarakat. ๐Ÿค๐Ÿ„๐ŸŒ™

Silaturahim

Photos from Ansara PDRM's post 16/05/2026

Perlawanan Suku Akhir Liga Alumni 2025/2026 di antara ANSARA PDRM dan SAJOHA telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Mei 2026 di Padang Agrobank, Bangi.

Dalam perlawanan tersebut, ANSARA PDRM berjaya mencatat kemenangan 3-0 ke atas SAJOHA sekali gus melayakkan pasukan ke peringkat separuh akhir kejohanan.

Pihak pasukan merakamkan penghargaan kepada semua pemain, urusetia dan para penyokong yang hadir memberikan sokongan sepanjang perlawanan berlangsung.

Semoga semangat kesukanan dan ukhwah seperti ini dapat terus dipupuk serta menjadi galakan kepada alumni lain untuk terus aktif dalam aktiviti sukan dan jaringan komuniti. โšฝ

16/05/2026

Selamat Hari Guru ๐ŸŒน

Terima kasih cikgu atas segala ilmu, didikan dan pengorbanan yang dicurahkan tanpa jemu.

โ€œGuru Bintara, Nadi Negaraโ€

Ikhlas daripada bekas anak muridmu.

Photos from Ansara PDRM's post 11/05/2026

ANSARA PDRM Kulim telah berjaya menganjurkan Majlis Bacaan Yasin secara dalam talian pad 23 April 2026 sebagai tanda sokongan dan doa buat kesihatan Cikgu Rosniza dan Ustaz Shuzaini.

Semoga dengan keberkatan bacaan Yasin dan doa daripada semua, Allah SWT mengurniakan kesembuhan, kekuatan serta dipermudahkan segala urusan mereka.

Terima kasih kepada semua ahli dan sahabat yang turut bersama menyertai majlis ini. Semoga ukhuwah dan keprihatinan yang terjalin terus mekar dalam keluarga ANSARA. ๐Ÿค

Ukhuwwah

30/04/2026

Selamat Hari Pekerja 2026

Terima kasih kepada seluruh warga kerja ๐Ÿ‘ทโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ”ฌ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿณ๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ yang menjadi tulang belakang kemajuan negara. Setiap usaha, keringat dan dedikasi anda amat dihargai.

Pekerja Madani, Kesuma Bangsa.

Ikhlas daripada ANSARA PDRM.

23/04/2026

Assalamualaikum WBT,

Dukacita dimaklumkan bahawa Cikgu Rosniza kini sedang diuji dengan penyakit kanser paru-paru tahap 4.

Sehubungan itu, satu Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat akan diadakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 23 April 2026
โฐ Masa: 7:45 p.m.
๐Ÿ“ Platform: Google Meet (meet.google.com/yjr-pzxi-ufz)

Justeru, marilah kita bersama-sama hadir bagi mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan beliau.

Semoga setiap doa yang dipanjatkan menjadi asbab kebaikan dan kesembuhan buat beliau.

24/03/2026

ANSARA PDRM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Polis Ke-219 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disambut pada 25 Mac setiap tahun.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala pengorbanan, dedikasi serta komitmen seluruh pegawai dan anggota dalam memastikan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terpelihara.

Semoga pasukan PDRM terus cemerlang dalam melaksanakan amanah serta memperkukuh hubungan erat antara polis dan masyarakat demi kemakmuran Malaysia yang tercinta.

โ€œPolis dan Masyarakat Berpisah Tiada.โ€

Ikhlas daripada:
ANSARA PDRM

01/03/2026

Selamat Menyambut Hari MARA ke-60 (1966โ€“2026)

Menjadi Anak Sains MARA adalah satu kebanggaan dan amanah yang dipikul dengan penuh tanggungjawab dalam meneruskan legasi kecemerlangan pendidikan serta pembangunan bangsa.

Ikhlas daripada ANSARA PDRM.

18/02/2026

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh Muslimin dan Muslimat. Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan dan kesejahteraan buat kita semua. Ikhlas daripada ANSARA PDRM.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kulim?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Kulim
09000