Kaler.bite
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kaler.bite, Shopping & retail, Kulai.
15/05/2023
14/05/2023
Arwah mak pesan kalau buat masak cuka ikan kena boh bawang merah n bawah putih yang kecik2..Siap sudah masakan kesukaan arwah mak.
Alfatihah untuk mak semoga tenang di Sana.
resepi.
Setengah orang panggil masak cuka ada yang panggil jeruk ikan apa pun selera dimakan dengan nasi panas-panas . Masakan ni kan masak hari ni esok makan lagi sedap..
Nak buat ke..senang ja.
2-3 ketul isi ikan ketul (sedap klau ikan tenggiri atau ikan merah).
10 ulas bawang kechik (pilih ulas yang halus2 tau)
5 ulas bawang putih
6 biji Cili padi
1 camca biji sawi ( mesti ada yang tak kenai)
sikit halia
2 camca Cuka makan
Garam & gula secukup rasa
Sikit minyak untuk menumih.
Nak buat mcmana..
Ikan digaul sikit kunyit & garam pastu goreng.jangan garing sangat tau.
Ambik periuk buh sikit minyak bila panas tumis biji sawi.
Masuk bawang kechik & putih
Masuk 1/2 cawan air.
masuk cuka
Garam
Gula
Cili padi
Biaq sekejap n angkat..dah boleh dihidang.
Kredit : empunya resepi
14/05/2023
ROJAK TAUHU
=============
Sumber resepi : Atie Jumaat
?Bahan Kuah Rojak
Cili kering 10 tangkai (blend halus)
Sos Cili 1/2 cawan
Belacan 2 inci
Gula Merah 1 Cawan
Gula pasir 1/2 cawan
Kicap pekat manis 1/3 cawan
Air 1 cawan
Tepung Jagung 3sb
Cara buat:
1) Campur semua bahan kecuali
tepung jagung..
2) Masak sampai gula semua cair
dan mendidih..Pastu masukkan
tepung jagung..kacau2 sampai
pekat likat.. sejukkan
3) Campurkan dengan kacang tumbuk,
curahkan ke atas Tauhu, taugeh, timun
dan kangkung..Gaul2.. hmm dap ??
?Bahan
Tauhu (goreng
Kangkung (celur)
Taugeh (celur)
Timun
14/05/2023
Masak sekali gus pagi n tengahari NASI KHOUMOK 🍚 senang keje, lepas ni boleh berkebun plk. Jom tengok resepi 🍗🥗🍚
RESEPI NASI KHOUMOK
Bahan²
2 cawan beras basmathi
2 1/2 cawan air
3 sdb minyak sapi/ mentega
2 batang akar ketumbar
3 sdb rempah khoumok
Rempah 4 sekawan
1 pokok daun ketumbar hirus kasar
1 kiub ayam
2 sdb susu pekat manis/ cair
Bahan hiris:-
1 labu bawang besar merah
1 Inci halia
4 ulas bawang putih
Cara² memasak:-
1. Cuci beras basmathi rendam selama 30 minit atau 1 jam.
2. Masak air dlm rice cooker hingga mendidih sambil² tu panaskan minyak sapi/mentega dalam kuali. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan hiris hingga wangi.
3.Masukkan rempah komok dan kacau supaya tidak hangus. Masukkan akar ketumbar dan beras. Goreng sekejap beras. Hati² kacau takut hancur.
4. Tuangkan beras dlm rice cooker berisi air mendidih tadi dan masukkan juga susu, kiub ayam dan garam.
5. Tekan butang cook dan masak nasi macam biasa.
AYAM GORENG BEREMPAH
1 ekor ayam dipotong 12 ketul
1 labu bawang putih
4 batang Serai
2 inci halia
1 sdb ketumbar biji
1 sdb serbuk kunyit
2 sdb cili giling
Sedikit garam dan serbuk perasa
Cara²:-
Bahan² ni diblend semua dan lumur pada ayam. Perap selama 30 minit atau sejam. Goreng ayam dalam minyak terendam hingga masak.
** Nak dapatkan ayam yg cantik dan serdak² yang tak hangus kena jaga main api. Jgn terlalu besar atau kecik apinya.
SOS CILI THAI
Bahan²:-
10-15 biji cili padi merah hijau
4 biji cili besar merah
3 ulas bawang putih
1 pokok akar ketumbar
2 biji tomato masak ranum
1/2 cawan cuka
1/2 cawan air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
Cara² buat sos thai:-
1. Kisar semua bhn² diatas.
2. Masak hingga agak pekat dan nampak berkilat.
Hidang bersama nasi khoumok, ayam goreng berempah, sos thai, daun salad, hirisan timun dan juga tomato 🍚🍗🥬
Selamat menjamu selera 🥰
kredit resepi: Rozmaliza Omar
14/05/2023
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kulai
81000
13/05/2023