IMTAC Kulim
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from IMTAC Kulim, Education, 388 Jalan Bukit Awi, Kulim.
08/05/2025
INFAQ JUMAAT – HARI UNTUK BERSEDEKAH, HARI UNTUK MENUAI PAHALA
Hari Jumaat bukan hari biasa. Ia adalah hari yang paling mulia, hari penuh keberkatan, dan hari di mana ganjaran amalan digandakan.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sedekah pada hari Jumaat lebih utama dibandingkan dengan sedekah pada hari-hari lainnya."
(HR. Ibn Qayyim dalam Zad al-Ma’ad)
Sedekah pada hari Jumaat membuka pintu rezeki, menolak bala, dan membawa ketenangan hati. Inilah peluang kita untuk memberi walau sedikit, tetapi besar nilainya di sisi Allah.
Bayangkan setiap RM10 yang anda infaqkan:
1️⃣Menjadi ilmu dan hafazan yang hidup dalam dada anak-anak tahfiz.
2️⃣Mengalirkan pahala berterusan buat anda, selagi al-Quran dibaca dan diamalkan.
3️⃣Menjadi sebab terbukanya pintu rahmat dalam hidup anda dan keluarga.
Inilah pelaburan akhirat yang tidak akan rugi.
Salurkan sumbangan anda ke:
Bank Islam
Nama: International Mandarin Tahfiz Academy (IMTAC)
No. Akaun: 0205 7010 562427
Atau imbas kod QR yang disediakan.
Untuk pertanyaan sila hubungi:
Puan Nora: 012-404 8225
En Azizie: 013-332 8361
Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi cahaya di dunia dan akhirat.
Bersedekahlah hari ini, kerana mungkin Jumaat ini adalah peluang terakhir kita.
06/05/2025
“Ya Allah, izinkan aku menjadi asbab terbinanya tempat berlindung untuk anak-anak perempuan penuntut ilmuMu...”
Bayangkan seorang anak perempuan, jauh dari keluarga, datang menuntut ilmu untuk menghafal kalam Allah…
Namun terpaksa menumpang di tempat yang uzur, sempit dan tidak selamat.
Kini, International Mandarin Tahfiz Academy (IMTAC) memerlukan RM400,000 bagi membina Asrama Perempuan yang lebih selesa dan selamat.
Ini bukan sekadar binaan batu dan kayu.
Ini adalah tempat lahirnya bakal Hafizah, wanita solehah, pewaris perjuangan Islam.
Setiap ringgit anda adalah batu bata pahala yang kekal selamanya.
Hari ini, anda mungkin membantu menyediakan bumbung buat mereka,
Esok, mereka mungkin menjadi pelindung doa untuk kita di alam sana.
Salurkan sumbangan anda ke:
Bank Islam
International Mandarin Tahfiz Academy (IMTAC)
No. Akaun: 0205 7010 562427
Bank Muamalat
International Mandarin Tahfiz Academy (IMTAC)
No. Akaun: 2030 0038 16718
Sebarang persoalan, sila hubungi :
Puan Nora: 012-404 8225
En Azizie: 013-332 8361
Jom jadi sebahagian dari sejarah. Bina asrama, bina masa depan.
19/07/2021
Selamat Menyambut Eidul Adha 1442H. Raikanlah dengan penuh kesederhanaan dan memperbanyakan Zikrullah. Maaf Zahir Dan Batin. Daripada saya dan seluruh Tim Pengurusan International Mandarin Tahfiz Academy IMTAC Kulim Kedah.
10/07/2021
Selamat Menyambut Bulan Zulhijjah 1442H yg penuh Barokah. Moga diberikan kekuatan oleh NYA utk senantiasa berAmal dan memanfaatkan setiap waktu yg ada
12/05/2021
*RAYUAN DANA KECEMASAN AL AQSA BERSAMA NGO RAHMAT CARE SUSULAN 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗭𝗜𝗢𝗡𝗜𝗦 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗔𝗟-𝗔𝗤𝗦𝗔, GAZA, PALESTINE*
https://toyyibpay.com/Dana-Kecemasan-Al-Aqsa
Masjid Al-Aqsa, masjid suci umat Islam diserang lagi oleh penjajah Zionis yang kejam saat kita sedang berada dalam bulan Ramadan yang mulia.
Tanpa rasa belas dan peri kemanusiaan, tentera rejim Zionis Israel bertindak biadab dengan melemparkan bom tangan dan bom asap, malah melakukan serangan dengan menembak para jemaah di dalam Masjid al-Aqsa menggunakan peluru getah. Tentera rejim Zionis Israel turut menahan ramai jemaah Masjid al-Aqsa dan penduduk Palestin yang berlindung di dalam mahupun di pekarangan Masjid al-Aqsa.
Sehingga ke saat ini, lebih 24 orang telah syahid termasuk 9 kanak-kanak dan beratus-ratus penduduk Palestin cedera akibat serangan yang masih berterusan ke atas Gaza.
Jesteru kami terpanggil untuk bersama sama denyut nadi umat Islam dan saudara kita seakidah yang sedang dan terus diuji ini.
*Kami mengalu alukan sumbangan/Infaq di hari terakhir Ramadhan 1442H dari seluruh umat Islam khususnya rakyat Malaysia bagi membantu mereka*.
Hulurkan sumbangan/infaq anda ke Akaun Pertubuhan Rahmat Untuk Semua (RAHMAT CARE) di :
Akaun *MAYBANK : *564799122139*
Akaun *BIMB*:
*12225010009124*
Semua transaksi *WAJIB* dihantar pemakluman kepada no yg tertera.
*www.wasap.my/60134319717/AL-AQSA*
*www.wasap.my/60193859100/AL-AQSA*
*www.wasap.my/60133328361/AL-AQSA*
https://toyyibpay.com/Dana-Kecemasan-Al-Aqsa
Teruskan berdoa dan jangan lupa LIKE I COMMENT I SHARE
https://www.facebook.com/watch/?v=109112631254184
20/04/2021
ASSALAMUALAIKUM WRT WBH.
*Salam 10 Ramadhan Pertama 1442H*
*BERKAT RAMADHAN DATO,DATIN,TUAN PUAN, IBU AYAH...... PELUANG BERINFAQ BAGI DANA PEMBANGUNAN TAHFIZ MANDARIN UTARA@IMTAC KULIM KEDAH*
🏢 Kami membuka peluang pada semua Muslimin & Muslimat untuk berinfaq dan berwakaf bagi menyiapkan Fasa Kedua Pembinaaan Beberapa Binaan Tambahan di International Mandarin Tahfiz Academy@ IMTAC.
✅ KUBAH MERAH ALA ALA CHINESE MUSLIM CHINA
✅ PINTU GERBANG ALA CHINESE MUSLIM CHINA
✅ GAZEBO ALA ALA CHINESE MUSLIM CHINA
✅ KELENGKAPAN PEJABAT IMTAC
✅ BILIK GURU DAN PENGETUA
✅ RUANGAN STOR BARANG DLL
*💰Anggaran kos di atas mencecah (-+)RM 145,000.00*
*Kami menyediakan 1450 Lot Infaq dan Wakaf*.
*1 Lot = RM 100*
🎟 Kami juga bersedia menerima semua bentuk sumbangan seikhlas hati samada kewangan mahupun barang barang binaan.
💳 Sumbangan kewangan boleh di salurkan ke akaun :
*IMTAC MANAGEMENT*
No Akaun :
*562405642762* ( MAYBANK ISLAMIK)
Mhn jasabaik semua untuk memaklumkan resit pada saya untuk catatan Pegawai Kewangan kami.
Atau tekan link *wasap* di bawah :
*http://www.wasap.my/+60134319717/infaqfasakeduaimtac*
Ikhlas daripada saya :-
Ustaz Mad China (UMC)
Pengasas/Pengerusi
Maahad Tahfiz Mandarin Malaysia
https://toyyibpay.com/INFAQ-RAMADHAN-IMTAC
20/04/2021
Selawat program
13/04/2021
*INFAQ RAMADAN 1442H*
*PELUANG BERAMAL SOLEH DI BULAN BAROKAH*
IMTAC membuka ruang terbaik kepada para dermawan, Tan Sri Puan Sri, Dato Datin, Tuan Puan, Muslimin Muslimat untuk beramal soleh dengan ganjaran pahala yang besar berganda daripada Allah SWT samada dengan menaja *jamuan berbuka puasa, moreh dan sahur atau Infaq Dana Pembangunan dan Pengurusan IMTAC dengan memilih mana-mana sumbangan di atas*
InsyaAllah IMTAC Kulim bakal menjadi tempat persinggahan dan lawatan Edu-Tahfiz Tourism bagi seluruh penduduk khususnya kaum Tiong Hua sekitar apabila kerja kerja pembinaan fasa kedua senirekabentuk ala Cina Muslim di China ini siap sepenuhnya.
https://toyyibpay.com/INFAQ-RAMADHAN-IMTAC
Salurkan sumbangan anda ke akaun
*MBB ISLAMIK* :
*562405642762 atas nama IMTAC MANAGEMENT*
Mohon whataps bank-slip ke nombor di bawah untuk tujuan rekod dan semakan.
*www.wasap.my/60193859100*
*www.wasap.my/60133328361*
Terima kasih atas keprihatinan para dermawan, semoga dimurahkan rezeki dan diberkahi Allah.
Salam Penuh Kasih Sayang.
*Ust Mad China (UMC)*
*Mudir*
*International Mandarin Tahfiz Academy (IMTAC)*
☎️0134319717
01 Ramadhan 1442H
11/03/2021
JUMAAT TERAKHIR DI REJAB YANG BAROKAH.
Perbanyakanlah bersedekah sebagai amalan di hari Jumaat kerana keajaiban bersedekah di hari Jumaat adalah Allah akan melipatgandakan pahala sedekah.
Bahkan Allah akan menambahkan rezeki jika kita bersedekah. Sabda Nabi “ Dan di hari Jumaat pahala bersedekah dilipatgandakan.” (Imam Al-Syafi’i, al-Umm, juz 1, hal. 239).
Pahala bersedekah sebagai seorang anak mampu diberikan kepada kedua ibu bapa bagi mereka yang telah meninggal dunia sebagai pahala berwakaf.
Mari sama sama berinfaq dan menyumbang kepada Dana Pembangunan dan Pengurusan TAHFIZ Mandarin Utara @ IMTAC Kulim dan hadiahkan pahala SEDEQAH dan infaq itu kepada mereka.
https://toyyibpay.com/Pembangunan-Pengurusan-IMTAC
Kami sekali lagi membuka ruang dan peluang untuk tuan/puan dan sahabat2 semua menyertai kami pada KEMPEN INFAQ DANA KUBAH & PINTU GERBANG ala ala Cina Muslim di Negara China.
InsyaAllah IMTAC Kulim juga bakal menjadi tempat rujukan dan kunjung ziarah masyarakat Cina di sekeliling maahad ini.
Kos bagi menyiapkan kedua dua SYIAR ini mencecah hampir RM45k.
Kami juga menerima apa sahaja bentuk sumbangan samasa wang ringgit, kayu, simen, kipas angin, penapis air, dan lain lain keperluan kerja pembangunan seperti yang diperlukan
Sumbangan boleh disalurkan terus melalui :-
Nama akaun : IMTAC MANAGEMENT
No. Akaun Maybank Islamik : 562405642762
https://toyyibpay.com/Pembangunan-Pengurusan-IMTAC
Semoga infaq/sumbangan ini, diterima Allah swt.
Ikhlas dari saya di Jumaat yg Mulia ini.
MOHAMMAD BIN IBRAHIM @ USTAZ MAD CHINA (UMC)
Pengetua,
IMTAC Kulim, KEDAH.
Jumaat 28 Rajab 1442H
12 Mac 2021M
www.wasap.my/60134319717
www.wasap.my/60193859100
www.wasap.my/601153119717.
Jommm Oghang Utagha semua. Kita pakat Share seramainya. Pakat2 habaq la.no pada semua anak beghanak, sahabat handai sedagha magha. Terbuka kepada Pelajar Lelaki dan Perempuan berusia 11-16 tahun. Di Jalan Bukit Awi Pekan Kulim KEDAH Darul Aman.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
388 Jalan Bukit Awi
Kulim
09000